01 July 2009

NON-MUSLIM MASUK MASJID?

Mungkin kita biasa mendengar persoalan ini diutarakan,"boleh ke orang kafir masuk masjid?",dan tidak kurang juga yang mengata"suka suki je orang kafir ni masuk masjid,ingat tempat pelancongan ke?"saya juga tidak terlepas terfikir akan perkara ini,sebab rasa macam tak sesuai je.Tapi setelah saya membaca buku yang baru sahaja saya beli iaitu "Fiqah berinteraksi dengan non-Muslim",ia membuka minda saya dan terjawab persoalan saya dan mungkin juga saudara saudari sekalian nanti(*_*)insyaAllah.

Dalam hal ini penulis cuba memberi contoh dan hujah keharusan non-muslim memasuki masjid

  • Thumamah Ibn Uthal:Ditawan di Masjid semasa Kafir
dilaporkan seorang tawanan bernama Thumamah Ibn Uthal pernah diikat pada tiang masjid sebelum dia memeluk Islam.Imam al-Bukhari meletakkan tajuk "bab orang musyrik masuk masjid"(sahih al-Bukhari,kitab solat)

  • Kristian tinggal di dalam masjid
terdapat juga riwayat menunjukkan rombongan Kristian tinggal di dalam masjid ketika bertemu Nabi S.A.W perkara yang sama juga dinyatakan penulis fiqh sirah,Dr.Ramadhan Al-Butti(fiqh sirah,hal.316)


Walau bagaimanapun,non-Muslim tidaklah boleh buat sesuka hati dalam masjid,perlulah penuhi kehendak syarie.kenalah tutup aurat,tanda menghormati rumah Allah.Ini selaras dengan firman Allah:

Maksudnya:
"Wahai anak Adam!ambillah perhiasan kamu(menutup aurat)setiap kali ke masjid
"
(surah Al-A'raf ayat 31)

Tapi kalau hanya sekadar nak bermalam atau makan-makan,baik cari hotel atau restoran je macam tu.

Sebenarnya masjid ni adalah salah 1 tempat untuk non-Muslim mengetahui dan mengenali Islam melalui tazkirah,solat dan kita sebagai muslim juga perlulah cuba mengajak mereka dengan dengan sertai aktiviti-aktiviti di masjid.Salah satu dakwah orang Islam kepada mereka.Maka hukum non-muslim ke masjid adalah harus.

Walaubagaimanapun,kita sebagai orang Islam ni kenalah lebih turun ke masjid,muslimin la terutamanya,ini tidak bila Ramadhan,Solat Jumaat dan Solat Hari Raya barulah penuh masjid tu,Ingatlah akan firman Allah yang ini,yang mengatakan hanya orang berimana layak memakmurkan rumah Allah:

Maksudnya:
"Tidak mungkin golongan musyrik memakmurkan masjid-masjid Allah sedangkan mereka kufur.Itulah golongan yang musnah amalan mereka,dan di dalam neraka mereka berkekalan.Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak takut melainkan hanya kepada Allah.Itulah golongan yang mudah-mudahan menjadi orang yang mendapat hidayah".

(surah at-Taubah ayat 17-18)

semoga diberi hidayah bagi sesiapa sahaja non-muslimin apatah lagi muslimin bilamana mendatangi rumah Allah,masjid.

mujahidahputeri:janganlah masjid hanya banyak tapi tidak diimarahkan,itulah situasinya di Malaysia.bina masjid banyak-banyak tapi imarahkannya?hmm,mungkin sebab niat bina masjid tu pun hanya nak pancing undi atau untuk kenalkan keindahan seni bina je agaknya...berubahlah...ayuh menuju perubahan dengan mengembalikan fungsi masjid yang sebenar,ayuh imarahkannya...(*_*)
Free Signature Generator

8 comments:

  1. Thanks for sharing this valuable info... :)

    ReplyDelete
  2. "kita sebagai orang Islam ni kenalah lebih turun ke masjid"

    betul2... sekarang kita perlu usaha supaya Allah dengan rahmatNya mengembalikan fungsi masjid sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad saw... hidup 24 jam...

    jazakallah atas perkongsian...

    ***

    ReplyDelete
  3. Masjid Rumah Allah..bukan rumah orang Islam sahaja (walaupun khusus untuk org Islam)..Rasulullah sendiri tidak melarang dan menerima semua jenis bangsa untuk masuk ke masjid.Antaranya kisah seorang arab badwi yang kencing di dalam masjid.
    Rasulullah tidak melarang mereka dari mengunjungnya.Persoalannya kadang2 org Islam sendiri yang tidak membenarkan org bukan Islam mengenali Islam melalui masjid.Pelbagai alasan dibuat.

    p/s: ..hanya sibuk hanya memperkenalkan pada senibina masjid sahaja..W'A

    ReplyDelete
  4. (*_*)thanks 4 all commentar.ye ana setuju kata ust aizat tu,kita skrg ni lbh byk kenal msjd dr segi indahnya seni bina shj,hanya gah dgn byk masjd tp tuk imarahkannya?maaf tuk zmn skrg,mmg ximarah.bahkan dikuncinya lg msjd2 n surau2 ni.kdg2 msjd yg buruk tu lg imarah dr msjd cntk2 ni,cnthnye ana pnh bhenti solt d slh msjd d tergganu,buruk je,tp org yg bhenti solt di si2,masyaAllah punyalah rmi.nak bndg dgn msjd2 yg byk2 n cntk2 kat trgganu tu,sunyi sepi ttutup rapi...hmm xguna msjd byk,tp pghayatan n fungsi msjd yg sebnr tidk di aplikasikn.wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. biasa la tu.dia tgk kawaasan..biasanya klu kawasan HIJAU mmg RAMAI..huu..
    Ustaz ana pernah kata, masjid itu umpama hati masyarakat..kalau masjid d imarahkan bermaksud hati masyarakat d situ sejahtera..begitu sebaliknya..

    peringatan buat diri..

    ReplyDelete
  6. hmm sbnrnya yg pntg niat bina msjd tu untk ape?klu benr2 ikhls lillah,insyaAllah msyrkt akn lbh mudh tuk mengimarhkn msjd tu,tp klu setkt hanya nak kumpl byk2,then tuk pancing undi,hmm memg xde ape la.

    ReplyDelete
  7. semoga saja orang-orang kafir yang masuk mesjid tersebut, bisa diberi hidayah untuk kembali masuk ke islam.... khan masuk islam GAK ADA RUGINYA.. dan insya allah bisa selamat di dunia dan akhirat...AMIN....

    ReplyDelete
  8. ameen...ameen ya rabbal a'lamin :)

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...