22 July 2009

DAKWAH JUMUD?

Dakwah sesuatu perkara yang sinonim buat para da'ie(pendakwah) dalam tugasnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Persoalannya,adakah method atau cara para da'ie pada era ini gunakan seiring dengan era masa kini dengan mad'u(orang yang didakwah) yang berbeza dengan mad'u era sebelum-sebelum ini.Adakah masih relevan berdakwah dengan menggedarkan risalah,ceramah agama....berapa ramai mad'u zaman ini yang bila diberi risalah mereka membacanya?(baca atau terus buang?)berapa ramai yang berkunjung ke masjid daripada tempat-tempat lain?Method sebegini mungkin boleh diterima dah masih relevan untuk zaman dahulu,tapi untuk zaman yang makin mencabar ini?...sama-sama fikirkan.

Teringat saya ketika membaca sebuah keratan dalam sebuah majalah,yang menyatakan kejumudan dakwah.Betapa jumudnya method dakwah era kini,yang mana seolah-olah di takuk lama,sedangkan permasalahan masyarakat kita hari ni pelbagai bentuk dan ragamnya,yang berbeza dengan masyarakat sebelum ini.Boleh dikatakan method sebelum-sebelum ini adalah warisan daripda sebelum-sebelum ini.Dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai berdakwah perlulah secara hikmah...adakah berhikmah cara yang digunakan oleh kita pada era ini?

Mungkin kita cuba berdakwah melalui teknologi era kini,melalui internet,tapi kadang-kadang saya terfikir,berapa ramai pengunjung-pengunjung laman-laman agama,atau blog-blog yang berbentuk dakwah dikunjungi oleh masyarakat kita di luar sana yang berada di pub,di shopping complex,di jalanraya dan sebagainya?adakah hanya orang yang memang sudah mempunyai kesedaran dan hanya untuk mematapkan pemahaman agama yang berkunjung ke web-web sedemikian?hmm saya boleh katakan setuju,majoritinya adalah masyarakat kita yang memang sudah mempunyai kesedaran dan kalau ada pun hanya manoriti sahaja.


Pada penulisan seterusnya,penulis menegaskan mengenai dakwah berkebajikan,yang pernah ditimbulkan salah seorang aktivis mahasiswa.Beliau bersetuju sekiranya method tersebut dipraktikkan dalam lapangan dakwah.Bagaimana yang dikatakan dakwah berkebajikan?dakwah yang mana dilakukan di mana membina hubungan yang baik dengan mad’u...di mana kita boleh follow up keadaan mad’u kita,bukan setelah kita dakwah padanya terus tinggal dan anggap tugas kita telah selesai.Mungkin ada beberapa badan telah praktikkan method ini,tapi hanya beberapa sahaja,yang banyaknya berdakwah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dan yang paling penting,dalam berdakwah kita perlulah memandang mad’u kita dengan pandangan dakwah bukannya islah.Di mana bila kita memandang mad’u kita dengan pandangan islah(membetulkan),pandangan kita seolah-olah sudah berfikiran negatif terhadap mereka,mad’u itu adalah negatif dan kitalah yang terbaik untuk membetulkan mereka,pendek katanya kita “assume” yang mereka memang jahat.Tapi bilamana kita pandang mereka dengan pandangan dakwah,kita akan mulakan dengan perkenalan dengan membina hubungan yang baik,bukan menghukum sebelum ketahui asal usul kenapa mereka jadi begitu.

Pandanglah mad’u kita dengan pandangan kasih-sayang bukan kerana kita fikir mereka salah dan kita betul.Kadang-kadang daripada mad’ulah kita belajar sesuatu.Sesuatu nilai-nilai murni yang kita tak ada tapi ada pada mereka,saya sendiri telah banyak belajar daripada banyak masyarakat yang saya jumpa,dalam kita berdakwah kita juga didakwah.Apa yang cuba saya kongsikan ini sama-samalah kita cuba untuk fikirkan cara terbaik untuk para mad’u kita sekarang,untuk kemaslahatan bersama.saya tak katakan bahawa method sebelum-sebelum ini tidak boleh digunakan,ia masih boleh digunakan,kerana para mad’u pelbagai karakter yang pelbagai,Cuma apa yang cuba saya nyatakan di sini,kita cuba pelbagaikan lagi method dakwah kita yang bersesuaian dengan era kita masa kini.Apa yang cuba saya kongsikan di sini saya sandarkan seruan ini buat diri yang menaip ini terutamanya dan para pengunjung amnya(*_*)

Free Signature Generator

1 comment:

  1. sesuatu yang sering kita lupakan...

    kita kata,"dakwah cara ni, cara tu dan sbgnya"

    tetapi kita lupa!


    dakwah macamne yang nabi (ketua para daei) gunakan?

    kita takut nak menasabkan dakwah itu yang nabi laksanakan...

    hurm... same2 kita fikirkan~

    ***

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...