Jumaat(6/2/09)hari tu berkesempatan ke Perak untuk hadiri perhimpunan di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar,pergi berkonvoi dalam 4-5 buah kereta.tak bercadang pun nak pergi,on the spot je.mula-mula,muslimat 3 orang je...segan juga(saya,angah nisa' dan wani law),naik kereta kancil yang di pandu akh Zaki ,alhamdulillah sebuah kereta yang dipenuhi muslimat menyusul kemudian(k.fidah.izzati,k.erni,k.paji,shahidat).
Dalam jam mendekati 4pm,muslimin(fitri) yang sekereta dapat "call" dari sahabat yang mengatakan perhimpunan da habis.kami tiba di sana,perhimpunan sudah selesai:-(yang tinggal hanyalah FRU dan anggota-anggota polis.kami dapat berita yang malamnya akan ada event di kediaman MB.Alhamdulillah,kalau tak kami nak pulang je.
Setelah pergi menjamu selera di rumah sahabat muslimin,dalam jam 9pm kami berkonvoi ke kediaman MB.masyaAllah punyalah ramainya umat.baik melayu,cina dan india,pak polisi pun ada...jaga di luar.polis-polis PR pun ada...Unit Amal:-)yang Ikhlas dalam menjalankan tugas,insyaAllah.
Sebelum event bermula,terberbual lah dengan seorang kakak ni,semangat sungguh dia dan suami.dia kata anak dia,2 orang demam,tinggalkan dengan bibik,harap tak ada apa-apa(lagi baik bawa sekali anak tu,supaya dapat aura perjuangan:-)).kakak tu kata,"
Umno ni tak boleh hidup tanpa kuasa,sebab tu diorang buat macam ni"...Pada malam tu,kami dapat mendengar ucapan dari beberapa pihak,PKR,DAP dan PAS.ucapan kemuncaknya oleh MB sendiri.teringat dengan pesanan daripada wakil PAS,yang dikenali dengan nama Ust.Taliban...beliau baru balik dari Gaza.dalam ucapannya terselit ayat al-quran yang amat saya semat di hati;-)dalam surah al-baqarah ayat 216 yang bermaksud
"diwajibkan bagi kamu berperang,yang mana ia sesuatu yang kamu benci(tidak sukai),boleh jadi apa yang kamu benci(tidak suka)itu adalah baik bagi kamu,dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu,ia tidak baik bagimu,Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"ust itu menjelaskan dengan semangatnya dan mengaitkan dengan situasi di Perak sekarang,antara ucapannya
"kita tak suka dengan apa yang berlaku sekarang,di buat itu dan ini oleh pihak Umno dan BN,tapi yakinlah apa yang kita tak suka yang kita sedih ini ada baiknya untuk kita...mungkin masa terdekat atau jauh...Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersiratnya......................"Dalam jam 12am,akhirnya ucapan yang ditunggu-tunggu,ucapan dari MB Perak,dengan wajah yang tenang beliau memberi ucapan dengan penuh semangat.Beliau menceritakan kronologi apa yang berlaku sebenarnya bermula dari hilangnya 2 adun tersebut.Beliau menyatakan bahawa,
kerajaan yang ada sekarang ni,kerajaan haram...ialah ia bukan dipilih oleh rakyat,dan tak pernah dalam sejarah Malaysia ada 2 menteri besar dalam 1 masa yang sama.tapi ada pulak la dari Umno yang kata,kerajaan perak yang baru ni,daripada rakyat...hmm sape yang pelik tu ek?oh...cik azalina kita.
Beliau juga berpesan jangan terlalu percaya dengan media,yang banyak memutar belitkan cerita.Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri dan memberi sokongan,beliau juga menyatakan ramai sangat yang menghantar sms dan menelefon me,beri kata semangat"ramai yang "send message" kepada saya,dan ada yang menelefon saya di depan pintu ka'abah dan mengatakan mereka memberi sokongan dan mendoakan saya"terharu rasanya.dan
beliau menyeru ramai-ramai berkampung di kediaman beliau,bagi meneruskan beberapa agenda mereka.(kami terpaksa balik).
Alhamdulillah,kami bertolak pulang dalam lebih kurang jam 1am dan berhenti makan sebentar dalam jam 3am dan sampai di UIA dalam jam 5am.
p/s:perkara 16/6,sistem raja & berpelembagaan malaysia,sultan hanya berkuasa melucutkan jawatan ahli majlis mesyuarat negeri(exco)tapi tidak MB.MB hanya bolehdilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN,undi tak percaya dalam sidang DUN@MB sendiri letak jawatan.sekarang MB perak,IR NIZAR terus mempertahankan yang sebenarnya.mari kita terus berdoa dan solat hajat bagi memohon pada Allah supaya yang haq dikembalikan semula.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!