
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
28 April 2010
KOD PEROSAK HATI

24 April 2010
حلالا طيّبا

Ada di antara kita,yang menganggap remeh akan hal makan ni,makan...makan je lah,ada depan mata semuanya 'sapu',asalkan ada tanda halal,bedal...Dalam hal pemakanan kita kena memandang hal HALAL nya 1 hal,ramuan-ramuan dalam pemakanan itu juga perlu kita ambil kira.Sebab apa saya membawa ia sebagai perbincangan?sebab kadang-kadang kita nampak ia sesuatu yang remeh dan tidak penting sangat untuk dijaga,asalkan makan,boleh hidup,tak kebulur,maka nak makan apa...ikut suka hatilah...hmm nauzubillah.Sedarilah duhai ummat manusia...Islam amat-amat memandang berat hal pemakanan!
Melalui ayat di atas,jelas menunjukkan kepada kita bahawa aspek pemakanan amat-amat penting,bukan sekadar HALAL,tapi juga BAIK!.Permasalahan bagi masyarakat kita sekarang,mereka hanya mementingkan aspek HALAL sahaja.Bila nampak sahaja label halal tanpa memikirkan akibat buat diri,terus makan,terus beli...contohnya makanan segera pun tak adalah baik sangat seperti maggi,burger,air berkarbonat,KFC (RFC termasuk tak...hehe...insyaAllah thoyyibah )& lain-lain.

Tambah malangnya lagi apabila label HALAL sekarang ini, banyak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan dan berkepentingan tertentu.apa nak jadilah,hmm...
Rasulullah S.A.W diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah:"Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya MAKANAN YANG HALAL bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan IBADAT&DOAnya kerana untuk penyempurnaan tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya TETAPI memerlukan pula kepada HALAL MAKANAN & pakaian yang digunakan setiap hari"
Pada zaman Nabi Musa A.S,seseorang yang berdoa bersungguh-sungguh tapi malangnya doanya tidak diterima,kerana apa?kerana perutnya ada benda haram,belakangnya benda yang haram(pakaian),bahkan rumahnya juga dipenuhi dengan benda-benda haram.MasyaAllah takutnya kita,barangkali doa-doa kita selama ini tidak bersambut dek kerana pemakanan dan hal-hal yang kita tidak jaga selama ini,waiyya zubillah!
Bila makan yang Halal lagi baik,insyaAllah penyakit pun tak mudah dapat,mudah untuk lakukan amal dan ibadah.Hidup pun bahagia dan ceria kerana makan makanan yang diredhai Allah (*_*)
Apa yang akan terjadi bilamana pemakanan kita tidak halal dan tidak baik?kita semua mesti maklum akan hadis yang melalui sahabat bernama al-Nu'man:
Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita,bilamana kita makan makanan yang baik mahupun buruk,maka ia akan memberi kesan terhadap badan kita lagi hebatnya...pada hati kita.Bila baik, menghasilkan hati yang baik dan cenderung melakukan kebaikan.Malang jika sebaliknya,bila buruk,daging busuk,bahkan hati kotor maka kecenderungan melakukan keburukan dan kejahatan amat-amat besar.MasyaAllah,besar kan peranan makanan dan perkaitannya dengan hati dan tindakan kita?
Faktor inilah juga,bagi saya antara penyumbang masyarakat kita lebih suka kepada kemungkaran,kemaksiatan daripada menyukai perkara yang ma'ruf dan yang diredhai Allah.Fenomena yang seringkali kita dengari dan saksikan...bilamana anak-anak dinasihati orang tuanya,mereka melawan.Pelajar-pelajar bilamana di sekolah tidak menghormati guru-gurunya dan banyak lagi gejala-gejala yang kurang enak bahkan lebih teruk daripada itu...SubhanaAllah,Maha Suci Allah yang menjadikan dan mewujudkan sesuatu hukum dan arahan bukan sia-sia,tetapi untuk kemaslahatan hambaNYA!
22 April 2010
P94

25 haribulan ini, seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.
Kami diperingkat MAHAsiswa menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik. Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.
Pemimpin yang dipilih seharusnya adalah yang rapat dan dekat dengan mereka. Bukan sekadar hanya menabur janji-janji manis. Memberi harapan palsu kepada rakyatnya.
Pemimpin yang baik juga adalah pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya. Pemimpin yang sanggup berubah perangainya dari seorang yang buruk akhlaknya kepada baik budi pekertinya.
Lihatlah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup meninggalkan kemewahannya demi rakyat tercinta. Beliau juga tidak menggunakan harta kerajaan dalam urusan peribadinya.
Pemimpin sebeginilah yang boleh dipercayai dalam membela rakyatnya. Bukan pemimpin yang gilakan harta. Bahkan sanggup memakan harta rakyatnya demi kepentingan peribadinya.
Hulu Selangor seharusnya menjadi medan terbaik bagi para pengundinya memilih pemimpin yang betul-betul mahu membela mereka. Seterusnya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.
Harapan kami diperingkat MAHAsiswa agar pengundi Hulu Selangor memilih pemimpin yang betul untuk membela mereka. Semoga keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor akan mengangkat kembali suara rakyat Hulu Selangor yang sekian lama terpinggir.
sumber:mahasiswakini
05 April 2010
BICARA SI KALAM ITU...

30 March 2010
SUARA WANITA AURAT?
Sekiranya ditanyakan kepada saya,saya memang langsung tidak bersetuju perempuan bernyanyi walaupun mereka berniat baik untuk berdakwah,melainkan lagu-lagu yang mereka dendangkan hanya diperdengar kepada kaum sejenis sahaja,harus hukumnya.tapi jika diperdendangkan kepada umum,campur dengan lelaki,pasti berbeza hukumnya.
Jangankan mengenai hal ini,saya juga berpandangan sekiranya lelaki yang bergelar hafiz sekalipun,saya tak setuju untuk mereka terlibat dengan bidang seni nyanyian(saya ada pendapat saya sendiri :) )

Kita beralih ke tajuk pokok kita,sebelum kita kupas lebih lanjut,1 persoalan,mesti kita pernah dengar bahawa suara wanita aurat...iyeke?suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat,semua mazhab menganggap suara wanita bukanlah aurat.Tapi!ia akan menjadi aurat apabila wanita melembutkan & memanjakan suara mereka kepada lelaki bukan mahramnya(yang boleh menggugat iman lelaki)...mungkin kita pernah dengar daripada sahabat-sahabat lelaki kita berkata
para ulama' tafsir berpendapat,suara wanita yang dilagukan termasuk daripada kecantikan-kecantikan(yang tidak harus dipertonton & diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram),para ulama lain menafsirkan:
1)Imam As-Suddi:"larangan buat kaum wanita yang melembutkan,melunakkan dan manja apabila di hadapan khalayak lelaki"
2)Imam Qurtubi:"...kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafik & ahli maksiat berfikir jahat.

23 March 2010
HANYA PERSINGGAHAN

11 March 2010
TIADA GANTI

13 February 2010
NO VALENTINE DAY!!!
Bahagian Pertama
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.
Apa pandangan Islam?
VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Pada kesempatan ini kita akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
1.kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya,
2.kasih hamba kepada Pencipta,
3.kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:
Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.
(Surah Al-Anfaal: 63)
Dan tafsirnya lagi:
Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
(Surah Ali Imran: 103)
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya
Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.
(Surah Ali Imran: 31)
Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.
Bahagian Kedua
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(Surah Al-Baqarah: 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:
“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:1) Imam yang adil, 2) pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, 3) orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, 4) dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, 5) seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” 6) seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan 7) seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Kahfi: 13)
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
Dipetik daripada IRSYAD HUKUM BRUNEI
Laman Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan: http://www.ns.gov.my/mufti/
12 February 2010
MAHA SUCI ALLAH!
SUNGAI DALAM LAUT

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a..w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...

-
Janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang d...
-
Macam jiwang je kan tajuk tu...ni bukan masalah jiwang atau ape...tapi saya luahkan ia melalui hati saya yang bergelar perempuan.bila peremp...
-
Dah 3 kali hujung minggu berturut-turut saya turun negeri kelahiran saya,Melaka untuk urusan gerak kerja di Melaka bersama adik-beradik sepe...