25 haribulan ini, seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.
Kami diperingkat MAHAsiswa menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik. Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.
Pemimpin yang dipilih seharusnya adalah yang rapat dan dekat dengan mereka. Bukan sekadar hanya menabur janji-janji manis. Memberi harapan palsu kepada rakyatnya.
Pemimpin yang baik juga adalah pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya. Pemimpin yang sanggup berubah perangainya dari seorang yang buruk akhlaknya kepada baik budi pekertinya.
Lihatlah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup meninggalkan kemewahannya demi rakyat tercinta. Beliau juga tidak menggunakan harta kerajaan dalam urusan peribadinya.
Pemimpin sebeginilah yang boleh dipercayai dalam membela rakyatnya. Bukan pemimpin yang gilakan harta. Bahkan sanggup memakan harta rakyatnya demi kepentingan peribadinya.
Hulu Selangor seharusnya menjadi medan terbaik bagi para pengundinya memilih pemimpin yang betul-betul mahu membela mereka. Seterusnya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.
Harapan kami diperingkat MAHAsiswa agar pengundi Hulu Selangor memilih pemimpin yang betul untuk membela mereka. Semoga keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor akan mengangkat kembali suara rakyat Hulu Selangor yang sekian lama terpinggir.
sumber:mahasiswakini
No comments:
Post a Comment