24 April 2010

حلالا طيّبا

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua(*_*).selamat mengundi juga buat penduduk sekitar Hulu Selangor.hari ni nak cerita mengenai tajuk di atas.halalan thoyyibah(halal lagi baik).Firman Allah:

"wahai manusia!makanlah dari(makanan)yang halal&baik yang terdapat di bumi..."(Al-Baqarah:168)
&
"dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeqi yang hala&baik,dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNYA"(Al-Maidah:88)

Ada di antara kita,yang menganggap remeh akan hal makan ni,makan...makan je lah,ada depan mata semuanya 'sapu',asalkan ada tanda halal,bedal...Dalam hal pemakanan kita kena memandang hal HALAL nya 1 hal,ramuan-ramuan dalam pemakanan itu juga perlu kita ambil kira.Sebab apa saya membawa ia sebagai perbincangan?sebab kadang-kadang kita nampak ia sesuatu yang remeh dan tidak penting sangat untuk dijaga,asalkan makan,boleh hidup,tak kebulur,maka nak makan apa...ikut suka hatilah...hmm nauzubillah.Sedarilah duhai ummat manusia...Islam amat-amat memandang berat hal pemakanan!

MASALAH YANG TIMBUL

Melalui ayat di atas,jelas menunjukkan kepada kita bahawa aspek pemakanan amat-amat penting,bukan sekadar HALAL,tapi juga BAIK!.Permasalahan bagi masyarakat kita sekarang,mereka hanya mementingkan aspek HALAL sahaja.Bila nampak sahaja label halal tanpa memikirkan akibat buat diri,terus makan,terus beli...contohnya makanan segera pun tak adalah baik sangat seperti maggi,burger,air berkarbonat,KFC (RFC termasuk tak...hehe...insyaAllah thoyyibah )& lain-lain.

Tambah malangnya lagi apabila label HALAL sekarang ini, banyak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan dan berkepentingan tertentu.apa nak jadilah,hmm...


KEPENTINGANNYA

~IBADAT & DOA~


Rasulullah S.A.W diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah:"Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya MAKANAN YANG HALAL bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan IBADAT&DOAnya kerana untuk penyempurnaan tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya TETAPI memerlukan pula kepada HALAL MAKANAN & pakaian yang digunakan setiap hari"

Daripada hadis di atas jelas menunjukkan kepentingan menjaga pemakanan.Ibadat&doa tidak sempurna bilamana makanan tidak dijaga dari sudut halal haramnya,boleh jadi ibadat tidak diterima dan juga doa tidak termakbul.

Pada zaman Nabi Musa A.S,seseorang yang berdoa bersungguh-sungguh tapi malangnya doanya tidak diterima,kerana apa?kerana perutnya ada benda haram,belakangnya benda yang haram(pakaian),bahkan rumahnya juga dipenuhi dengan benda-benda haram.MasyaAllah takutnya kita,barangkali doa-doa kita selama ini tidak bersambut dek kerana pemakanan dan hal-hal yang kita tidak jaga selama ini,waiyya zubillah!

~KESIHATAN~

Bila makan yang Halal lagi baik,insyaAllah penyakit pun tak mudah dapat,mudah untuk lakukan amal dan ibadah.Hidup pun bahagia dan ceria kerana makan makanan yang diredhai Allah (*_*)
KESANNYA

Apa yang akan terjadi bilamana pemakanan kita tidak halal dan tidak baik?kita semua mesti maklum akan hadis yang melalui sahabat bernama al-Nu'man:

"Ketahuilah,sesungguhnya di dalam badan itu ada seketul daging,apabila ia BAIK maka BAIKLAH SELURUH BADAN.dan apabila BURUK,BURUKLAH SELURUH BADAN.Ketahuilah,itulah hati"(H.R Al-Bukhari&Muslim)

Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita,bilamana kita makan makanan yang baik mahupun buruk,maka ia akan memberi kesan terhadap badan kita lagi hebatnya...pada hati kita.Bila baik, menghasilkan hati yang baik dan cenderung melakukan kebaikan.Malang jika sebaliknya,bila buruk,daging busuk,bahkan hati kotor maka kecenderungan melakukan keburukan dan kejahatan amat-amat besar.MasyaAllah,besar kan peranan makanan dan perkaitannya dengan hati dan tindakan kita?

Faktor inilah juga,bagi saya antara penyumbang masyarakat kita lebih suka kepada kemungkaran,kemaksiatan daripada menyukai perkara yang ma'ruf dan yang diredhai Allah.Fenomena yang seringkali kita dengari dan saksikan...bilamana anak-anak dinasihati orang tuanya,mereka melawan.Pelajar-pelajar bilamana di sekolah tidak menghormati guru-gurunya dan banyak lagi gejala-gejala yang kurang enak bahkan lebih teruk daripada itu...SubhanaAllah,Maha Suci Allah yang menjadikan dan mewujudkan sesuatu hukum dan arahan bukan sia-sia,tetapi untuk kemaslahatan hambaNYA!

HARAM MENJADI BOLEH DIMAKAN

Firman Allah dalam Surah Al-An'am ayat 145:

"Katakanlah,tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan memakannya,kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi,kerana semua itu kotor,atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah.TETAPI BARANGSIAPA TERPAKSA BUKAN KERANA MENGINGINKAN & TIDAK MELEBIHI(BATAS DARURAT),MAKA SESUNGGUHNYA TUHANMU MAHA PENGAMPUN,MAHA PENYAYANG"

Kesimpulan daripada ayat di atas,walaupun Allah telah menetapkan akan haramnya sesuatu makanan,tapi ia boleh dimakan apabila timbulnya darurat yang membolehkan mereka memakan bangkai,babi dan selainnya tanpa wujudnya dalam hati mereka redha dan teringin untuk memakan makanan tersebut,tidak lain tidak bukan untuk mejaga kemaslahatan diri,barangkali menggelakkan daripada mati.wallahua'lam.

MAKAN>DARAH DAGING>HATI>PERILAKU.

JAGALAH PEMAKANAN ANDA,KERANA DIRIMU CIPTAAN BERHARGA(*_*)

:mujahidahputeri,sabtu,24.4.2010 bersamaan 9 Jamadilawal 1431H, 10:10am.:

Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...