Alhamdulillah,mengikut adat manusia,secara rasminya tamat Ijazah dalam Bidang Ilmu Wahyu pengkhususan Al-Quran dan Sunnah pada 17/11/2013!Semoga ada keberkatannya ilmu yang pernah ku pelajari!Semoga ada rezeki untuk sambung master pulak,insyaAllah!
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
27 November 2013
19 November 2013
Cantiknya Ya Allah...!
Allah...Allah...Allah...!
"Wahai saudara Muslim sekalian...kalau kamu berjalan dengan betul,Allah akan jadikan jalan kamu itu bersama-sama jalan para sahabat Nabi"
cantiknya perjalanan hidup insan ini,cantiknya perjalanan arwah menuju Illahi!
12 November 2013
"Boleh ke belajar baca quran?"
Semalam,masuk ke kelas baru,menggantikan seorang ustaz,mengajar yang bukan bidang pulak tu,sabau jela,Pegajian Malaysia...Di hujung kelas...ada seorang Indian student,menanyakan soalan secara personal dengan saya.
S : Miss,saya nak tanya soalan boleh tak?
Saya : boleh,apa die?
S:Boleh ke orang bukan islam macam saya belajar baca quran?
Saya : (Allahurabbi,terkedu sebentar,sebab 1st time dapat soalan daripada non muslim berkaitan islam),boleh,tiada masalah,bagi saya yang seorang islam ni,seronok sangat kalau orang bukan islam nak belajar berkaitan islam..ia peluang untuk orang tu kenal islam,tu bagi saya lah,cuma nanti saya cuba perincikan next class.Kenapa,awak nak belajar ke?
S : saya memang dah belajar dah ustazah,belajar iqra',dah habis dah pun.
Saya : (MasyaAllah!) kenapa awak nak belajar quran?
S: (sambil tunjuk tangan yang saya faham maksudnya,seolah-olah nak menuju kenal islam..)a....macam tu la(tersenyum2),lagi pun saya pernah lihat dalam tv,yang bill clinton,pernah bagi ucapan dan ada baca quran.Tu,saya terfikir tu,boleh ke orang bukan islam belajar quran.
Saya : (SubhanaAllah!) Secara personal,itulah jawapan saya tadi :) (Hatiku tersentuh sedari dikatakannya die telah pun habis belajar iqra'!Ya Allah bantulah dia,berilah hidayahMU kepadanya)
Allah...Allah...Allah...!Kelas kali ni,unik rasanya,baru 1st ngajar dah dapat soalan meruntun sanubari...da dapat tahu juga daripada ustaz sebelum ni,yang kelas tu ada seorang kristian yang dah peluk islam tapi terpaksa rahsiakan keislamannya untuk keselamatan dirinya.
Ya Allah...apa semua ini ya Allah...
Orang Islam sedari kecil Islam...makin jauh dari Islam!
Orang bukan Islam...cuba mendekati Islam!
Orang baru peluk Islam,terpaksa sembunyi2 beribadat demi Islam!
Kita orang Islam,boleh terang-terang beribadat dengan amannya,tapi terang-terang berbuat maksiat,mendekati jahiliah!
Allah...Allah...Allah...
Makin lama berada di bumi KAYM,makin rasa bermakna...kalau nak fikir pasal pentadbiran,dah lama agaknya cabut juga...tapi tak boleh nak buat apa,ia dah macam badi,bila pentadbiran negara pun hancur,dan pentadbiran yang bawah-bawah ni pun menjalankan agenda pihak tertentu,so sama je,hancus!Bahasa kasar nye,lantaq pi la kat depa...banyak benda lagi nak fikir dan nak kene buat...
Bila dah macam ni,rasa dah mula berani nak letak matlamat nak juga ada yang berjaya diislamkan nanti!Sebelum ni,just berangan nak ada kawan orang bukan islam...ha ambik la,dengan posisi yang ada sekarang ni,memang terbuka luas,insyaAllah!
"Ya Allah kuatkan aku untuk terus menebarkan keindahan Islam di muka bumiMU ini,ya Allah berilah taufiq dan hidayahMU buatku,keluargaku,sahabat-sahabatku,seluruh orang Islam dan bukan Islam ya Allah...!
Kita barangkali,dihidupkan sebagai Islam lain-lain coraknya,ada yang mudah,ada yang susah,ada daripada kawan,ada yang bila dengar kuliyyah sahaja,tapi apa-apa pun yang penting,kita menuju matlamat yang sama,menuju Allah...Biarlah Islam kita,bernilai di sisi Allah,berkualiti menuju abadi.
S : Miss,saya nak tanya soalan boleh tak?
Saya : boleh,apa die?
S:Boleh ke orang bukan islam macam saya belajar baca quran?
Saya : (Allahurabbi,terkedu sebentar,sebab 1st time dapat soalan daripada non muslim berkaitan islam),boleh,tiada masalah,bagi saya yang seorang islam ni,seronok sangat kalau orang bukan islam nak belajar berkaitan islam..ia peluang untuk orang tu kenal islam,tu bagi saya lah,cuma nanti saya cuba perincikan next class.Kenapa,awak nak belajar ke?
S : saya memang dah belajar dah ustazah,belajar iqra',dah habis dah pun.
Saya : (MasyaAllah!) kenapa awak nak belajar quran?
S: (sambil tunjuk tangan yang saya faham maksudnya,seolah-olah nak menuju kenal islam..)a....macam tu la(tersenyum2),lagi pun saya pernah lihat dalam tv,yang bill clinton,pernah bagi ucapan dan ada baca quran.Tu,saya terfikir tu,boleh ke orang bukan islam belajar quran.
Saya : (SubhanaAllah!) Secara personal,itulah jawapan saya tadi :) (Hatiku tersentuh sedari dikatakannya die telah pun habis belajar iqra'!Ya Allah bantulah dia,berilah hidayahMU kepadanya)
Allah...Allah...Allah...!Kelas kali ni,unik rasanya,baru 1st ngajar dah dapat soalan meruntun sanubari...da dapat tahu juga daripada ustaz sebelum ni,yang kelas tu ada seorang kristian yang dah peluk islam tapi terpaksa rahsiakan keislamannya untuk keselamatan dirinya.
Ya Allah...apa semua ini ya Allah...
Orang Islam sedari kecil Islam...makin jauh dari Islam!
Orang bukan Islam...cuba mendekati Islam!
Orang baru peluk Islam,terpaksa sembunyi2 beribadat demi Islam!
Kita orang Islam,boleh terang-terang beribadat dengan amannya,tapi terang-terang berbuat maksiat,mendekati jahiliah!
Allah...Allah...Allah...
Makin lama berada di bumi KAYM,makin rasa bermakna...kalau nak fikir pasal pentadbiran,dah lama agaknya cabut juga...tapi tak boleh nak buat apa,ia dah macam badi,bila pentadbiran negara pun hancur,dan pentadbiran yang bawah-bawah ni pun menjalankan agenda pihak tertentu,so sama je,hancus!Bahasa kasar nye,lantaq pi la kat depa...banyak benda lagi nak fikir dan nak kene buat...
Bila dah macam ni,rasa dah mula berani nak letak matlamat nak juga ada yang berjaya diislamkan nanti!Sebelum ni,just berangan nak ada kawan orang bukan islam...ha ambik la,dengan posisi yang ada sekarang ni,memang terbuka luas,insyaAllah!
"Ya Allah kuatkan aku untuk terus menebarkan keindahan Islam di muka bumiMU ini,ya Allah berilah taufiq dan hidayahMU buatku,keluargaku,sahabat-sahabatku,seluruh orang Islam dan bukan Islam ya Allah...!
Kita barangkali,dihidupkan sebagai Islam lain-lain coraknya,ada yang mudah,ada yang susah,ada daripada kawan,ada yang bila dengar kuliyyah sahaja,tapi apa-apa pun yang penting,kita menuju matlamat yang sama,menuju Allah...Biarlah Islam kita,bernilai di sisi Allah,berkualiti menuju abadi.
06 November 2013
Mudahnya menjemput rezeki
Cubalah cari buku ni dan baca,sangat-sangat best.Buku ni,buku motivasi yang kedua paling saya jatuh cinta,dan suka bacanya,selepas buku Di mana DIA di hatiku.Buku ni menimbulkan makin yakin kita,mampu mengalirkan airmata,memberi kesedaran,memberi jalan dan segala yang baik.Buku ni mengajar kita sentiasa optimis,dan yakin rezeki tu daripada Allah,rezeki tu terlalu mudah untuk kita jemputnya,melalui menjaga solat,melalui zikir kita,sedekah kita,solat-solat sunat seperti dhuha,tahajjud,istikharah,hajat,tasbih dan lainnya.Kenapa ia digelr menjemput rezeki,bukan mancari rezeki?Apa beza mencari dan menjemput?Jemput dengan mencari,susah lagi mencari...(saje timbulka soalan,supaya beli buku ni :) )Serious,buku ni best sangat, ada masa nanti,saya share apa isinya,kalau tak,kena carilah beli dan baca,hehe,saya pun pinjam orang,tapi bila dah habis baca,nak juga ada sendiri punya,walaupun dah habis baca.
The way of life
Ada 1 perkara,dah lama mengunjungi minda ni...Setiap kali lalu atau ternampak kubur-kubur Non-Muslim,agak-agaknya lah kan,kita orang Islam ni bakal dipersoalkan,dan disalahkan oleh Non-Muslim,yang kita orang Islam ni tak pernah pun ajak masuk Islam,dan seumpamanya.Ditakuti disebabkan hal begitu,kita orang Islam ni terhalang daripada memasuki syurga.'Takut...Auzubillah wa na'uzubillah!
Berdakwah terhadap Non-Muslim,mengajak berbuat baik dan mencegah kemungkaran terhadap orang Islam.Teringat Ustaz Ebit Lew pernah share,dengan mewakili dia yang sebagai bekas non-muslim,kita ni sebagai orang Islam hendaklah memandang non-muslim dengan kasihan,bukannya bila tengok india,kata gelaplah,pusat ternampak la,bila nampak cina,kata matanya sepet la,itu la,berfaedah tak kita cakap macam tu?Cuba lah kita buat suatu yang bermanfaat dengan mendoakan ke,contohnya,bila nampak mereka,doalah dalam hati "Ya Allah,kasihannya mereka,jika mereka mati dalam mensyirikkanmu,mereka bakal menjadi bahan api neraka,Ya Allah kasihanilah mereka dengan memberi taufiq dan hidayahMU buat mereka"
Kalau tak mampu direct ajak masuk Islam,tunjukki akhlak yang baik.Kalau kita dengar kisah-kisah Nabi dulu pun,ramai convert to Islam sebab terpegun,terpikat dengan akhlak Nabi SollaAllahu 'alaihiwasallam sahaja.Kita umat Islam era kini?Cakap diri sendiri terutamanya.Allah...akhlak kita ni tak cukup indah lagi agaknya,sebab tu orang non-muslim ramai lagi tak terpikat dengan Islam,yang amat sedih lagi,yang Islam,murtad!
Sepatutnya,orang Islam makin nampak keindahan Islam.Bersyukurlah dengan nikmat yang tak tahu kita nak gambarkan bagaimana.Marilah menjadi hamba yang bersyukur.Dalam masa yang sama,kasihanilah mereka yang non-muslim.
Berdakwah terhadap Non-Muslim,mengajak berbuat baik dan mencegah kemungkaran terhadap orang Islam.Teringat Ustaz Ebit Lew pernah share,dengan mewakili dia yang sebagai bekas non-muslim,kita ni sebagai orang Islam hendaklah memandang non-muslim dengan kasihan,bukannya bila tengok india,kata gelaplah,pusat ternampak la,bila nampak cina,kata matanya sepet la,itu la,berfaedah tak kita cakap macam tu?Cuba lah kita buat suatu yang bermanfaat dengan mendoakan ke,contohnya,bila nampak mereka,doalah dalam hati "Ya Allah,kasihannya mereka,jika mereka mati dalam mensyirikkanmu,mereka bakal menjadi bahan api neraka,Ya Allah kasihanilah mereka dengan memberi taufiq dan hidayahMU buat mereka"
Kalau tak mampu direct ajak masuk Islam,tunjukki akhlak yang baik.Kalau kita dengar kisah-kisah Nabi dulu pun,ramai convert to Islam sebab terpegun,terpikat dengan akhlak Nabi SollaAllahu 'alaihiwasallam sahaja.Kita umat Islam era kini?Cakap diri sendiri terutamanya.Allah...akhlak kita ni tak cukup indah lagi agaknya,sebab tu orang non-muslim ramai lagi tak terpikat dengan Islam,yang amat sedih lagi,yang Islam,murtad!
Sepatutnya,orang Islam makin nampak keindahan Islam.Bersyukurlah dengan nikmat yang tak tahu kita nak gambarkan bagaimana.Marilah menjadi hamba yang bersyukur.Dalam masa yang sama,kasihanilah mereka yang non-muslim.
05 November 2013
Interaksi dengan Non-Muslim
KEPERLUAN FEKAH INTERAKSI DENGAN BUKAN MUSLIM
(artikel ini ditulis pada masa penulis Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya rasa amat berat apabila mendapat banyak jemputan untuk menghadiri seminar dan perbincangan isu-isu murtad. Walaupun pihak-pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri, namun saya selalu berkhayal satu seminar besar dibuat tentang ramai bukan muslim menganut Islam. Dalam politik pilihanraya, akhbar-akhbar berbagai parti akan menyiarkan cerita ahli-ahli parti lawan keluar parti. Sama ada benar atau tidak, itu merupakan perang psikologi yang akan melemahkan jentera parti musuh dan semangat pengundi. Demikianlah juga tentang isu murtad, jika kita asyik membicarakan tentang orang keluar agama kita, lemahlah semangat para pendakwah ikhlas yang sedikit itu, dan patahlah hasrat bukan muslim yang ingin mendekati agama ini. Adakah di sana suatu yang lebih malang dari agama yang bukan sahaja gagal menarik orang luar mendekatinya, bahkan penganut yang ada pun ingin meninggalkannya. Mereka yang menggembar-gemburkan angka murtad yang bukan-bukan itu -secara langsung atau tidak langsung- memainkan peranan penting melemahkan umat ini dari dalam dan menghalang orang lain dari menghampiri agama yang suci ini.
Kekuatan Kita Ada
Dahulu kita membaca pemimpin agung Islam ‘Umar bin al-Khattab yang berpesan kepada bala tentera Islam yang dikepalai oleh Sa’d bin Abi Waqqas sebelum Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi dengan kata-kata mutiara, antaranya:
“…yang menyebabkan kaum muslimin itu menang hanyalah kerana maksiat musuh-musuh mereka. Jika tidak kerana faktor itu, kita tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi musuh. Sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam hal maksiat, sudah pasti mereka memiliki kelebihan di sudut kekuatan. Jika kita tidak mampu menang dengan kelebihan kita (ketaqwaan) sudah pasti kita tidak dapat menewaskan mereka dengan kekuatan kita”. (Dr ‘Ali al-Salabi, ‘Umar bin al-Khattab, m.s. 420, Kaherah: Dar al-Tauzi’ Wa al-Nasyr al-Islamiyyah).
Ucapan ‘Umar sangat bermakna dan menarik. Pengajaran untuk kita umat yang tewas pada hari ini. Namun saya ingin melihat di sudut yang sebaliknya dalam negara kita ini. Jika ‘Umar menyatakan: “..sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka”, realiti yang berlaku dalam negara kita sebaliknya. Jumlah umat Islam lebih ramai, peruntukan dan bajet kerajaan untuk akvititi Islam begitu banyak, bahkan zakat berlebihan saban tahun –walaupun yang miskin terus menderita-. Pegawai dan pejabat yang berkaitan Islam amatlah banyak. Kita ada jabatan, badan, yayasan, mahkamah, perlembagaan dan berbagai lagi yang berpihak kepada kepentingan Islam. Namun mengapa kita masih kelihatan bagaikan umat yang tewas. Tidakkah jika kita tidak dapat menewaskan orang lain dengan ketaqwaan kita, sekurang-kurang kita berjaya disebabkan faktor kekuatan lahiriah kita. Mengapa tidak sedemikian?
Seorang yang berjalan kaki akan sampai ke destinasinya jika ia terus berjalan dengan arah yang betul. Namun seorang yang mempunyai kenderaan canggih dan mewah tidak akan sampai jika hanya berada dalam kenderaannya sambil membelek-belek kemewahan itu tanpa menggerakkannya ke arah destinasi yang betul. Begitulah halnya kita ini. Kita wajar bertanya sejauh manakah kenderaan mewah kita ini benar-benar digerakkan?.
Imej Umat Islam
Aduhai malangnya, sepatutnya dengan Islam yang indah ini, semakin lama bukan muslim hidup di kalangan masyarakat muslim semakin harmoni perasaan mereka dan semakin menghormati kita, jika tidak pun mereka menerimanya. Namun realiti yang berlaku, semakin hari nampaknya, unsur-unsur prasangka dan prajudis makin berbuah antara mereka dan kita. Di sini saya tidak ingin membicarakan tentang masyarakat bukan muslim dan agenda mereka. Barangkali kita yang gagal menonjolkan wajah Islam yang mengangkat nilai dan penghormatan. Lama-kelamaan gambaran Islam itu begitu tidak indah pada generasi mereka.
Di sudut ekonomi dan kehidupan dunia, kita gagal menonjolkan nilai yang positif untuk mereka. Jika kita ingin berkempen agar bukan muslim menghormati Islam dengan kejayaan kita dalam di sudut pembinaan ekonomi dan tamadun, nampaknya harapan itu amat kabur. Jalan untuk sampai kepada kehebatan ekonomi itu juga bukannya singkat. Apa yang tinggal bagi kita ialah menonjolkan kehebatan ajaran Islam yang membentuk perilaku mulia umatnya. Masih ramai manusia di dunia ini yang terpengaruh dengan budi baik melebihi kekayaan harta.
Fekah Dakwah
Malangnya, fekah dakwah kita kepada bukan muslim terbenam sama sekali. Ada saudara baru mengadu dia ingin menganut Islam dan menghubungi pihak yang berkenaan; pegawai agama itu memberitahunya “jika awak hendak masuk Islam hendaklah pada waktu pejabat, tunggu saya masuk pejabat dulu”. Saya cadangkan pegawai berkenaan tulis di pintu pejabatnya “waktu masuk Islam 8 a.m sehingga 5 p.m”. Semangat dakwah kita tidak kukuh. Kemudian hairan orang tidak minat dengan Islam. Jika orang lain bekerja untuk agama mereka tanpa mengira waktu dan berkorban, maka jangan hairanlah jika mereka berjaya memenangi persaingan ini.
Ramai orang bukan Islam selalu salah faham tentang sikap Islam terhadap mereka. Mereka menyangka ajaran Islam itu sentiasa membenci dan memusuhi mereka tanpa sebab. Pada hal Allah menyebut dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9,:
(maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Fekah Sempit
Namun apa yang hendak dihairankan jika mereka salah faham. Mereka lihat ramai orang Islam yang mendapat bantuan kebajikan dari mereka; seperti ketika Tsunami, yang sakit kronik dan seumpamanya. Ada orang kita berulang alik ke tempat ibadat mereka pun untuk mendapat bantuan rawatan percuma. Di pihak kita pula, kurang memberi kepada mereka. Bahkan pegangan mazhab tempatan kita begitu sempit sehingga mengharamkan sesetengah pemberian seperti daging kurban dan akikah kepada mereka sekalipun jiran di sebelah rumah. Sehingga apabila kita buat korban atau akikah, kita menjemput orang ramai makan, kita tinggalkan jiran bukan muslim kita kerana bimbang nanti korban atau akikah kita terbatal. Padahal, tiada nas dari al-Quran atau hadis yang menyatakan sedemikian. Badan Fatwa Tetap Arab Saudi ketika ditanya tentang hal ini menjawab:
“Ya, boleh untuk kita memberikan daging korban kepada bukan muslim yang tidak memerangi Islam atau tawanan perang (bukan muslim). Boleh kita berikan kepadanya disebabkan kefakirannya, atau hubungan keluarga atau kejiranan, atau untuk menjinakkan hatinya” (11/424).
Namun disebabkan taksub mazhab, ramai yang sempit dalam hal ini. Lucunya, kita halang daging korban beberapa keping, dalam masa yang sama kita gadaikan lesen, permit, projek dan tanah berkeping-keping. Dalam masalah menjawab salam juga kita sempit. Dulu telah saya terangkan. Kita haramkan mereka menjawab salam sedangkan ia merupakan kalimah yang baik, namun ramai yang tidak pula melenting apabila mendengar perkataan maki hamun atau mencarut atau merapu dari bukan muslim ataupun muslim.
Beri Sedekah
Ramai yang susah hati kerana pertubuhan agama-agama tertentu memberikan bantuan kepada orang-orang Islam yang kesusahan. Bimbang nanti akan mempengaruhi orang Islam. Persoalannya, mengapa kita tidak lakukan. Kita ada Baitul Mal, zakat yang ‘berlebihan’ dan sumber-sumber lain yang boleh dijadikan penarik muslim dan bukan muslim mendekati agama ini. Susahnya, ada pula orang Islam menganggap memberi sedekah kepada bukan Islam tidak dapat pahala. Sedekah atau bantuan yang dapat pahala hanya untuk sesama Islam. Hal ini tidak benar. Pada zaman Nabi s.a.w. kaum muslimin juga pada awalnya merasa berat untuk memberikan bantuan harta kepada selain dari kalangan mereka. Mereka seakan merasakan pahala itu hanya diperolehi jika sedekah itu diberikan kepada sesama akidah. Lalu Allah menurunkan firmanNya dalam Surah al-Baqarah ayat 272
(maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”.
Dengan turunnya ayat ini bererti pemberian sedekah kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang baik atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredaan Allah. (lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub). Bahkan dalam zakat, di kalangan ulama berpendapat peruntukan fakir miskin boleh diberikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Dr. Yusuf al-Qaradawi antara yang berpegang kepada pendapat ini. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/ 707, Beirut: Muassasah al-Risalah). Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim atas peruntukan muallaf untuk menjinakkan hati mereka kepada Islam. Sama ada miskin atau tidak, seorang bukan muslim boleh diberikan zakat jika itu boleh mendekatkan hati mereka dengan Islam. Namun, tafsiran muallaf kita begitu sempit, maka zakat gagal berfungsi sebagai agenda dakwah. Maka tidak hairan jika zakat kita ‘berlebih-lebihan’ saban tahun, sedangkan masalah umat terus bertambah.
Hormati Jenazah
Dahulu, sesetengah orang menganggap kurang baik jika lalu di hadapannya kenderaan jenazah bukan muslim. Pada hal dalam hadis disebut:
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nilai ketinggian akhlak ini sepatutnya dijelaskan kepada bukan muslim agar mereka pandang tinggi kepada nabi kita. Jangan cuba dikaitkan agama ini dengan nilai-nilai keganasan.
Masuk Masjid
Masjid-masjid kita juga sepatutnya seperti masjid pada zaman Nabi s.a.w. Diizinkan bukan muslim masuk untuk mendengar kuliah atau ceramah agama, atau untuk mengambil bantuan kewangan bagi yang kesusahan. Sepatutnya masjid dibuka untuk bukan muslim untuk mengenali Islam, hadir melihat amalan orang Islam dan mendapat penerangan yang harmoni mengenai Islam. Inilah yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w. Para perwakilan yang muslim dan bukan muslim dari serata cerok rantau datang menemui Nabi s.a.w dalam masjid baginda. Namun kita ini, jika bukan muslim masuk ke masjid atau duduk melihat amalan Islam di masjid, kesempitan pemikiran pun akan berperanan aktif.
Banyak lagi jika hendak dibincangkan di sini. Saya mencadangkan agar kita memasukkan dalam sukatan pengajian agama kita; di masjid dan sekolah secara jelas tajuk fekah atau akhlak Islami dalam berinteraksi dengan bukan muslim. Dengan harapan akan terpancar di hadapan mereka cahaya keindahan agama ini.
04 November 2013
Kemuliaan seorang mukmin dengan...
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam;Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
.
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.
.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.
- Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
- Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
- Dapat muhasabah kekuatan diri
- Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
- Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yangberiman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.” (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”
.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhirdari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.” (Al-Tibrani)
.
.
DOA QIAMULAIL
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
- Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
- Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
FADILAT QIAMULAIL
- Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
- Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
- Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
- Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
- Membawa kesan iman yang mendalam,
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام
Copied : Ustaz Shafiq
Lebih mudah bila...
Hadirya rezeki lebih mudah dengan mengutamakan SOLAT.
Ada ulama' yang menyatakan bahawa,sesiapa yang mengutamakan solat,Allah akan memberinya 5 keistimewaan:
1.Akan diangkat kesempitan hidup di dunia.
2.Akan terhindar daripada azab kubur.
3.Akan mendapat catatan amalnya melalui tangan kanan.
4Akan melintas titisan sirat sepantas kilat.
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.
[Petikan buku :Mudahnya menjemput rezeki by Fathuri Salehuddin]
Hati yang Allah suka dan benci.
*Hati yang keras,lebih keras daripada batu...
*Banyak ketawa,mengeraskan hati.
*Bagaimana nak elak kerasnya hati,hendaklah kamu menangis sebanyak mana ketawa.
02 November 2013
DIA amat dekat
Dia lebih dekat daripada urat leher, Dia lebih cemburu daripada kekasih dan Dia lebih penyayang melebihi kasih sang ibu. Dia ialah hakim yang suka menangguh hukuman dan Dia jugalah raja yang paling suka memaafkan penjenayah.
Mengapa kita tidak meniru Dia?
"Tiada apa yang Aku sukai untuk hambaKu bertaqarrub kepadaKu melainkan apa yang Aku fardhukan keatasnya, tetapi hambaKu masih bertaqarrub kepadaKu dengan amalan sunat hingga Aku menyintainya, dan apabila Aku menyintainya, Akulah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Akulah penglihatannya yang dia melihat dengannya, dan Akulah tangannya yang dia bekerja dengannya, dan Akulah kakinya yang dia berjalan menggunakannya, dan apabila dia meminta kepadaKu Aku akan memberikannya, dan apabila dia berlindung denganKu, Aku akan melindunginya." (HR. Al-Bukhari)
~Quote~
"Tiada apa yang Aku sukai untuk hambaKu bertaqarrub kepadaKu melainkan apa yang Aku fardhukan keatasnya, tetapi hambaKu masih bertaqarrub kepadaKu dengan amalan sunat hingga Aku menyintainya, dan apabila Aku menyintainya, Akulah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Akulah penglihatannya yang dia melihat dengannya, dan Akulah tangannya yang dia bekerja dengannya, dan Akulah kakinya yang dia berjalan menggunakannya, dan apabila dia meminta kepadaKu Aku akan memberikannya, dan apabila dia berlindung denganKu, Aku akan melindunginya." (HR. Al-Bukhari)
~Quote~
Subscribe to:
Posts (Atom)
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)