Menghidupkan waktu malam iaitu mengerjakan ibadat sewaktu malam dengan bersolat dan lain-lain itu ada 7 peringkat iaitu :
PERTAMA : menghidupkan seluruh malam iaitu semalaman suntuk.Hal ini adalah keadaan orang-orang yang benar-benar kuat dan pekerjaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah sahaja.Mereka itu berasakan nikmat yang luar biasa ketika bermunajat kepada Allah pada waktu malam hari.Kelakuan sedemikian itu dianggapnya sebagai makanan dan untuk menghidupkan hatinya.Oleh sebab itu,mereka tidak berasa penat sama sekali sepanjang malam.
KEDUA : bangun untuk melakukan ibadat selama separuh malam.
KETIGA : melakukan ibadah selama 1/3 malam dari separuh malam yang terakhir.
KEEMPAT : melakukan ibadat selama 1/6 malam yang terakhir atau 1/5 daripadanya.
KELIMA : tidak mengikut cara-cara yang di atas,tetapi seseorang itu tidur lalu menetapkan dia akan bangun malam pada suatu masa yang tidak akan ditentukan.
KEENAM : seseorang itu bangun hanya sekadar cukup untuk melakukan solat 4 atau 2 rakaat sahaja.
KETUJUH : sekiranya uzur untuk bangun di tengah malam,maka seseorang itu tidak melalaikan untuk bangun sebelum solat subuh atau sewaktu menjelangnya waktu sahur dan dia tidak tidur pada waktu subuh.
7 peringkat ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.Baginda tidak meletakkan satu cara yang khusus dalam melaksanakannya.Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Tuhamu mengetahui(wahai Muhammad) bahawasanya engkau bangun(solat tahajjud) selama kurang dari 2/3 malam,dan selama 1/2 nya,dan selama 1/3nya... "
(Al-Muzammil : 20)
petikan : Ihya' 'Ulumuddin
mujahidah : Mohonlah padaNYA sebanyak mana pun,waktu terbaik memadu kasih denganNYA dengan salah 1 peringkat di atas.Mohonlah dengan penuh kehambaan dan pengharapan kepadaNYA.DIA lah sebaik-baik pelindung,sebaik-baik penolong!Malam itu hanya kita dan DIA...malam kita berdua...
No comments:
Post a Comment