"Ikhlaskanlah amalanmu & sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas "[Riwayat Dailani]
Allah SubhanaAllahu Ta'ala berfirman :
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas(bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik)![Az-Zumar : 3]
Allahuakbar!saya cukup takut bila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS,di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa apa yang telah saya lakukan,'ikhlas ke aku buat tadi?Jika tidak,pasti saya akan dapat rasakan ketidak tenangan hati,lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan,ialah Astagfirullahal 'Azhim! Dan kita kena sedar,segala apa yang kita lakukan,itu adalah kehendak dariNYA jua,bukan sebab bagusnya kita!Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba ialah antaranya :
"Ya Allah,aku mampu beribadah dengan kehendakMU jua ya Allah,siapalah aku jika tanpaMU ya Allah,Dikaulah tempatku bergantung,Dikaulah tempat ku berlindung!"
Keikhlasan yang bersungguh-sungguh,tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan,Allahuakbar!susahkan?InsyaAllah,sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.
Teringat saya,slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3 minggu lepas,ustaz ada menyatakan bahawa,Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riya'.contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid,tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid,sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk,insyaAllah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.
Kalau kita dulu pun,jika solat kena tunggu mak abah suruh dulu baru nak solat,solat sebab apa?sebab mak abah suruh,tapi alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu abah di depan mata kita.
Tapi malangnya,ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan ,'eh tak nak lah derma,takut tak ikhlas ar'.Macam ni jenis manusia pun ada ke...(memang ada).Jangan sampai macam tu pulak pemikirannya,yang penting kita usaha ke arah ikhlas,ia memang bukan mudah,Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hambaNYA!
Sedar tidak kita,bahawa jika kita tidak ikhlas,kita telah mensyirikkan Allah,nauzubillah!mana tidaknya,kita buat sesuatu sebab lain,sebab orang,sebab nakkan habuan dan sebagainya.Allah...!takutnya ...
"ya Allah,mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untukMU,hanya keranaMU,bukan sebab makhluk dan ciptaanMU ya Allah!"
Allah berfirman:
"Sesiapa yang percaya & berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh & janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya![Al-Kahfi : 110]
Kita memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
tulus,putih dan murni hati kita
memberi adalah keranaNYA jua
Tidak mengapa jika tidak dikenang
asalkan segalanya memberi 1 ketenangan
menyebut kebaikan meragut keikhlasan
bukan kerana kelebihan kita
Dalam samar mainan rasa
kekadang datang jua serpihan bangga
mengharap adanya balasan
mendamba hadirnya kemasyhuran
Bukan itu yang diburu sejak mula
ditagih kasih rasa di depanMU
bila terasa segalanya dariMU
rebahlah segala daripadaku yang hina
TUHAN...
dunia ini tidak panjang
tahun terasa detik di putaran usia
mengharap yang abadi
kan lenyap segala ilusi
bantulah aku
dalam memahami rahsia itu
Yaakub Maktuf berkata : "orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya".
No comments:
Post a Comment