2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.
Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.
Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.
3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.
4. Anda akan semakin diuji..
5. Anda akan terus diuji..
6. Dan anda akan semakin kuat diuji..
7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.
8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..
9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..
10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.
11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.
Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalahUJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.
12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”
13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).
” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”
sumber:MyIlham.com
Ya Allah,
rahmatilah kami dengan Al-Quran,
jadikanlah Al-Quran sebagai pemimpin,cahaya petunjuk&rahmat bagi kami,
Ya Allah,
ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada Al-Quran,
berikanlah ilmu yang tidak kami ketahui lagi daripada Al-Quran,
anugerahkanlah kami untuk membaca Al-Quran siang &malam,
jadikanlah Al-Quran hujjah bagi kami Tuhan sekalian alam.
mujahidah : muhasabah huffazul qur'an,terutamanya diri sendiri!Amanah yang hampir 6 tahun tertonggak di bahu(ingat ke sampai saat ini?dush3x!)Amanahku hingga mati!tak berusaha untuk ingat,perjuangkan & mengamalkannya...siaplah nanti!Allah...!sungguh ia berat!Hanya padaMU ku mohon kekuatan dan pertolongan untuk terus berusaha mengingat kalamMU ini ya rabbi!
No comments:
Post a Comment