29 July 2009

1 OGOS 2009

SIANGNYA...



MALAMNYA...

Free Signature Generator

TEKA-TEKI TEKA TEKUK (*_*)

Jom teka-teki sikit...(*_*)


Banyak-banyak takut

takut apa yang bagus ek...hmm

kalau takut pada manusia....kita lari,hati resah gelisah,tak tentu arah

kalau takut pada hantu...hmm sama jugak,kita akan lari ketakutan dan tentu hala

kalau takut pada apa-apa makhluk pun sama jugak...lari jugak jawapannya...resah juga hatinya

TAPI ADA 1 PERKARA YANG KALAU KITA TAKUT...PASTI JAWAPANNYA BERLAINAN

TAKUT PADA ALLAH!
TAKUT PADA-NYA...KITA AKAN DEKATI-NYA,
TAKUT PADA-NYA...KITA AKAN TENANG,
TIADA LAGI RESAH TIADA LAGI GELISAH.

"ITTAQULLAH HAHAQQATUQATIH"

mujahidah:kita sering takuti benda daripada Allah.takut yang merugikan,bukan menguntungkan.bila takut pada Allah sungguh-sungguh,pasti kita tak sanggup nak buat dosa,diriku yang penuh dosa:(

Free Signature Generator

22 July 2009

DAKWAH JUMUD?

Dakwah sesuatu perkara yang sinonim buat para da'ie(pendakwah) dalam tugasnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Persoalannya,adakah method atau cara para da'ie pada era ini gunakan seiring dengan era masa kini dengan mad'u(orang yang didakwah) yang berbeza dengan mad'u era sebelum-sebelum ini.Adakah masih relevan berdakwah dengan menggedarkan risalah,ceramah agama....berapa ramai mad'u zaman ini yang bila diberi risalah mereka membacanya?(baca atau terus buang?)berapa ramai yang berkunjung ke masjid daripada tempat-tempat lain?Method sebegini mungkin boleh diterima dah masih relevan untuk zaman dahulu,tapi untuk zaman yang makin mencabar ini?...sama-sama fikirkan.

Teringat saya ketika membaca sebuah keratan dalam sebuah majalah,yang menyatakan kejumudan dakwah.Betapa jumudnya method dakwah era kini,yang mana seolah-olah di takuk lama,sedangkan permasalahan masyarakat kita hari ni pelbagai bentuk dan ragamnya,yang berbeza dengan masyarakat sebelum ini.Boleh dikatakan method sebelum-sebelum ini adalah warisan daripda sebelum-sebelum ini.Dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai berdakwah perlulah secara hikmah...adakah berhikmah cara yang digunakan oleh kita pada era ini?

Mungkin kita cuba berdakwah melalui teknologi era kini,melalui internet,tapi kadang-kadang saya terfikir,berapa ramai pengunjung-pengunjung laman-laman agama,atau blog-blog yang berbentuk dakwah dikunjungi oleh masyarakat kita di luar sana yang berada di pub,di shopping complex,di jalanraya dan sebagainya?adakah hanya orang yang memang sudah mempunyai kesedaran dan hanya untuk mematapkan pemahaman agama yang berkunjung ke web-web sedemikian?hmm saya boleh katakan setuju,majoritinya adalah masyarakat kita yang memang sudah mempunyai kesedaran dan kalau ada pun hanya manoriti sahaja.


Pada penulisan seterusnya,penulis menegaskan mengenai dakwah berkebajikan,yang pernah ditimbulkan salah seorang aktivis mahasiswa.Beliau bersetuju sekiranya method tersebut dipraktikkan dalam lapangan dakwah.Bagaimana yang dikatakan dakwah berkebajikan?dakwah yang mana dilakukan di mana membina hubungan yang baik dengan mad’u...di mana kita boleh follow up keadaan mad’u kita,bukan setelah kita dakwah padanya terus tinggal dan anggap tugas kita telah selesai.Mungkin ada beberapa badan telah praktikkan method ini,tapi hanya beberapa sahaja,yang banyaknya berdakwah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dan yang paling penting,dalam berdakwah kita perlulah memandang mad’u kita dengan pandangan dakwah bukannya islah.Di mana bila kita memandang mad’u kita dengan pandangan islah(membetulkan),pandangan kita seolah-olah sudah berfikiran negatif terhadap mereka,mad’u itu adalah negatif dan kitalah yang terbaik untuk membetulkan mereka,pendek katanya kita “assume” yang mereka memang jahat.Tapi bilamana kita pandang mereka dengan pandangan dakwah,kita akan mulakan dengan perkenalan dengan membina hubungan yang baik,bukan menghukum sebelum ketahui asal usul kenapa mereka jadi begitu.

Pandanglah mad’u kita dengan pandangan kasih-sayang bukan kerana kita fikir mereka salah dan kita betul.Kadang-kadang daripada mad’ulah kita belajar sesuatu.Sesuatu nilai-nilai murni yang kita tak ada tapi ada pada mereka,saya sendiri telah banyak belajar daripada banyak masyarakat yang saya jumpa,dalam kita berdakwah kita juga didakwah.Apa yang cuba saya kongsikan ini sama-samalah kita cuba untuk fikirkan cara terbaik untuk para mad’u kita sekarang,untuk kemaslahatan bersama.saya tak katakan bahawa method sebelum-sebelum ini tidak boleh digunakan,ia masih boleh digunakan,kerana para mad’u pelbagai karakter yang pelbagai,Cuma apa yang cuba saya nyatakan di sini,kita cuba pelbagaikan lagi method dakwah kita yang bersesuaian dengan era kita masa kini.Apa yang cuba saya kongsikan di sini saya sandarkan seruan ini buat diri yang menaip ini terutamanya dan para pengunjung amnya(*_*)

Free Signature Generator

14 July 2009

NASRUN MINALLAH


Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348tepuktangan

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283


Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!star

Free Signature Generator

10 July 2009

NAFSU OH NAFSU

Alhamdulillah,dapat juga nak update blog hari ni.tadi internet rumah ni buat hal pula,sampailah malam.hmm,kali ni saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni.Hari ni,ditakdirkan Allah,Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU.Pagi-pagi saya dah dah dapat mesej mengenainya,mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri,
satu ketika aku mengalahkannya.
dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya"
(Sufyan At-Thauri)

Memang betul,ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita...bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita,tapi malangnya bilamana iman kita kurang,nafsu yang mengawal dan pandu kita.nauzubillah.Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca,saya terjumpa mengenai nafsu lagi...wah hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya,AlhamdulillahsenyumIa adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita.kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu,
sedangkan ketika ia menyerang,
ia menguasai 2/3 akal.
Maka tiada jalan lain melainkan SABAR"
(Imam As-Syafie)

Subhanallah,besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita.patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar.seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran"BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR",dan dalam ayat yang lain"SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR",masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?Ya Allah,jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah.Saya teruskan bacaan saya lagi,dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH,bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU?apa kaitan dengan nafsu pulaksoalPENCINTA ALLAH ITU IALAH:

"seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,
tidak putus-putus mengingati Allah,
berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.
Apabila dia berbicara,dia berbicara dengan Allah,
apabila dia berdiskusi,diskusinya tentang Allah.
Dia bergerak dengan perintah Allah.
Diamnya bersama bersama Allah.
Maka dia dengan Allah,Untuk Allah,dan bersama Allah"
(Abu Bakar al-Kattani)

Let's recheck ourself,ada kita punyai ciri-ciri di atas?honestly,saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu,maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH.mengatakan sayang dan cinta amat mudah,tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah,ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.ingatlah kita,"NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN!.bila nafsu kuasai diri,ini yang akan terjadi:

Italic"Apabila hawa nafsu sudah dominan,maka hati akan gelap.
Apabila hati gelap,maka dada kan menyempit.
Apabila dada menyempit,maka akhlak jadi buruk.
Apabila akhlak buruk,maka makhluk akan membencinya"
(Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)


Ya Allah Ya Tuhanku,jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana
&
kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami
&
Jadikan kami daripada golongan orang yang SABARros

Free Signature Generator

09 July 2009

NISA' TEEN CIRCLE

Tujuan adanya program ini adalah:-

  • Nisa’ Gombak menjadi persatuan yang tetap dalam memberi pengetahuan agama kepada remaja sekitar Gombak.
  • Program ini juga akan menjadi medan kepada aktivis Nisa’ menyedari tanggungjawab terhadap masyarakat dan golongan remaja yang dahagakan perhatian.
  • Dan mendedahkan kepada aktivis Nisa’ cabaran dan peranan sebenar mereka dalam agenda memasyarakatkan dakwah Islamiah.
  • Matlamat akhir yang ingin dicapai dalam projek ini adalah untuk membawa remaja-remaja tersebut mengikuti pentarbiyahan secara khusus agar hasrat untuk memurnikan agenda dakwah umum itu terlaksana.
Free Signature Generator

08 July 2009

HANYA TAKUT PADANYA


Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah.Tiba-tiba suasana gempar seketika.Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri.Mengapa?rupa-rupanya mereka melihat Saiyidina Umar Ibn Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain.Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar.

Namun dalam kekalutan itu,ada seorang budak yang tidak ikut lari,bahkan terus bermain seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku.Saiyidina Umar melihat keberanian budak itu lalu bertanya,"Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

Anak itu menjawab dengan berani,"Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja,bukan pada manusia."

"siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair."

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma' binti Abu Bakar.Hasil didikan ibunya,apabila Abdullah dewasa,ia menjadi seorang abid dan mujahidstar

"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)



mujahidah:masyaAllah,sungguh bagus budak tu kan:pandacloud_19:ia bermula daripada tarbiyyah(didikan)keluarganya iaitu ibunya.Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ni?adakan mendidik anak dengan perkara yang lebih mendekatkan diri kepadaNYA,atau menjauhkan diri daripadaNYA.Mendidik anak takut pada PENCIPTA atau takut pada ciptaanNYA:pandacloud_45:seringkali melihat,bilamana anak-anak nakal,ibu bapa akan menakutkan anak-anak dengan binatang,dengan hantu dan perkara-perkara yang membuatkan anak-anak lebih cenderung takut akan benda.Maka lahirlah generasi yang lebih takut pada hantu,pada kucing pada yang entah apa-apa daripada AllahmerajukLihat sahaja generasi sekarang,kebanyakkan mereka melakukan perkara yang langsung tidak mendekati diri kepadaNYA.Alangkah indah kita semua ditarbiyyah dengan hanya takut pada Allah.SubhanallahrosInsyaAllah mujahid dan mujahidahku nanti akan cuba ku bentuk mengikut acuan Islam sebenar...insyaAllahsenyumkenyit

kata hukama':

التَّعَلٌّمُ فِى الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلَى الحَجَرِ
"pendidikan ketika kecil seperti ukiran atas batu"
(didikan sedari kecil amat berkesan)
Free Signature Generator

07 July 2009

BALA' BERLAKU BILAMANA...



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

(H.R Termizi)

Free Signature Generator

06 July 2009

KELANTAN

Sudah 3 hari tidak update blog,sebabnya saya sekeluarga ke Kelantan sekereta.Kami ke Kelantan saja ziarah mak cik dan keluarganya di Kubang Kerian dan kebetulan ada barang-barang yang hendak dibeli di sana.Bertolak hari Khamis jam 11 pagi,sebab tunggu mak cik balik daripada Sekolah.Kali ni lagi bermakna rasanya ke Kelantan,sebab banyak sangat jalan kot...hehe,tak dok rumah sangat...balik pun hanya tuk rehat kejap dan khidmat diri.Yang pastinya,dapat jumpa si keletah Mujahid dan si tomeii Mahirah

Hari Jumaat 3/7/09
jom kita mulakan destinasi kita...

kereta depan dipandu adik,kereta ni dipandu mak cik

Align Center
kita ke rantau panjang dulu

Antara barang-barang di sini

aid & kakaknya bisyarah bermain ape ntah

kat kedai batik di Pantai Cahaya Bulan,PCB

bakal bapa mithali...hehe,adikku omar & si tomei mahirah

apalah abe iwanmu buat tu aid...hmm

mak cik dan makku ketika tunggu makanan di PCB


Pada pagi harinya kami bertolak ke Rantau Panjang,puas sungguh berjalan hari ni,ke Rantau Panjang,sempadan Thailand & Kelantan.banyak sungguh barang-barang di sini.murah pun boleh tahan juga.kebetulan sangat-sangat jumpa ada adik UIA gombak di sini,dia daripada Perak,datang dengan maknya saja nak lihat keadaan di Manik Urai.Di sini juga ada 1 peristiwa tumbuk menumbuk berlaku,mengikut adik saya,kes ragut.tapi tak pasti,wallahua'lam.Pada malamnya pula,pergi ke Pantai Cahaya Bulan,saja menghirup angin malam dan makan di sana,sebelum tu singgah dulu di kedai jual pakaian batik,masyaAllah mahal ye batik ni,yang RM 500 ke atas pun ada.


Hari Sabtu 4/4/09
di kedai kain di Kota Bharu

Align Center
petangnya di pantai bachok

abah melayan karenah anak-anak buahnya

Hari seterusnya,mula-mula ke Pasir Tumboh,saya nak cari jubah,tapi tak berkenan di hati,jadi kami pergi ke Kota Bharu mencari barang-barang yang hendak dibeli dan kiriman oleh saudara mara yang lain.Mula-mula ke kedai emas,mak nak beli rantai baru...hehe perempuan...pastu ke kedai-kedai lain,kedai kain dan macam-macam la lagi.petangnya ke pantai Bachok la pulak,mujahid suka sangat...nak mandi laut katanya,tapi baju tak bawa,layankan je lah.Ha peristiwa menarik di sini...tandas kat sini nak masuk punya lah mahal...0.50 sen,sabar je la,tapi yang menariknya,mahirah tumpahkan air saya masa tengah menjamu selera,tapi...diganti oleh tuan kedai tanpa bayaran yang lain...kalau dia yang tumpahkan tak pe la,memang patut digant pun...tapi ni kesilapan daripada pelanggan...sampai adik saya pun kata"macam ni aku pun nak tumpah kan air ar"kagum sungguh dengan orang kelantan ni.

Hari Ahad 5/7/09
ketika menyulusuri kawasan Manik Urai

Suasana Pilihan Raya kecil Manik Urai

singgah sebentar makan durian di Kuala Lipis

Kami bertolak pulang dalam Jam 8pagi,melalui Gua Musang,,masa pergi hari tu lalu Terengganu,jauh.ni sebab nak hantar adik terus balik ke UKM kenalah lalu Gua Musang,terus ke Kuala Lumpur.Dalam perjalanan,kami melalui kawasan Manik Urai...tapi peliknya dah penuh dengan bendera...dah macam hari berkempen...pada hal 6hb baru penamaan calon...apa-apa pun dapatlah merasai sedikit suasana di manik Urai.Lepas tu,adik dari hari tu,nak makan durian,dah dapat dah sebenarnya makan kat Melaka dan kelantan,tapi dia kata tak sedap,mak kata kat Kuala Lipis yang sedap.jadi berhentilah untuk sampaikan hajatnya...lagipun mak dah janji.kami tiba di UKM dekat jam 6pm dan di Melaka jam 10pm.





mujahidahputeri:alhamdulillah,dapat jumpa si keletah mujahid dan si tomeii mahirah.dah pandai merangkak dan bercakap sikit-sikit dah irah.umminya,mak wan cukup pandai tawar menawar harga...pandai sungguh,boleh turun banyak harga...hehe ajaq imah sikit...pak wan,suami mak wan kebetulan tiada di rumah,ke Singapura ada urusan di sana...ingat nak ajak adik beradik seperjuangan yang di Kelantan bjalan-jalan,tapi sebab keluarga ada agenda sendiri,tak dapatlah...kita jumpa di kampus je la ek(*_*)


Free Signature Generator

02 July 2009

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH


Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.




Sabda Nabi:"Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya."

dapatkan di pasaran


Free Signature Generator

01 July 2009

NON-MUSLIM MASUK MASJID?

Mungkin kita biasa mendengar persoalan ini diutarakan,"boleh ke orang kafir masuk masjid?",dan tidak kurang juga yang mengata"suka suki je orang kafir ni masuk masjid,ingat tempat pelancongan ke?"saya juga tidak terlepas terfikir akan perkara ini,sebab rasa macam tak sesuai je.Tapi setelah saya membaca buku yang baru sahaja saya beli iaitu "Fiqah berinteraksi dengan non-Muslim",ia membuka minda saya dan terjawab persoalan saya dan mungkin juga saudara saudari sekalian nanti(*_*)insyaAllah.

Dalam hal ini penulis cuba memberi contoh dan hujah keharusan non-muslim memasuki masjid

  • Thumamah Ibn Uthal:Ditawan di Masjid semasa Kafir
dilaporkan seorang tawanan bernama Thumamah Ibn Uthal pernah diikat pada tiang masjid sebelum dia memeluk Islam.Imam al-Bukhari meletakkan tajuk "bab orang musyrik masuk masjid"(sahih al-Bukhari,kitab solat)

  • Kristian tinggal di dalam masjid
terdapat juga riwayat menunjukkan rombongan Kristian tinggal di dalam masjid ketika bertemu Nabi S.A.W perkara yang sama juga dinyatakan penulis fiqh sirah,Dr.Ramadhan Al-Butti(fiqh sirah,hal.316)


Walau bagaimanapun,non-Muslim tidaklah boleh buat sesuka hati dalam masjid,perlulah penuhi kehendak syarie.kenalah tutup aurat,tanda menghormati rumah Allah.Ini selaras dengan firman Allah:

Maksudnya:
"Wahai anak Adam!ambillah perhiasan kamu(menutup aurat)setiap kali ke masjid
"
(surah Al-A'raf ayat 31)

Tapi kalau hanya sekadar nak bermalam atau makan-makan,baik cari hotel atau restoran je macam tu.

Sebenarnya masjid ni adalah salah 1 tempat untuk non-Muslim mengetahui dan mengenali Islam melalui tazkirah,solat dan kita sebagai muslim juga perlulah cuba mengajak mereka dengan dengan sertai aktiviti-aktiviti di masjid.Salah satu dakwah orang Islam kepada mereka.Maka hukum non-muslim ke masjid adalah harus.

Walaubagaimanapun,kita sebagai orang Islam ni kenalah lebih turun ke masjid,muslimin la terutamanya,ini tidak bila Ramadhan,Solat Jumaat dan Solat Hari Raya barulah penuh masjid tu,Ingatlah akan firman Allah yang ini,yang mengatakan hanya orang berimana layak memakmurkan rumah Allah:

Maksudnya:
"Tidak mungkin golongan musyrik memakmurkan masjid-masjid Allah sedangkan mereka kufur.Itulah golongan yang musnah amalan mereka,dan di dalam neraka mereka berkekalan.Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak takut melainkan hanya kepada Allah.Itulah golongan yang mudah-mudahan menjadi orang yang mendapat hidayah".

(surah at-Taubah ayat 17-18)

semoga diberi hidayah bagi sesiapa sahaja non-muslimin apatah lagi muslimin bilamana mendatangi rumah Allah,masjid.

mujahidahputeri:janganlah masjid hanya banyak tapi tidak diimarahkan,itulah situasinya di Malaysia.bina masjid banyak-banyak tapi imarahkannya?hmm,mungkin sebab niat bina masjid tu pun hanya nak pancing undi atau untuk kenalkan keindahan seni bina je agaknya...berubahlah...ayuh menuju perubahan dengan mengembalikan fungsi masjid yang sebenar,ayuh imarahkannya...(*_*)
Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...