Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengingati Allah dan Allah turunkan surah ini adalah untuk memperingati manusia dari kelalaian dan seharusnya kita mengingati Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh kita.
Di dalam surah At-Taubah ayat 69 [9:69] kita sepatutnya mengambil pengajaran dari orang yang hidup sebelum kita, seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum yang lalu. Mereka memiliki kekuatan, kekayaan, dan kuasa. Tetapi mereka akhirnya dimusnahkan oleh Allah akibat kesombongan dan juga akibat kebiadaban terhadap rasul Allah, apatah lagi mereka langsung tidak bersyukur dengan apa yang mereka terima.
Seperti kita hari ini, kita mempunyai hidup yang mewah, makan, pakai dan tempat tinggal yang mewah tetapi sekiranya kita tidak bersyukur, kita hanya seperti kaum-kaum yang dahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah. Kita semua sepatutnya ingat yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang kekal. Dan akhirnya kita semua akan menjadi orang-orang yang rugi! Nauzubillah..
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. [40:82]
Di dalam ayat pertama surah ini, Allah menggunakan perkataan LAHA, yang bermaksud lalai, leka, sesat, berpaling, terlupa, bermain-main [sila cek di dalam kamus arab]. Sementara itu LAHWUN, bermaksud, apa-apa perkara atau benda yang menyebabkan manusia leka kepada perkara yang lebih penting atau perkara yang serius. Perkataan ini juga digunakan di dalam ayat-ayat lain di dalam Al-Quran seperti di dalam: [6:32], [6:70], [7:51], [21:17], [24:37], [63:9]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9]
Tujuan utama manusia diciptakan ialah ibadah kepada Allah iaitu melakukan perkara yang di suruh, dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56] Dan hasil daripada ini, maka manusia itu akan bertaqwa kepada Allah, iaitu memelihara diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa [2:21] dan akhirnya manusia itu akan mencapai kejayaan [falah] yang diidamkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah, …kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[2:189] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]
Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki. Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.
Perkataan JAHEEM di dalam surah ini agak ’menarik’ sekali. Kaitan dengan perkataan TAJAHHAMA membawa maksud Allah akan membakar/menyeksa di dalam neraka Jaheem dengan tidak ada belas kasihan sedikit pon, atau dalam erti kata lain Allah telah membalas perbuatan manusia akibat ketamakan dan perasaan sombong itu, dan Allah juga akan ’rasa tamak’ untuk membalasnya, dengan cara Allah tersendiri. Nauzubillah.. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [9:35](Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
15 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)
No comments:
Post a Comment