19 November 2008

بلّغوا عنّي ولو آية

Saya akan ke Kelantan untuk menjalani pengajian pondok insyaAllah 2 minggu,bertolak malam ini, dan selepas tu pulak dok uma mak cik sat kat kubang kerian,dia minta jaga anak die...hehe kebetulan dia adalah buah hatiku...Wan Mujahid(*_*)dan sekali la pegi menziarah mak cik dan babynye yg baru lahir bln 10 hari tu,sepupuku yang paling bongsu...Wan Mahirah.mungkin lebih kurang 3minggu la agknye dok kelate,jd oghe kelate betta:-)(sebentar)betl ke eje nye tu...hehe maaf ye oghe kelate kalau ambo silp eje:-)so,blog ini kemungkinan tidak akan di update sepanjang saya di kelantan.kemungkinan je tau.sebelum itu saya ada entri yang ingin saya kongsikan di sini,dari Imam Al-Ghazali...sama-sama hayati;-)

SEBUAH PESANAN:AMAL SOLEH

Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini.
Maka aku saksikanlah bahawa,
tiap-tiap mereka mempunyai kekasih&kecintaan
tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri.
Tak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya.
Yang demikian tak ku dapati selain amal yang soleh.
Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku,
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku,
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.
(IMAM GHAZALI)


DUSTA DALAM BERCINTA

Barangsiapa mengaku 4 perkara tanpa disertai dengan 4 yang lain,maka dia adalah pendusta.
  • Mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan.
  • Mengaku cinta Nabi Muhammad S.A.W. tetapi tidak mencintai ulama' dan fakir miskin.
  • Mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat.
  • Mengaku cinta Allah tetapi keluh-kesah dengan ujianNYA.
(IMAM GHAZALI)

p/s:semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.insyaAllah.nasihat buat diriku yang sering lalai,lupa,leka lagi alpa dan buat semua pembaca(*_*)

18 November 2008

NIKMAT YANG MANA???

فبأي ءالآء ربكما تكذبان
(Nikmat tuhan yang mana lagikah yang ingin kau dustakan!!!)
(which of the favours of your Lord will you deny!!!)

Sebenarnya tak tahu nak tulis mengenai pasal apa entri kali ni,tapi teringat akan surah yang saya baca setiap lepas maghrib,iaitu surah Ar-Rahman.ayat di atasi ayat yang sering diulang beberapa kali dalam surah Ar-Rahman,tanda ingatan Allah kepada hambanya,apa lagi yang kita nak nafikan akan nikmat yang diberi di muka bumi ini?

Sebagaimana kita tahu,sifat Ar-Rahman Allah iaitu pemurah untuk semua makhluk di muka bumi ini,tak kira islam atau tidak.Sebaliknya sifat Ar-Rahim Allah iaitu penyanyang hanyalah untuk orang yang beriman denganNYA.bila disebut mengenai nikmat berkaitlah dengan sifat syukur atau sebaliknye kufur.sama-sama kita fikirkan... selama kita hidup ni,betapa kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita...nikmat sihat,sempurna anggota badan,dan lain-lain lagi...dan yang paling penting nikmat IMAN dan ISLAM.Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud:"...sekiranya dihitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung".syukur nikmah aw kufur nikmah?teringat sebuah hadis tak silap yang bermaksud nikmat yang sering manusia sia-siakan nikmat masa lapang dan sihat.wallahua'lam.

p/s:pesanan terutama buat diri yang menaip dan semua saudara saudari seislamku(*_*)

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikanNYA"(AHLI SUFI)

17 November 2008

FIQH WANITA:MEMOTONG KUKU

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Dari Abu Hurairah r.a.katanya:"Nabi S.A.W mengunting kumis & memotong kuku
setiap hari Jumaat,pagi-pagi sebelum beliau pergi solat Jumaat"
(HR Thabrani&AlBazar)


Para Ulama' Fiqih sepakat,memotong kuku hukumnya sunnat dan tidak di mestikan pada waktu tertentu,tetapi sunnat memotong pada hari Jumaat.

Mencelup kuku dengan warna merah,memberi shadow dengan warna hitam dan memanjangkan kuku,hukumnya haram jika tanpa izin suami.Sekalipun suami izinkan,ada 2 pendapat,dan pendapat paling kuat mengatakan HARAM.

Wanita Muslimah patut berpegang dengan sunnah Rasulullah S.A.W. dan sekaligus meninggalkan perbuatan bid'ah yang datang dari barat seperti mencelup kuku dan membela kuku sehingga panjang.


Imam Nawawi berkata:"sunnat memulai dengan memotong kuku kedua tangan sebelum memotong kuku kaki.Mulai dengan telunjuk kanan-jari tengah-jari manis-jari kelingking-jari ibu,begitu juga dengan tangan kiri.Sesudah itu di bahagian kaki pula,di mulai kaki kanan,mulai dengan jari kelingking dan disudahi dengan kelingking kiri".

Makruh membuang potongan2 kuku sembarangan tempat seperti di tanah atau tong sampah,kerana bahagian anak Adam adalah mulia.Diriwayat oleh Ahmad,bahawa Nabi S.A.W memrintahkan supaya ditanam potongan-potongan rambut dan kuku.Dan tidaklah pantas membiarkan kuku sampai panjang,kerana dapat menjadi tempat kotoran dan sarang kuman yang berbahaya".

(Rujukan buku Fiqih Wanita oleh Muhammad Athiyah Khumais)

p/s:tak cantik dan betapa kotornye kalau bela kuku.sape2 yang tak rajin potong kuku tu,rajin-rajinlah potong pasni ye.kotor...syaitan suka.wallahua'lam.

15 November 2008

سورة التكاثر

Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengingati Allah dan Allah turunkan surah ini adalah untuk memperingati manusia dari kelalaian dan seharusnya kita mengingati Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh kita.

Di dalam surah At-Taubah ayat 69 [9:69] kita sepatutnya mengambil pengajaran dari orang yang hidup sebelum kita, seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum yang lalu. Mereka memiliki kekuatan, kekayaan, dan kuasa. Tetapi mereka akhirnya dimusnahkan oleh Allah akibat kesombongan dan juga akibat kebiadaban terhadap rasul Allah, apatah lagi mereka langsung tidak bersyukur dengan apa yang mereka terima.

Seperti kita hari ini, kita mempunyai hidup yang mewah, makan, pakai dan tempat tinggal yang mewah tetapi sekiranya kita tidak bersyukur, kita hanya seperti kaum-kaum yang dahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah. Kita semua sepatutnya ingat yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang kekal. Dan akhirnya kita semua akan menjadi orang-orang yang rugi! Nauzubillah..

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. [40:82]

Di dalam ayat pertama surah ini, Allah menggunakan perkataan LAHA, yang bermaksud lalai, leka, sesat, berpaling, terlupa, bermain-main [sila cek di dalam kamus arab]. Sementara itu LAHWUN, bermaksud, apa-apa perkara atau benda yang menyebabkan manusia leka kepada perkara yang lebih penting atau perkara yang serius. Perkataan ini juga digunakan di dalam ayat-ayat lain di dalam Al-Quran seperti di dalam: [6:32], [6:70], [7:51], [21:17], [24:37], [63:9]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9]

Tujuan utama manusia diciptakan ialah ibadah kepada Allah iaitu melakukan perkara yang di suruh, dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56] Dan hasil daripada ini, maka manusia itu akan bertaqwa kepada Allah, iaitu memelihara diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa [2:21] dan akhirnya manusia itu akan mencapai kejayaan [falah] yang diidamkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah, …kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[2:189] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]
Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki. Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.

Perkataan JAHEEM di dalam surah ini agak ’menarik’ sekali. Kaitan dengan perkataan TAJAHHAMA membawa maksud Allah akan membakar/menyeksa di dalam neraka Jaheem dengan tidak ada belas kasihan sedikit pon, atau dalam erti kata lain Allah telah membalas perbuatan manusia akibat ketamakan dan perasaan sombong itu, dan Allah juga akan ’rasa tamak’ untuk membalasnya, dengan cara Allah tersendiri. Nauzubillah.. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [9:35](Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

13 November 2008

HARGA SEBUAH PERKAHWINAN

Semalam 12/11/08 menonton berita di TV9 ,masa tu sedang berita mengenai hal suami isteri nilah...Seorang suami meminta membatalkan perkahwinan isterinya dengan seorang lelaki yang isterinya kahwini di sempadan Thailand...kerana si isteri tu masih isterinya...ya Allah apa hal la si isteri ni?tak tahu hukum ke,atau buat-buat tak tahu?pada mulanya pasangan ni da bercerai,tapi mereka ruju' kembali...tapi bila ruju'kembali si isteri dok cari lelaki lain.si suami menfailkan supaya dibatalkan perkahwinan mereka semenjak tahun 2006 tak silap saya,tapi pada mulanya ditolak dan akhirnya diterima...sehingga isterinya sudah memiliki seorang anak dengan lelaki tersebut dan hasil perkahwinan dengan suaminya yang pertama mereka dikurniakan 4 orang cahya mata.tu baru 1 kes,melambak je sebenarnya kes-kes melibatkan hal-hal keruntuhan rumah tangga ni,dengan hal artis lagi xpayah cerita...baru berapa hari,berapa minggu kahwin da bercerai...ya Allah,adakah perkahwinan itu suatu mainan dan lekeh sahaja pada pandangan mereka???di Malaysia kes cerai,kes isteri kahwin lebih dari satu sedangkan masih bersuami,kahwin dengan adik beradik sendiri sudah menjadi kebiasaan...nauzubillahimin zalik.kepada kita golongan mahasiswa yang bakal menghadapi alam rumahtangga...di sini saya lampirkan posting"Tegakkanlah Baitul Muslim"oleh Mustafa Masyhur.





Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.


Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya–? KAtoi)

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:

Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:

” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

p/s:semoga sedikit sebanyak memberi panduan kepada yang akan dan bakal menempuh alam rumah tangga dan semoga dapat mengelakkan daripada runtuhnya institusi rumah tangga.minta pentunjuk dari Allah, lakukan istikharah dalam membantu memilih yang terbaik buat diri,dan dalam melakukan istikharah pastikan tiada perkara a'si(maksiat)yg dilakukan,kerana ditakuti Allah menunjukkan petunjuk yang salah kerana kelalaian dan laghanya kita...untuk masa depan yang bahagia dunia akhirat, insyaAllah...wallahua'lam.pesanan buat diri sendiri dan semua pembaca:-)

~SEKIRANYA KITA INGINKAN YANG SOLEH/SOLEHAH,KITA DULU YANG KENA JADI SOLEH/SOLEHAH(*_*)~

(sumber:dakwah-info)

12 November 2008

MENU:SUP SAYUR AYAM(*_*)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,menu kita hari ini ialah 'sup sayur ayam';-)

Bahan-bahan:
sayur bunga kobis,carrot,ayam,cendawan,bawang besar 5 ulas,bawang putih 3ulas,halia seinci,garam.

1.potong ayam sekecil mungkin dan rebus.
2.potong bunga kobis,carrot dan cendawan.
3.hiris bawang merah,bawang putih dan halia.
4.tumis hasil hirisan tadi(bwg merah,bwg putih,halia).
5.masukkan hasil tumisan tersebut ke dalam ayam yang direbus tadi.
6.masukkan sayur2 tadi ke dalam rebusan.
7.masukkan garam secukup rasa.
8.tunggu sehingga ayam sudah empuk dan sekiranya anda sudah puas hati dan yakin dengan rasanya...hehe

p/s:nek saya cakap kalau nak ayam tu cepat empuk,masa nak rebus masukkan sudu 1 ke dalam periuk...petua orang tua...macam2...tapi memang betul pun,sebelum saya masukan sayur,dah empuk da;)selamat mencuba...gambar tak ade pulak...xsempat nak ambik...(^~#)

11 November 2008

PELITA HATI

Lepas selesaikan semua kerja rumah tadi(jd suri rumah sepenuh masa skrg ni:-))dpatlh mesej seorang ni,yang menyebabkan saya mencari majalah GEN6 yang dalam simpanan saya.apa GEN6 tu?kereta proton baru ke?eh xdelah...tu batch kami masa di Darul Quran dulu...generasi ke-6(*_*)sesi 05/06.belek2 balik terbacalah hasil karya sahabat-sahabat dulu...tapi yang ni hasil olahannya...yang bertajuk di atas tu...PELITA HATI,saja nak kongsi hasil olahannya sbb tak ada idea lak nak kongsi ape hari ini,ingt nak kongsi mcm mana nak buat sup sayur ayam...hehe,tp karya ni myebabkn saya lbh tertarik...kalau saya rajin nanti saya post la menu tu...lain hari pun ble;-)ok jom kita bc nukilan ni...(^~*)


PELITA HATI


Menanti doaku bersambut,
Mengapakah permintaan ku masih belum diperkenankanNYA?
Doa bagaikan tidak bersambut...

Kerana DIA masih mahu mendengar rayuan dan rintihanmu.


Tapi sampai bila???

Sampai engkau terima bahawa apa yang diinginkan oleh tuhanmu itulah yang terbaik untukmu,

Tapi...bukankah aku layak untuk berdoa,
Dan bukankah tuhan itu sukakan hamba-hambaNYA yang berdoa?


Ya,tapi berdoalah dengan hati merendah,
Yang tahu dirinya hina dan lemah,
Kerana yang mampu dan kuat hanya DIA,
Maka padaNYA kita meminta,
Bukan doa seorang tuan,
Ibarat seorang pesuruh istana,
Tanpa adab dan sopan menerjah ke ruang istana ,
Meminta-minta pada sultan ,
Mungkinkah akan diperkenankan?


Tapi aku amat memerlukan,
Kerana itu aku meminta dan merayu-rayu...,


Berdoalah,
Merayu-rayulah terus,
Merintih dan adukanlah segala yang menjadi kesulitan hidupmu pada DIA yang Maha Mendegar lagi Maha mengetahui.
Jadilah seperti pesakit yang mendedahkan segala derita dan penyakitnya kepada doktor,
Urusan ubat bukan pesakit yang menentukan tapi doktor...

Jadi???

Ya,kita rasa perlu untuk kita,
Belum tentu itu yang DIA mahu untuk kita.
BOLEH JADI APA YANG KITA TIDAK SUKA ITULAH TERBAIK BUAT KITA,
DAN BOLEH JADI PULA APA YANG KITA SUKA ITULAH YANG TIDAK BAIK BAGI KITA,
Terimalah ketentuan tuhan itu sebagai sahutan dari munajat doamu...
Jadilah seorang hamba yang paling bersyukur!!!
Lebih-lebih lagi bila kau bergelar Ahlullah(hamlatul quran),Ansarullah,Mujahidin Fi Sabilillah...


P/S:BERDOA DAN TERUS BERDOA...MUNGKIN BUKAN PADA MASA YANG TERDEKAT,MASA YANG PANJANG ATAU TIDAK DIMAKBULKAN LANGSUNG DOA KITA OLEH ALLAH...KERANA APA?KERANA ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG YANG TERBAIK BUAT KITA...INGAT!!!TERUSKAN BERDOA...JANGANLAH KITA MALAS BERDOA PADANYA,KERANA ORANG YANG TIDAK SUKA BERDOA ADALAH ORANG YANG SOMBONG LAGI ANGKUH!!!

"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakitnya hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu..kerana retaknya hatimu,tapi itulah mungkin DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA"




~HANYA PADAMU YA ALLAH KAMI MEMOHON & MEMINTA...WALLAHUA'LAM~

10 November 2008

ATUKKU YANG KU KAGUMI




Nama: Hj.Md Said Omar
Tarikh lahir:7 Februari 1936
Umur:72tahun
pekerjaan:pesara guru
Adik beradik:2 orang
Isteri:setia pd yg 1(*_*)
Cahaya mata:8orang termasuk mak saya



di atas tu serba sedikit mengenai atuk saya.apa yg specialnye?bese je 2...saba dulu.tu pengenalan ringkas je.kenapa saya kagumi atuk saya?antara sebabnya saya lebih hidup dengan atuk dan nenek:-)atuk saya dulu bekerja sebagai guru,guru matematik,english,agama...dan atuk saya juga pernah menjadi pengetua di salah sebuah sekolah di Melaka,dan yang paling bestnye ialah atuk saya juga pernah menjadi calon kaw.Serkam,kawasan kami tinggal...xsilap pada tahun 1980an gitu.saya tanya atuk,atuk pun tak ingat bila tahun sebenarnya...ish2...calon parti apa ek?pandai2 agak la yek...hehe.saya tahu atuk saya jadi calon pun...dari ustaz sekolah menengah dulu,kebetulan ustaz tu pun "hijau"...sampai die kene pindah hanya sbb "hijau"apa punya pikiran la diorang ni...itu pun bermasalahkah?bukan ustaz tu je,ustaz dan ustazah lain pun ada yang kene...hmm sabar je la.rezeqi hak milik Allah...biar la diorang nak buat apa pun...


sambung semula,ustaz saya cerita la,kebetulan masa tu saya pegi rumah ustaz tu,namanya ustaz Fuad(da lama xjumpa ustaz semenjak kene pindah)ustaz ni rajin buat kelas kat rumah dia hujung minggu dan cuti sekolah.siap ada surau dan tmpt penginapan sekali.dulu masa kat sekolah ustaz suka buat kelas setiap hari jumaat lepas waktu sekolah.sapa nak pegi,pegi.sapa xnak rugi...guna kitab"matlaul badrin"sebut pasal kitab ni,teringat pulak ustaz suh hafal kitab"matan jurumiah"nahu punye buku.sampingan je kitab tu,tak ada dlm silibus sekolah pun.ustaz cakap,sapa dapat hafal habis ..tasmi' kat dia,ustaz bagi rm50...saya xdpt nak habiskan pun:-(kawan saya Sharlina Osman dapat habiskan...jeles!bukan sbb duit tu,sbb cpt tol die dpt ingat...


eh jauh lak ceritanye,ni da masuk pasal orang lain.sambung2...ustaz saya cakaplah yang atuk saya pernah jadi calon,terkejut saya masa tu,sebab xpernah yg ada cerita kat saya,mgkn sbb da lama kot dan xperlu dibertahu agaknya.sambung balik...ustaz cakap atuk saya jadi calon sampai ada seorang tu dengki dia buat gambar atuk saya dengan seorang perempuan...ujian bila berjuang mengakkan kebenaran.tak dinamakan perjuangan kalau tiada mehnah & tribulasi.betul tak?pastu ustaz kata orang tu meninggal accident...ha kan da kene!...balasan buat khianat!


atuk saya ni saya kagum kat die,walaupun dia tak sihat dia tetap bersemangat mengajar di surau,di sana sini dia pegi...sama ada orang tua mahu pun orang muda.tetap rajin pegi solat berjemaah dan menjadi imam di surau.nek dan beberapa anaknya suruh je berehat kat rumah,tp dia ttp degil...degil nak lakukan bende baik xpe.i2 tandanya atuk saya berfikiran positif...mcik saya yang doktor pun ckp,bila berfikiran positif kalau sakit pun dia mampu nak buat satu keje dgn baik...dan sakit die pun cpt baik;-)atuk saya juga aktif dalam PAS kawasan dan Melaka sendiri.yang lagi bestnye atuk saya ni,kalau jalan dengan dia mesti byk berhenti makan...hehe.adik saya omar suka tu....hai la adikku tu la ko ingat...hik3 dan juga mesti ramai kenal dia...popular...mungkin sbb ex guru kot.kalau nak tau,YB Ali Rustam tu anak murid atuk saya dulu...alhamdulillah jadi menteri besar da dia yek...sampai warna hijau pun sensitif bagi dia...kelakar tol...benda remeh temeh je pun.sekolah saya dulu kain warna hijau,pastu kene tukar sebab kononya warna tu bersifat politik...hmm ikutlah...lain kali warnakan je sume pokok kat melaka ni warna selain hijau ae...biru la kot yg terbaik bg die;-)


lagi mengenai atuk saya,dia ni peramah.xkira orang melayu,cina atau india,sume dia masuk...yg bestnye lagi atuk saya boleh jugak ckp bahasa diorang sampai pernah cina tu cakap"wa bagus lu a...boleh phm dan ckp bahasa cina"atuk...atuk...atuk saya ni garang...kalau dia tengah berang la...takut...tapi dia jugak suka berlawak sampai anak2 & cucu2 die pun suka kdg2 ikut lawak die tu...atuk saya ni pun macam tukang ubat jugak...atuk saya jual ubat homoepaty...ubat yg paling laku kaliphos(untuk minda)saya belajr la sikit gak...sbb atuk kata sennag kalu dia xde kat rumah ble saya tlg buatkn..hehe.dpt jd Dr sat...hehe.dr tak bertauliah...atuk saya gak ubat orang yg ada penyakit buatan2 org ni...jd rumah ni kalau tak org dtg rumah bl ubat...diorang datang untuk berubat...mcm2 atuk saya ni kan...kagum.

saya nak cuba ikut jejak atuk saya dalam perjuangan dia,dgn sifat dia yg berfikiran positif,peramah,tabah dan mcm2 lagi.hehe.ni pun dia tengah tak berapa sihat,but he still do his work... even in surau and party...doakn kesejahteraan atuk saya:-)semoga atuk terus thabat dalam perjuangannya.ameen.




raya tahun lepas ...atuk dan mujahid(*_*)

09 November 2008

ADOI LA HAI...APA NAK JADI LA NI?

Semalam malam(8/11/08)TERtengok,ter tau,hehe...berita kat tv3.maklum la boikot,,,hehe xde la jgk sbb tu...gurau je sbb pntg tgk berita ni...tapi sbb asyik2 pasal ade 1 parti politik tu je,naik muak n mual lak.dalam paper hal diorang,situ hal diorang,sinun hal diorg...da la ckp xserupa bikin...sebelum ni kalau sebelah pihak kata ada "hantu" dlm PRU diorang nafi...sekarang dalam pemilihan parti diorang plak,diorang mengaku ada "hantu"ooo ada plak ek istilah tu,jd korang2 tu la ehem2...ops xckp ape2...hmm ape2 je la!!!lupakan psl tu,bukan nak citer hal tu pun....tp yg berita ni...kebetulan berita yang bagi saya amat mengeramkan dan menyedihkan sebagai orang islam.sapa tau pasal apa?cuba teka?...berita mengenai guru yang tak setuju dengan tayangan video mengenai kematian untuk ditayangkan pd student(anak2)...saya pernah tgk video tu...menginsafkan...masa ikut prog dakwah kat KLCC dulu pun ada tayang...

alahai la cikgu...salah ke nak mengajak anak2 n student2 ingat pada kematian..."wakafa bil mauti wa'izhan"(cukuplah sekadar mati itu menjadi peringatan)ingat!!! ingat mati tu sekurang-kurangnya mengelakkan kita dari nak lakukan maksiat.kalau nak dikatakan sebab buat budak-budak takut...tu sampingan...yang utamanya nak diorang sedar hidup kat dunia ni sementara je,nak sdrkan diorg yang kita semua akn mati"kullu nafsin za...iqatul maut",nak bg diorang insaf.kalau tkt pun...mmg pun takut tuk diorang buat dosa...biar diorang tahu akibat kalau buat baik mcm mana balasan,dan juga sebaliknya...ni yang pelik dengan parents dan cikgu sekarang ni...kalau video,movie yg bukan2 tu boleh pulak.cerita hantu tu,tak menakutkan ke???sampai tak tidur malam budak2,menambahkan sifat penakut pada anak2...bgs plak tu...boleh pulak tu.Dalam hadis Ibn Majah ada menyebutkan,Rasulullah S.A.W bersabda:Orang yang paling bijak ialah mereka yang mengingati mati dan bersedia menghadapiny"ha dengar tu...bijak lagi...adoi la hai parents dan cikgu sekarang ni...tak' faham konsep 'la diorg ni...hehe sori ilah trade mark hang tu...akk pnjm sat:-)

janganlah jadi sekular...asingkan agama dari kehidupan kita..tmbh2 citer2 sekarang ni byk mengarut dan kadang-kadang sampai terpesong aqidah,cerita ganas macam rempit...ganas dari segi aksi yang bukan2...apa nak jadi la dengan filem malaysia ni...dengan filem gubra yangmenunjukkan kebebasan beragama la sgt mcm usul IFC tu...yg citer tu xkecoh lak...ingat Allah ke..klu tengok citer2 macam 2!!!maksiat mata da satu hal...salah ajaran lagi satu hal...hmm...tgk la upin ipin ke...(betul3x)kata ipin(*_*)

Sabda Rasulullah S.A.W:"Ketahuilah!!!sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut&mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini,maka hendaklah kamu selalu mengingai & menyebut perkara yang memusnah & menghilangkan perasaan kesenangan,iaitulah MAUT."(Hadis riwayat Abu Sa'id r.a)




"ya Allah berikan kami semua kekuatan dalam terus thabat dalam agamaMU dan mentaatiMU dalam mempertahankan aqidah kami ya Allah"

08 November 2008

GERAKAN ISLAM TIDAK WAJAR MENGKHIANATI PERJANJIAN

"Pada hari Kami (Allah) bangkitkan pada setiap ummah seorang saksi ke atas mereka dari kalangan mereka sendiri, dan Kami (Allah) datangkan engkau (ya Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka ini, Kami turunkan ke atas engkau al-Kitab (al-Quran) bagi menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah dan Rahmat serta khabar gembira

"Sesungguhnya Allah memerentah agar dilaksanakan keadilan serta melakukan kebajikan (ehsan), membantu kaum-karabat , dan menegah daripada kefasadan, kemungkaran dan kezaliman. Dia (Allah) mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan.


"Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan jangan kamu merosakkan sumpah sesudah kamu memperkukuhkannya, padahal kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin (bagi sumpah tersebut), sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan." "Dan janganlah kamu menjadi seumpama perempuan yang menguraikan tenunan selepas dia selesai memintalnya dengan kukuh, dan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeterai) di antara kamu, sebabkan adanya kumpulan lain yang lebih ramai daripada kumpulan itu, sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari Qiyamat, apa yang kamu berselisih padanya." Surah an-Nahl, ayat 89-91

Dalam ayat 89, Allah menjelaskan peranan kita, pendukung Islam, kita berperanan sebagai syahid (saksi) yang menjadi bench-mark yang menjadi rujukan pedoman kepada manusia sezaman dan setempat dengan kita, dan bench-mark yang menjadi pedoman rujukan kita pula adalah Rasulullah s.a.w sendiri.


Kita seakan-akan berperanan sebagai rumah-api (light-house) yang menjadi pedoman rujukan bagi mereka yang mungkin tersasar sesat dalam pelayaran di lautan luas , pada malam yang gelap. Secara prinsipnya kita mesti teguh di atas tapak nilai-nilai baik yang tidak berubah, walaupun gelora perubahan di lautan luas semakin menganas, kita tetap teguh sehingga kerana itulah kita mampu menjadi pedoman rujukan kepada mereka yang dikendung perubahan demi perubahan.

Allah juga memperingatkan tentang peranan al-Quran dalam kehidupan kita, kita akan mendapati pertunjuk daripada al-Quran dalam semua perkara, permasalahan dan keadaan. Walaupun ayat al-Quran yang sama, ia akan membawa pancaran intuisi yang sesuai dengan keadaan yang berbeza yang kita sedang hadapi.

Al-Quran memberi kita hidayah dengan suruh dan larang di dalamnya, dengan pengkisahan dan tamsilannya, dengan tafakkur dan limpahan pemahaman terhadap ayat-ayatnya.

Al-Quran membawa berita gembira tentang kemanisan hubungan kita dengan Allah, membawa berita gembira dengan balasan yang berlipat-ganda di atas iman dan amal kebajikan, berita gembira dengan kemenangan kita secara peribadi dan kelompok sekiranya kita bergantung kepada-Nya, berita gembira dengan sentuhan yang memujuk jira daripada jiwa ayat-ayatnya.


Al-Quran yang menjadi rujukan teratas kepada kita dalam semua segi, sebagai firman Allah pada ayat 10 surah as-Shura:

"Dan apa juga perkara yang kamu semua berselisih tentangnya, maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah, demikianlah (kekuasaan) Allah, Tuhanku, kepada-Nya aku berserah, dan kepada-Nya lah aku merujuk kembali."

Dalam ayat 90, Allah menjelaskan konsep kebajikan yang perlu kita hayati dan jayakan di dalam kehidupan kita.

Kita perlu menegakkan keadilan, menghayati sifat ehsan dalam semua perkara, membantu kaum-kerabat.


Kita juga perlu berusaha mencegah kefasadan, kemungkaran dan kezaliman dalam semua aspek pada setiap peringkat.

Semua tugasan ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu muslim secara perseorangan, dan diusahakan di peringkat yang lebih luas secara berkelompok.


Inilah peranan yang menjadikan ummah pedoman rujukan kepada manusia lain. Kita patut berdiri tinggi dalam menjayakan tugasan-tugasan ini sehingga mampu dijadikan contoh-tauladan kepada manusia yang lain.

Amalan kita sepatutnya lebih lantang dan jelas daripada perkatan-perkataan yang kita tuturkan sebagai polemik semata-mata.


Firman Allah, maksudnya;


"Oleh kerana yang demikian, serulah mereka (kepada keimanan), beristiqamah kamu (dalam melaksanakan tanggung-jawab agama) sebagaimana yang kamu telah diperentahkan, dan jangan kamu mengikut kehendak hawa-nafsu mereka, Dan katakanlah : "aku beriman dengan segala kitab apa yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintah supaya bertindak adil di antara kamu, Allah adalah Tuhan kami, dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu, tida pertengkaran antara kami dan kamu. Allah akan menghimpunkan antara kita bersama (selepas kematian untuk diadili) dan kepada-Nya lah tempat kembali."

(Surah as-Shura. ayat 15).

Konsep dan amalan kebajikan pada tahap perseorangan dan masyarakat sangat-sangat ditekankan.

Di waktu yang sama, kefasadan, kemungkaran dan penzaliman dalam semua rupanya hendaklah ditegah.

Sekiranya dibentuk kerajaan, maka pemerentahan Islam jugalah akan berperanan sebagai Kerajaan Yang Berkebajikan., kerajaan yang menyubur perkara makruf serta mencegah kemungkaran. Allah memperingatkan kita agar kita tidak tergelincir daripada landasan dan tujuan ini.

Dalam ayat 91, Allah menjelaskan kepada kita peri mustahaknya kita berpegang kepada sumpah dan perjanjian yang telah kita capai kesepakatannya. "Perjanjian Allah ditafsir oleh ulama sebagai sumpah yang dibuat menggunakan nama Allah, nazar dan perjanjian sesama manusia yang seiring dengan kehendak syarak, Kita hendaknya sentiasa sedar yang Allah amat mengetahui segala semua gerak zahir dan gerak hati kita,

Dalam ayat 92, ulama tafsir mengatakan perbuatan perempuan itu adalah perbuatan yang bodoh, dan itulah perumpamaan orang yang ingin merubah sumpah-perjanjian dengan satu pihak kerana pertimbangan berdasarkan 'tawaran' dari pihak yang lain yang mempunyai keanggotaan yang lebih ramai.


Mungkin akan terdapat perselisihan dalam strategi di antara kita tentang kewajaran membatalkan sumpah-perjanjian itu, antara sokongan dan bangkangan, sehingga Allah menyebut yang Dia akan menerangkan perkara yang sebenarnya di Hari Akhirat kelak tentang apa yang diperselisihkan.


Tetapi tindakan membatalkan sumpah-perjanjian kerana terpesona dengan kelebihan angka anggota dan kelebihan kebendaan telah ditempelak oleh Allah, bilangan anggota dan kelebihan kebendaan lain itu adalah sebenarnya ujian kepada kita semada kita akan berjaya berpegang kepada sumpah-perjanjian yang telah kita ungkapkan atau kita akan kecundang kerana godaan-godaan kelebihan kebendaan.


Lihat bagaimana Allah dengan jelas mengajar supaya kita menjujung perjanjian dan kesefahaman yang telah dicapai, kita tidak akan mengkhianati perjanjian dan persefahaman,. Lihatlah firman Allah, maksudnya;


"Orang-orang yang beriman tetapi tidak berhijrah (ke Madinah), tiadalah kamu (Ya Muhammad) bertanggung-jawab mentadbir mereka sedikitpun, sehinggalah mereka berhijrah. Jika mereka (orang Islam yang belum berhijrah itu) memohon bantuan kamu dalam urusan agama, maka kewajiban kamu menolong mereka, kecuali terhadap kumpulan yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka7, Allah Maha Melihat apa-apa yang kau kerjakan"

(Surah al-Anfal, ayat 72).


Serangan terhadap pihak bukan Islam yang telah mempunyai perjanjian dengan pihak Islam dilarang walaupun orang-orang Islam di bawah penguasaan mereka itu telah meminta bantuan.


Pihak Islam hendaklah berusaha untuk mengislahkan keadaan dan hubungan di antara pihak penguasa bukan Islam dan orang-orang Islam di bawah penguasaan mereka.


Lihat bagaimana menariknya ulama tafsir memahami kepentingan pengajaran dalam ayat ini.


Lihatlah bagaimana Islam mengajar kita agar berpegang teguh kepada perjanjian selepas kita meterai perjanjian. Bagaimana mungkin pihak Islam mendahului pihak lain dalam mengkhianati kemuafakatan dan perjanjian.


Pihak Islam akan mengabaikan butir-butir sebarang perjanjian dan kesepakatan hanyalah selepas lain telah terlebih dahulu melanggar butir-butir perjanjian itu, sebagaimana perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh Rasulullah dengan pihak Quraisy dan pengikut yahudi.


Lihatlah pimpinan Islam yang begitu 'principle-centered', yang tidak akan mengabaikan prinsip kesepakatan kerana dorongan perolehan duniawi.


Allah memperingatkan kita tentang peristiwa Nabi Musa dan Nabi Harun, baginda berdua telah berdoa agar diruntuhkan pemerintahan kerajaan Firaun yang zalim.



Allah telah telah menurunkan wahyu yang doa mereka dimakbulkan, walaupun ulama tafsir mengatakan jarak masa baginda berdua berdoa dengan kehancuran kerajaan Firaun itu adalah 40 tahun.


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya telah diperkenankan doa kamu berdua, maka beristiqamahlah dan jangan dituruti jalan orang-orang yang tidak berilmu." (Surah Yunus ayat 89).


Setelah Allah memperkenankan doa baginda berdua dan sebelum keruntuhan kerajaan Firaaun berlaku secara fizikalnya, Allah memperingatkan kedua Nabi ini supaya menghayati dua perkara asas yang sangat penting, iaitu;


1. Istiqamah dalam penghayatan agama dan kerja-kerja dakwah.


2. Jangan dituruti jalan pemikiran, jalan tindakan, jalan kemunasabahan yang didatangkan oleh orang-orang yang tidak berilmu.


Sekurang-kurang syarat ilmu itu ialah mengetahui yang kehidupan akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia, perkiraan syarak lebih utama daripada jangkaan keuntungan dunia dan mempunyai keyakinan yang Allah lah yang akan menentukan segala sesuatu serta keredaan-Nya yang dicari.


Allah juga memperingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud;



"Taat (patuh kepada perentah Allah dan Rasul) dan perkataan yang makruf (lebih baik bagi mereka). Apabila telah tetap sesuatu urusan, maka jika mereka membenarkan (suruhan) Allah, itu adalah lebih baik bagi mereka.


Apakah kiranya jika kamu menjadi pihak berkuasa, kamu akan berbuat bencana di muka bumi dan kamu akan memutuskan silaturrahim?

(Surah Muhammad, ayat 21-22)


Sepatutnya penguasaan di muka bumi oleh pihak yang mempunyai kesedaran Islam bertujuan, sebagai firman Allah yang bermaksud;


"Orang-orang yang jika Kami (Allah) memberi keteguhan di muka bumi12, mereka mendirikan sembahyang, membayar zakat serta menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar. Dan kepada Allah terserah akibat semua pekerjaan."


(Surah al-Haj, ayat 41).


Allah telah memperingatkan kita dengan kisah Nabi Yusuf yang ketika dilantik menjadi penguasa di Masir, baginda telah berdoa. Doa inilah sepatutnya dibaca oleh setiap muslim yang diangkat menjadi penguasa, sebagaimana lafaz yang disebut Allah dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Wahai Tuhan, Sesungguh Tuan Hamba telah menganugerahi kekuasaan kepada hamba dan telah mengajar hamba ilmu mentakwil al-hadis. Tuan Hambalah yang menjadikan langit serta bumi, Tuan Hambalah Penguasa ke atas hamba di dunia dan di akhirat, wafatkan hamba sebagai seorang muslim dan masukkan hamba bersama golongan solihin".
Surah Yusuf, ayat 101).

Semoga kita mampu menjadi "syuhada" kepada manusia lain kerana keteguhan iman, keikhlasan niat dan kesungguhan penghayatan terhadap agama Islam.

P/S:petikan harakahdaily keluaran 3oktober2008 bersamaan 3syawal1429

07 November 2008

KISAH KASIH UWAIS AL-QARNI

Dari Asir bin Jabir,beliau mengatakan "Jika para gabenor Yaman menemui Khalifah Umar Al-Khattab,maka khalifah selalu bertanya",Apakah di antara kalian ada yang bernama Uwais bin Amir",sampai suatu hari beliau bertemu dengan Uwais,beliau bertanya",engkau Uwais bin Amir?
"betul"Jawabnya.

Khalifah Umar bertanya,"engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?","betul"sahutnya.

Umar bertanya,"dulu engkau pernah ada terkena penyakit belang di tubuhmu sebesar wang dirham?","betul"

Umar bertanya lagi,"engkau memiliki seorang ibu".Khalifah umar mengatakan,"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,"Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Daerah Qorn.

Dahulu dia pernah terkena penyakit belang,lalu sembuh,akan tetapi masih ada belang di tubuhnya sebesar wang dirham.Dia memiliki seorang ibu,dan dia sangat berbakti kepada ibunya.Seandainya dia berdoa kepada Allah,pasti Allah akan mengabulkan doanya.Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohon ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah".

Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku,Uwais Al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar Ibnul Khattab.Setelah itu Umar bertanya kepadanya",engkau hendak pergi ke mana?"Kuffah",jawabnya.Beliau bertanya lagi,"mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada gabenor Kuffah agar melayanimu?Uwais Al-Qarni mengatakan,"berada di tengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenal itu lebih ku sukai"(HR Muslim)

-kalau kitalah kan pasti kita lebih suka orang kenal kita dari tak kan?nak-nak kalau kita berpangkat nak orang layan kita,hormat kita....contohilah Uwais Al-qarni.sedaplah nama ni,teringat kat anak sorang kakak tu,Uwais namanya,masa tu dok kat masjid 2x da jumpa dia,dptlah main kejp2 sbb dia ni jenis xleh dok diam...lelaki...nak bebas.moga2 dia menjadi seperti Uwais Al-Qarni.insyaAllah.ameen(*_*)

(petikan dari majalah i bulan November 2008)

05 November 2008

SURAH AL-MUZZAMMIL




P/S:kepada Allahlah kita mengadu segalanya.Allahlah sebaik-baik pendengar aduan hambaNYA.jomkita buat "date" dgn Allah pada di setiap sepertiga malam...insyaAllah diberi kekuatan kepada kita semua.awal2 susah nak bangun tu biasalah,lama2 nanti ok lah.insyaAllah:-)nasihat tuk diri yang post ni & juga untuk semua pengunjung(*_*)

03 November 2008

4 THINGS

kebaikan itu terhimpun dalam 4 perkara:
percakapan, diam, pandangan, gerak.
Tiap2 percakapan yang tidak

disertai dengan mengingati Allah adalah sia2.
Tiap2 diam yang tidak
disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.
Tiap2 pandangan
yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap2gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.
Semoga Allah
merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir,
diamnya sebagai tafakkur.
pandangannya
sebagai iktibar
dan geraknya
sebagai perhambaan
dan drpd lisan serta tangan manusia mendapat

kesejahteraan.

ADA APA DENGAN HARI INI(2NOV2008)

Hari ini saya mendapat 3 mesej yang memberi kesan dalam diri.bukan bermaksud mesej sebelum2 ni xberkesan atau tersentuh,tapi kali ini mesej yang mengingatkan saya sebagai seorang perempuan(muslimah),sebagai seorang anak dan sebagai seorang sahabat.pagi tadi lebih kurang 9am saya mendapat mesej dari adik saya sorang ni,yg banyak simpan rahsia saya:-)sbb thiqah(percaya) kat die...dia dari kampus kuantan menanyakan mengenai pengajian pondok nanti.ada la t'masuk bicara mengenai hal muslimat lantas he sends to me this message:


"malapetaka bagi seorang muslimah ialah apabila mengetahui dirinya diminati,ibadahnya akan terganggu kerana resah & gelisahnya dia memikirkan dirinya telah menjadi perhatian sang lelaki,dia resah kerana takut ada cacat cela pada perlakuannya sehingga menimbulkan rasa suka seorang lelaki,ibadahnya juga akan terganggu kerana bimbang ibadah lelaki yang meminatinya juga akan turut terganggu"
(2Nov2008,9:02am)

termenung dan terfikir sebentar diri ini membacanya...sama2 renungkan...syukran naim.dan last mesejnya "last for my sister","mencintai ALLAH beerti memiliki ALLAH beerti memiliki segalanya".

2nd message from my new friend in yahoo messenger...sofea .seronok berkawan dgn dia.dia pun kata rajin tgk blog saya katanya.banyak mutiara kata berharga dapat dari dia,dia send message pun masa tu saya "i'm on sms" ym.

dari kitab IMAM AL-GHAZALI:"janganlah kamu berteman kecuali dengan orang yang sembunyikan rahsiamu dan menutup kekuranganmu,lalu dia berada bersamamu pada segala dukacita,dia menyiarkan kebajikanmu dan menyembunyikan keburukanmu,Jika kamu tidak memperoleh orang seperti ini,maka janganlah kamu berteman melainkan dengan dirimu sendiri"
(2Nov2008,12:05pm)

pentingnya memilih sahabat yang betul.syukran alaiki ya ukhti sofea.seronok mengenali nti walaupun di "alam maya":-)saya yakin nti juga sahabat yang baik.insyaAllah.


last mesej dapat dari 2pupu saya dan mak cik saya.mesej yang sama.hampir menitis airmata ini,tapi cuba saya kekang sebab kat library masa tu.

"di saat ibumu tidur,cuba kamu melihatnya dan bayangkan matanya takkan terbuka selamanya,tangannya tak mampu lagi menghapus air matamu dan tiada lagi nasihatnya yang sering kita abaikan,bayangkan ibumu sudah tiada,apakah sudah kamu membahagiakannya???apakah kamu pernah terfikir betapa besar pengorbananya???"
(2Nov2008,12:46pm)

sejauh mana kita menghargai ibu kita?sejauh mana kita membahagiakan hatinya?sejauh mana kita mentaati nya di kala dia menyuruh melakukan perkara untuk kebaikan kita?syukran alaikuma ana dan mak adah.

sedang study di library tadi dengar mp4,rest jap,hayati sebuah lagu dari saff-one...bertajuk "rayuan nurani"antara bait lagunye:

terlupa aku pada pencipta ya ESA yang sentiasa melihat diriku...,
di mana di manakah diriku,dimana di mana ku berada,
adakah di jalan lurus atau di jalan yang berliku,
oh tuhan tunjukku jalan kebenaran,
ku tahu jalan bahagia,penuh onak jua cabaran,
oh tuhan beri kekuatan padaku...,
demi mendapat keredhaaan dariMu ,
sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku(adakah benar2 kita sanggup dan mampu menempuhi dugaanMU ya Allah...)




"ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan,orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa&orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati Allah,BERTUAHLAH ORANG-ORANG YANG DIUJI, kerana jika sabar & tabah menghadapinya pasti ada kemenangan menanti"

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...