14 October 2008

HAMLATUL QURANKAH AKU!!!



petikan ini saya ambil dari salah seorang sahabat seperjuangan saya,yg jugak seorang hamlatul quran...


Tulisan ini saya estrak daripada penulisan Dr. Muhammad Yusuf al-Qardhawi, didedikasikan buat insan-insan yang pernah, sedang dan bercita-cita untuk menghafaz al Quran, termasuk buat diri sendiri yang lemah dan sering terlalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap mukjizat paling agung ini…

ETIKA PARA PENGHAFAZ AL QURAN

Para penghafaz Al Quran mempunyai etika-etika yang harus diperhatikannya. Dan mereka mempunyai tugas yang harus dijalankan, sehingga mereka benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapa mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang dekat-Nya.”

1. Selalu Bersama Al Quran

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari ingatannya. Iaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf, atau juga dengan mendengar daripada pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rakaman para qari yang terkenal.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika
ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan
segera hilang.”(Bukhari dan Muslim)

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan
hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar
Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadis Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar
dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia
melupakannya.”

2. Berakhlak dengan Akhlak Al Quran.


Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Penghafaz Al Quran harus menjadi kaca yang padanya orang dapat melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat itu sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, bererti ia telah memasukkan kenabian
dalam dirinya, hanya saja Al Quran tidak diwahyukan langsung kepadanya. Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran ikut marah bersama orang yang marah, dan ikut
bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata:

“Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu`nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.”

3. Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.


Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keredhaan Allah SWT semata, dan semata untuk Allah SWT ia mempelajari dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap riya’ di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia.

"YA ALLAH RAHMATILAH AKU & SAHABAT2KU DENGAN AL-QURAN,JAUHKANLAH KAMI DARI LALAI MENJAGA AL-QURAN,BANTULAH KAMI DALAM MENGINGATI & MEMARTABATKAN KALAMMU YA ALLAH"



"SESUNGGUHNYA MENGHAFAL AL-QURAN IBARAT MENGIKAT KUDA LIAR YG MANA BILA DIIKATNYA IA AKAN MUDAH TERLEPAS JUGA,BEGITU JUGA AL-QURAN MUDAH DILUPAI BILA DIHAFAL,PERLU SENTIASA DIJAGA & DIULANG"




p/s:untuk diriku & sesiapa sahaja yg bergelar hamlatul quran.kita mulia kerana al-quran tapi kita juga boleh jadi hina atau dilaknat kerana al-quran.wallahua'lam.

3 comments:

  1. salam..xtau sm ada ukhti ni adik atau kakak daripada ana..jika sudi ana nk berkenalan dgn ukhti,ana mslimat j utm, berminat nak tanya tentg hafazan..ana prnh srtai kelas hafazan, alhamdulillah ana mula rasa nikmat membaca dan menghafaz al-Quran..mmg sbg seorg mslimah, dugaannya bsr utk jd hafizoh ni, namun ana cuba tanamkan dlm diri utk mghfaz sebanyak mgkin yg termampu, ana xtarget 30 juz, takut xmampu kecewa dan pts asa tgh jln..ana buat projek sarjana muda pun dlm bidg hafazan al-Quran utk motivate dri sndiri dn ana tanam cita2 utk jadi guru quran dan mengajar di sekolah tahfiz, insyaAllah..namun, ana xtau kat mana ana perlu bermula dan di mana..pngajian ana bkn dlm bidang agama dan ana bukan asal dari sekolah agama..harap ukhti sudi membantu..puteh_hoho@yahoo.com..

    ReplyDelete
  2. salam.umur bp ye?hmm unik tu.ana ada seorang ustaz yg memang mhafal sndiri qurn tanpa masuk mana2 pust tahfiz.dan hafzn die lbh kuat drp budk yg da mhafal n skrg die jd guru hafiz.tp prmpuan ni lain ckit,mgkn nti ble cari kels hafazan sampingan.

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...