31 October 2008

UNIKNYA WANITA,BUKAN PELIKNYA WANITA...(^_^)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

KASIHNYA ALLAH KEPADA WANITA
#gelaran bagi "isteri" di dalam al-quran:
dalam al-quran Allah menyebut perkataan suami isteri dgn perkataan yg sama"zaujuh"(pasangan).mereka dilihat sebagai berpasangan,bukan berasingan.jadi tidaklah lelaki dianggap paling mulia,atau dilebihkan sebagimana sesetengah pihak yg mengatakan islam menganggap wanita golongan 2nd class.bahkan mereka akan menjadi mulia sesama mereka.sebagaimana kita mengatakan sepasang kaca mata,kita tak akan mengatakan yg kaca di sebelah kanan lbh baik dr kaca mata kiri.so,bestkan jadi wanita:-)

#pembelaan Rasullullah S.A.W terhadap wanita:
banyak hadis-hadis yg menunjukkan wanita dimuliakan dlm Islam antaranya

"janganlah seorang mukmin membenci kepada seorang mukminah,kerana walaupun ada 1 perangainya yang kamu tidak sukai,tetapi tentu ada yang lain yang kamu sukai(hadis riwayat Ahmad&Muslim)

"tidak akan memuliakan perempuan2 melainkan org yg mulia,dan tidak menghinakan akan perempuan2 melainkan mereka yg hina"(hadis riwayat Ibnu Asakir)

"bergaullah kamu dengan isteri2 kamu dgn cara yg sopan,kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah mejadikan padanya kebaikan yg banyak"

unikkan wanita ni...so janganlah kita bimbang akan diperkotak katikkan oleh lelaki,sebaliknye kita kene yakin yg lelaki soleh akan menegur,melindungi,menasihati dan me me yg lain la;-)kita dengan ikhlas,dengar tu wahai kaum adam,nasihati kami,bukan sebaliknya.

#anggota wanita yg dianugerahkan nama mulia
apa die yek?nama mulia tu ialah "rahim"bukan abg rahim,pcik rahim ,dik rahim ae...hehe gurau je.rahim ibu...nama Allah yg bermaksud"maha penyayang"sudah tentu Allah takkan bg nama mulia ini pd sesu2 yg hinakan...sudah ten2 ia mulia di sisi Allah.masyaAllah.dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah (baby).rasa mcm da cukup je,tapi ada lagi...next

#diberi pahala berterusan
*pahala berterusan?sapa tak nak pahala.wanita disebut"kurang dr sudut agama"tp i2 bukanlah bermakna wanita i2 kurang dr sudut iman & taqwanya.tp cuma kurg bersolat ketika "cuti" dan nifas.wlpn begi2,Allah tetap memberi pahala sekiranya kita bersabar dgn keadaan tidak selesa i2.

*kalau gi2,dah la berguguran dosa2 ketika lahirkan anak,pas2 dlm keadaan nifas tu pun dapat pahala lagi.banyaknya pahala free...tapi ingat kene sabar...menyusukan anak,melayan karenah anak2,dan memelihara diorang,lagi la makin byk pahala.subhanallah.

p/s:maha pemurahnya Allah dengan limpahan nikmat yg Allah bg pd golongan istimewa ini,bukan OKU ae golongan istimewa tu.golongan yg dimuliakan.kenapalah masih ada pejuang2 kononya hak asasi wanita tu xnampk dgn sume ni...kalau diorang tau,agaknya diorang stop dengan perjuangan mengarut diorang tu.dan kenapa la jugak ada perempuan yg nak jadi lelaki...ubah ciptaan Allah la,bertaubatlah.bersyukurlah kita tercipta sebagai kaum hawa.alhamdulillah(*_*)

petikan lagu dhearty:wanita dan rujukan isi dari dairi mufakkiratul mukminah 2008(khas untuk muslimah)


No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...