Assalammualaikum sume:-)sihat?harap sume sihat,al-maklumlah cuaca sejak akhir-akhir ini tidak menentu,di sini jam 7am hujan renyai-renyai...jagalah kesihatan yek,nak-nak yang nak exam tu.tapi kalau dah sakit nak buat macam mana terimalah dengan rasa bersyukur mungkin kafarah dosa dari Allah dan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil;-)semalam 23/10/06 saya dan sahabat-sahabat muslimat yang lain bermalam di masjid untuk sama-sama berqiam pada keesokan harinya.sebenarnya saya dari petang semalam rasa tak sedap hati,tak tahu kenapa...mesti ada sesuatu inzar yg Allah nak tunjuk.tapi kemungkinan jugak sbb ada dok tegur orang tersayang,tegur sesuatu yang da lama nak tegur,tapi baru pagi semalam rasa kuat nak tegur.sebenarnya nak dakwah kat orang yang lagi kita rapat(family)agak susah bagi saya.tak tahulah kalau pendekatan yang saya guna tu salah bagi dia.hmm...saya cuma fikir,saya dok dakwah kat orang luar tapi family sendiri?tu yang dok tegur tu...tapi no respond from her.jadi untuk menghilangkan sedikit rasa tu,saya dapatnya dalam liqa'-liqa' seperti ini.
Jam 4am kami bangun untuk menunaikan qiam,sebenarnya di masjid UIA tidak dibenarkan bermalam di masjid,tapi kami langgar...hehe.puaslah ada seorang sis ni dari mana tak pasti tapi foreigner la,saya amat mengkagumi beliau dengan berpakaian muslimah dan berpurdah.amik master xsilap dok kat mahallah saya...hehe apa kaitan.masa malam kami buat liqa'malam tu dia da pesan ustaz tak benarkan bermalam di masjid.tapi disebabkan kami da bawa barang-barang kami,jadi dia kata tak apalah untuk hari ini.ok cukup sampai situ.sis ni amatlah sayang dengan kucing,teramat...makan dengan kucing,sampai pakaian dia pun dia benarkan kucing tidur atasnya.masyaAllah.kalau kita?kalau yang perempuan ni ada yang takut dengan kucing,tapi tak apalah kan kadang-kadang alergik dengan bulu dia,tapi janganlah sampai anti dengan kucing,sakiti kucing.lagi satu sis ni selalu berada di masjid dan suka memberi salam sambil senyum tak kira kenal ke tidak...dan dia juga suka tegur orang bila nampak sesuatu yang perlu dia tegur.
Lepas qiam mestilah solat subuhkan:-)pas je kami buat liqa' maksurat,kami buat exercise sikit,tiba-tiba sis tu mai la kat kami.die tanya kami"are you exercising?"salah seorang dari kami cakaplah,"let's join us"pastu sis tu masuklah sekali dalam halaqah kami.ingat dia saja-saja je,rupanya ada udang di sebalik mee rupenye...jadi daripada kami tak ada pengisian pagi tu,kami terisi juga dengan tazkirah sis ni.dengan penuh bersemangat.dari percakapan sis ni saya boleh nampak betapa dia menyanyangi Nabi kita Muhammad Rasullullah S.A.W.ada la beberapa teguran yang dia buat terhadap kami dan terhadap generalnya UIAM students.
Antara nasihatnya,dia menasihati kami agar lepas ni berqiamlah di musolla-musolla mahallah.sbb bermalam di masjid tiada dalam sunnah pun.nabi tak ajar pun,dan dengan tegasnya dia mengatakan,kita mengaku umat Muhammad tapi kenapa buat apa yang nabi tak buat pun,kenapa buat separuh tinggal separuh?lagi satu tatasusila di masjid,kadang-kadang benda tu kecil je,tapi ia adalah salah.contohnye,lepas bersolat dok berbual sama-sama kita,berbual pasal apa?dunia?akhirat?sis tu highlightkan dan tanya kami layak dah ke kita semua ni masuk syurga?"jannah is expensive,Allah not stupid to give us so easy to enter it"nak masuk syurga perlulah kita teliti setiap tindak tanduk kita.dari sekecil-sekecil perkara,ke sebesar-besar perkara,kalau kita mengaku sayang Allah dan Nabi S.A.W.wallahua'lam.
ALHAMDULILLAH MASIH DIKURNIAKAN NIKMAT TERBESAR,IMAN & ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN DINULLAH...INSYAALLAH
"RABBANA LA TUZIK QULUBANA BA'DA IZHADAITANA WAHABLANA MINLADUNKARAHMAH INNAKA ANTAL WAHHAB"
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
24 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)
salam...
ReplyDeletesalam ukhwah..
seronoknya alam pengajian tinggi...
semoga 'istiqomah' dalam perjuangan...
-maaf zahir batin-