26 September 2008

IFTOR RAMADHAN TERAKHIR BATCH

sob...sob...sob...sedihnye.ramadhan hampir tiba ke penghujungnye.ape2 pun pencarian mlm lailatul qadr perlu diteruskan:-)setiap hari khamis batch saya mesti buat iftor.yg lainnye arini,iftor batch yg terakhir tuk ramadhan 1429H.Ya Allah,adakah bakal kami menemui ramadhan sekali lagi...patutnye nak start iftor kol 5.30pm,tp sebab ada gempur bazaar oleh maaruf club tuk sebar risalah,jd wak2 dianjakkan.tp itu pun xpasti kd ke x gempur td,sbb hujan petang td lebat bangat...jadi iftor kami start kol 6.30pm.mmg selalu start gi2 nye.selalunye,sape sampai lmbt mesti kene bg tazkirah.tp da lama xwat gi2 semenjak ramadhan ni.maklum la ramai volunteer...betul ke ejaan ni...erm xpe la...




sampai2 je rais batch kami,cik fitri kita...hehe chef kek batik(chef thatai)xsbr2 nak tau hasil keputusan syura pihak muslimat untuk jwtn raisah batch kami,bg mengantikan arwah k.hajar.orgnye ialah nisa':-)dan jg tuk UBM...sape diorg rahsia...hehe.xsempat fitri nak ckp banyak,maklum la fitri ni kuat ckp ckit,klu da ckp xleh bhenti...jgn marah fitri:-)tp mantop die punye pcakapn...tibe2 azan pun berkumandang...ape lagi,bbuka la kan...mcm biasa mkn dalam talam.best.tak tahu la hati ni seronok sgt & mmg da rindu sgt nak jumpe diorg ni sume.maklum lah even 1 universiti & 1 perjuangan,masa bersama tu tbatas dan kalau jumpa pun masa buat keje,mana ada masa nak bbual.kali ni mmg rasa seronok sgt...sayang korang sume...moga kita sume thabat di jalanNYA,dan ukhuwah kita berkekalan selamanya:-)

pas makan kami solat berjemaaah sekali diimamkan oleh baim(ibrahim)imam kuat di taman melewar ni...jgn main2...mantop bacaan n hafalannya...ex-dq:-).pastu sambung ckit perbincangan.kami merancang ingin ke rumah pn.nurul & tn.imran nak lawat anak buah kami...iffah:-)pas2 da alang2 ziarah tu nak buatlah rehlah sekali kat pahang...wah bestnye...seronok3x:-)insyaAllah.pastu kami berbincang juga untuk pergi ke pondok.ari 2mmg da bncg da ckit...pas2 fitri kata da diputuskan peringkat atasan jadi...akan disponsor sepenuhnye oleh "org atas"...untuk tarbiyah ruhiyyah kami di kelantan,hmm xingat pulak nama tmpt tu...kami akan berada di sana selama 2 mggu sempena cuti sem nanti.insyaAllah bulan 11 nanti...insyaAllah.

pas dok bincang2 fitri pun ckp kita solat tarawikh kat tempat kami iftor je la.kami muslimat ok je...kami ada ramai huffaz...yg jd imam fathi & aiman.baim n zaahin da g tmn melewar.yg lain xpasti g mana pulak.masjid kot...tggl la fitri,fathi & aiman tak kisah:-)pas4 rakaat pertama,kami stop sat,then fathi bagi tazkirah,dia ulas ckit ttg tazkirah masa kami berada di taman melewar hari tu...yg mana tazkirah tu bbunyi..."kita kenelah meneruskan sunnah perjuangan nabi iaitu amar makruf nahi mungkar,imma saadah waimma syahadah(sama ada menang/sama ada syahid)"4 rakaat seterusnye aiman lak jd imam...

yang best kali ni gak,sya & wa pun mai gak dr matrik pj...saja bbuka sekali dgn kami.ukhuwah2...begi2 indah dan manis bila ukhuwah dibina atas jln dakwah...masyaAllah.da mcm 1 family.ada kakak,abang,adik2,bonda,ayahda...mcm2 la...silap2 atuk & nek pun ada...hehe.seronok3x.tp dlm batch saya ni,saya la paling b'umur...kakak kpd adik2.ganti arwah k.hajar.kalau x mesti jd adik gak:-(pas2 kitarang kemas2 dan nak hantar ada sahbt2 yg nak balik da mlm ni,yg ke kedahnye,kelantan & terengganu...punya la byk bas nak balik ke kelantan.betapa ramainye umat neg serambi mekah ini.sok ada lagi...hmm...yg balik malm ni jie,athirah,yani,ruz,wani law & sahbt2 dr batch lain...pas2 bergegas2 la kami yg mash di uia ni ke suatu tmpt tuk meneruskan 1 misi...ape die...rahsia^ _ ^


"sahabat adalah hadiah dari Allah yg tak dapat dijual beli,sahabat juga lbh berharga dr segunung emas bahkan lbh dari itu,bila bbicara dgn Allah tentang hadiah,katakanlah-terima kasih Allah-sekiranya kau berikan kpdaku mutiara,berlian & delima,ia masih kecil dari kasih seorang sahabat,hargailah ketika ada sebelum hilang selama-lamanya"

24 September 2008

PAKATAN RAKYAT BENTUK KERAJAAN DALAM MASA TERDEKAT

Harakahdaily Wed Sep 24,
Selepas dua permintaan untuk berjumpa Perdana Menteri dan menggesa diadakan sidang tergampar Parlimen, Pakatan Rakyat tetap 'on track' untuk menubuhkan kerajaan. Dalam apa keadaan pun Umno dan Barisan Nasional yang sedang berpecah teruk, tetap akan ditumbangkan juga.
Ikuti pandangan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, yang merupakan antara individu terlibat dalam usaha membentuk kerajaan Pakatan Rakyat peringkat persekutuan.
Sebagai Ahli MPT KeADILan, Johari berpengalaman luas dalam politik. Beliau meninggalkan Umno sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.
Pernah bergiat dalam Yayasan Gerak Bakti, Pergerakan Pemuda Umno dan pernah membantu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga adalah antara Pengarah Biro Tatanegara.
Wartawan Harakah MOHD RASHIDI HASSAN, SAADON AKASH, IRWAN MUHAMMAD ZAIN dan jurufoto MOHD NASIR SUDIN menemuramah beliau di Harakah pada 23 September 2008, untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pembentukan kerajaan baru itu.
HARAKAH: Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?
JOHARI ABDUL(Gambar bawah): Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16 September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.
Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.
Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.
16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.
Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.
Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.
Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.
Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.
Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.
Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.
Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.
Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?
Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.
Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?
Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.
Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?
Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.
Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.
Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.
Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.
Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?
Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.
Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.
Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?
Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.
Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.
Tetapi adakah mereka ini akan ditawarkan jawatan sebagai menteri?
Yang itu sudah pasti. Kita nak berlaku adil. Cuma apa jawatannya terpulang kepada pucuk pimpinan. Tapi yang penting, impian kita nak jadikan Malaysia yang baru. Tak ada lagi yang murung. Perniagaan boleh berjalan lancar. Ekonomi stabil. Kita boleh hantar orang untuk meninjau pelaburan di luar.
Pakatan Rakyat mempunyai 15 perkara utama atau 15 perkara yang diselesaikan sebaik sahaja ambil alih kuasa.
Macam bebaskan tahanan ISA. Nak hapuskan ISA kita kena lalui parlimen tapi kita akan buat juga tapi yang penting kita bebaskan dulu yang ditahan dah enam atau tujuh tahun.
Ada dakwaan bahawa andainya Pakatan Rakyat memerintah maka hak orang Melayu akan terpinggir?
Itu cuma perang saraf mereka. Di antara yang akan kita pertahankan adalah perlembagaan negara. Kedudukan raja Melayu kita akan pertahankan. Perkara 153, hak orang Melayu akan kita pertahankan dan juga kedudukan Bahasa Melayu.
Tapi disebabkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih kepada kita mereka rasa takut dan buat propanganda macam itu. Kita lihat di Perak, Dato' Seri Nizar jadi Menteri Besar.
Berapa banyak kerusi PAS? Kurang dari KeADILan tetapi adakah hak orang Melayu dah tergadai? Dan Nizar masih berjaya sebagai Menteri Besar.
Cuma propanganda BN membuatkan kita dilihat terlalu melebihi orang bukan Melayu. Sokongan dari bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan bermaksud kita jual Melayu. Ini adalah propaganda BN semata-mata.
Adakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat?
Perkara itu memang dipersetujui oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Malah DAP pada tahun 2006 telah tukar perlembagaan parti mereka iaitu mereka pegang prinsip-prinsip perlembagaan iaitu hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahakan.
Malah mereka terima Islam sebagai agama rasmi. Sebab itu Karpal Singh sama Utusan sebab dia tak cakap pasal Islam itu.
Selepas permintaan mengadakan sidang tergempar parlimen tak dilayan, apa langkah seterusnya?
Kita ada beberapa langkah yang telah disusun. Cuma tunggu dan lihat. Yang penting kita jalankan kerja untuk mecapai apa yang kita rancangkan.
Kita dah minta dua perkara yang besar, adakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan juga sidang tergempar parlimen. Kita dah ikut prosedur, jangan pula kata kita biadap. Yang tak nak cuma mereka bukan kita.
Pakatan Rakyat sekarang telah meletakkan tarikh baru iaitu 1 Oktober. Apakah ini tarikh terakhir atau ianya cuma untuk mengerunkan BN?
Mungkin lebih awal dari itu. Tengok keadaannya. Yang penting kita dah susun rapi apa yang patut kita buat. Langkah kita seterusnya memastikan apa yang dirancang berjaya.
Yang kita nak mereka tak nak ikut jadi kalau kita buat apa yang kita nak buat jangan pertikaikan. Kita ada cara yang tak perlu sampai tulis surat tapi kita tak nak macam itu kerana kita tak nak bercelaru. Bukan hanya parti bercelaru tetapi rakyat yang bercelaru.
Apakah tidak terdapat usaha-usaha dari BN untuk mengagalkan rancangan ini dengan cara menawarkan jawatan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat atau membeli mereka?
Tak ada pun usaha dari BN untuk gagalkan usaha ini. Kalau nak kata mereka nak beli kita, saya sendiri ahli parlimen tak pernah pun terima panggilan ajak masuk BN. Bawa pergi Taiwan, untuk apa? Nak larikan daripada 16 September? Kalau tak dapat 16, kita boleh pindah ke 17 atau 18.
Tapi bila kita hantar wakil kita ke Taiwan, mereka lari malam. Dipaksa balik. Semua ini apa? BN sudah tak ada kekuatan untuk bertahan. Dia buat apa pun mereka tahu mereka dah tak kuat.
Sebab itu tak ada usaha dari mereka untuk membeli atau menawarkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sertai mereka kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.
Perpaduan Pakatan Rakyat sekarang bagaimana?
Perpaduan adalam Pakatan Rakyat kukuh. Kalau sebelum ini terdengar dalam PAS ada yang tak puas hati tetapi bila keputusan muktamar agar kukuhkan Pakatan Rakyat, perkara itu sudah tak timbul lagi. Saya tak tahu masalah dalaman PAS tetapi saya rasa sudah tidak timbul masalah.
Hubungan kita semakin rapat. Kita dah bersama bukan tahun ini saja tetapi sejak 1999. Ada yang sebelum ini tak jadi wakil rakyat sekarang sudah jadi wakil rakyat. Macam saya lah. Kita dah berkawan lama, tak ada masalah yang timbul.
Apa harapan saudara dalam usaha membentuk kerajaan baru ini?
Saya mempunyai impian untuk melihat Malaysia ini berubah lanskap politiknya. Pentadbiran yang lebih telus dan kekayaan dapat dikongsi bersama oleh semua rakyat.
Jadi saya harap ianya akan menjadi kenyataan dan semoga rakyat terus bersabar dan berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan. - mr

20 September 2008

LAILATUL QADR

MasyaAllah,sedar xsedar kita makin hampir menuju ke 10 malam terakhir ramadhan.sedihyeee...bagaimana tarbiyatunnafs kita?sama2 kita muhasabah diri.harapnya sebelum akhirnye ramdhan,dptlah kita mjadi insan baru iaitu insan yg dpt menundukkan nafsu.insyaAllah mari kita berebut2 beribadah untuk sepuluh mlm terakhir ini...lailatul qadr,lebih baik dr seribu bulan....sama2 merebut the 1st ranking...almutaqqin:-)insyaAllah biiznillah...

15 September 2008

hari lahirku,my birthday,sanah helwati...14sept=14ramadhan^ _ ^

Photobucket
Alhamdulillah,syukran lillah...sehingga hari ini masih dipanjangkan usia.hari ini 14september2008 bersamaan 14ramadhan1426 genaplah umurku 22 tahun...tua da:-)alhamdulillah masih kekal dgn nikmat iman & islam...dan nikmat dalam memperjuangkan islam...insyaAllah.dari start jam 12am mesej xberhenti2 masuk tuk wish my birthday...the first person that wishes to me was Zai(Zaiton Zakaria)hehe...jie...zai la kali ni 1st...sehinggalah sekarang still ade yg wish lagi...dah penuh da inbox,tau nak delete mesej ape...hehe wish je ke,nak hadiah;-)thanks sume...

ape2 pun,dari2 mesej tu,yang paling diri ini perlu kita kongsi bersama,yg mana nak katanya bila bertambahnye usia bukanlah sekadar angka,tp....

"hari ini hari lahirku,hari ini bertambah lagi usiaku,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabku,
hari ini akan menjadikan diri ini lbh matang,dek
ujian yg bakal mendatang,hari ini akan mjadi saksi diriku
mengharung onak&duri,hari ini Allah tlh memendekkan
lagi jarakku denganNYA,semakin berkurang untuk
beramal,semakin kubur mempersiap tempat untukku,
semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dihitung,dan semakin
hampir harumnya firdausi dan azabnya jahannam
(nauzubillahiminzalik)"

dan satu mesej yg buatku terharu sgt2 walaupun dirinye busy,still have time to wish to me...antara bunyi mesej nye"...moga2 dgn prtambahn umur ni,membuatkan dirimu lbh matang,bijak,comel dan yg plng penting bertambah ketaqwaan dirimu pd yg ESA :-)"

sebenarnya sempena hari lahir ini diri ini perlu bersyukur dgn adenye vvip in my life(mak,abah,nek,atuk).mak & abah telah melahirkan dan menyara hidupku.nek & atuk yg telah menjaga & mdidikku sejak dr darjah satu lagi...hehe saya ade 2 mak,2 ayah.jgn jealous...hehe.ni cucu kesayangan ni,sbb dok lama dgn nek atuk kan;-)perasan lak...

"terima kasih mak,abah,nek,atuk mdidik & mjaga imah sehinggalah umur imah mencecah 22 tahun hari ini.doakan imah diberi kekuatan tuk menghadapi kehidupan ini dgn tabah.doakan kejayaan imah dunia akhirat,doakan imah jd anak yg solehah,pelajar yg hormat pendidiknya dan pelajar yg cemerlang,doakan imah panjang umur untuk terus berbakti pd Islam,family.doakan imah supaya terus berdakwah demi Islam.sayang mak,sayang abah,sayang nek,sayang atuk:-)

"ya muqallibal qulub,thabbit qulubana a'la dinik,waa'la thaatik"
"wakafa bilmauti wa'izhan"

09 September 2008

WAKAFA BILMAUTI WA'IZHAN

"setiap yg bernyawa akan menemui mati"


sedang kami mendengar tawjihat dari seorang ustaz,tibe2 sahabatku fadhilah mendapat berita daripada keluarga sahabat kami bahawa beliau telah tiada lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.kami yang sebatch amat2 terkejut dan sedih dgn berita itu.perginya seorang raisah batch,kakak,sahabat seperjuangan islam...iaitu Allahyarhamah siti hajar izham,23thn.saya & beberapa org sahabat tidak dapat meneruskan tumpuan dlm liqa' tersebut dan keluar dari audi untuk membincangkan sesuatu untuk memberitahu sahabt2 seperjuangan di pj & kuantan dan membincangkan pergerakan untuk melawat Allahyarhamah.ya Allah,xdpt diri ini membayangkan betapa tkejutnye dgn berita itu.mmg kesihatan beliau tidak menentu.dr mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit sendi dan dlm masa yg sama juga mgalami penyakit dalaman yg lain,wallahua'lam.dlm jam 1pagi lebih kami muslimin muslimat dgn lbh kurang 10 kenderaan bgerak ke rumah Allahyarham...lbh kurang jam 2.30am kami sampai,sanak saudara & jiran tetangga sudah memenuhi ruang rumah....di si2 kami dapat melihat wajah terakhir k.hajar...air mata ini mula membasahi pipi semula...sebelum pulang sempatlah diri ini & sahbt2 yg lain mencium & menatap wajah k.hajar...dgn senyuman yg masih terukir....subhanallah...meninggal di bulan ramadhan,di bulan mulia...bagaimanakah kita nanti sahabat???wallahua'lam...

kak hajar adalah kakak setelah saya.baru diri ni nak merasai jd adik,tp apakan daya Allah lbh menyayanginye.seorang yg ceria,membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati beliau.seorang yg suka memberi nasihat thadap adik2nye,dan yg pasti seorang srikandi yg bersama2 terlibat dlm perjuangan islam...kehilanganmu amat kami rasai kak hajar...teramat2 kami rasai...xterungkap sayu di hati kami ini...moga dirimu ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
kau sahabatku kau teman sejati

al-fatihah buat Allahyarhamah siti hajar izham@k.hajar...alfatihah...
wakafa bilmauti wa'izhan(cukuplah sekadar mati i2 mjadi peringatan)
moga memberi peringatan bahawa kita jua akan turut serta nanti menemui mati...
bila,di mana & bagaimana???wallahua'lam...



06 September 2008

TARBIYATUNNAFS


salam ramadhan kareem kpd semua umat islam...alhamdulillah,marilah bsama2 kita ucapkan kesyukuran yg teramat sangat kerana masih dapat merasai nikmat iman & islam & tambahan lagi berada di bulan yg penuh keberkekatan,rahmah & maghfirah bulan ramadhan kareem.sayu rasanya bila balik rumah hari tu...rupenye sudh ramai yg meninggal sebelum sempat ramdhan menjelma...jadi kita yg masih Allah bg nikmat hidup ini,rebutlah sehabis baik...kita tidak tahu,entah sekejap lg ke...sok ke...thn depn ke...kita tidak dapat menemui ramadhan...Allahuakbar...


bulan ramadhan....kalau ingin kita mengenali diri kita,di bulan ramadhan la...kerana apa?syaitan tiada...sudah dibelenggu...jadi yg ade hanyalah nafsu yg selama ini banyak ditarbiyah oleh syaitan...ha...tarbiyah dr sape?syaitan...selama ni cuba kita fikirkan...kita yang pandu nafsu?atau nafsu pandu kita?kalau kereta kita yg pandu...bukan kereta pandu kita^_^tbalik 2...hehe...begitulah juga dgn hal nafsu ni...kita la yg patut pandunye ke arah yg baik...bukan jd lembu kene cucuk hidung...ikut je nafsu suruh...klu ikut je nafsu suruh...mcm lembu la ek?hmmm...no komen:-)


sahabah sahabiah sekalian,gunakanlah sebaik2 30hari yg Allah kurniakan ini untuk turn kita pulak yg tarbiyah nafsu kita ke arah yg diredhai...30hari drpd 365/366 hari ni sekiranya dapat kita didik nafsu & diri ke arah yg baik...cnthnye sebelum ni kuat sangat nafsu tido...jadi masa ramadhan ni didik diri kita tido bila perlu sahaja...kalau malas mengaji...didik nafsu kita untuk mengaji...hasil tarbiyah sebelum ni kita kuat boros...didik diri kita masa bulan tarbiyah ni,berjimat cermat...dan sebagainye.sekiranye digunakan30hari tu dengan sebaik2nye...insyaAllah kita dapat bawa diri kita yg baru tu(hasil tarbiyah ramadhan) kepada bulan2 yang selepasnye:)insyaAllah...syaitan pun pelik..."eh apasal die tak ikut ckp aku ni"...hehe...agaknye la syaitan kata gi2...;)jadilah kita seorang yang tidak mudah terpedaya dgn bisikan syaitan...insyaAllah...,nasihat tuk diri ni terutamanye...


masalah dalam masyarakat kita sekarang ni pulak.bulan ramadhan jd pesta makan...mcm2 maknan ada,klu ikut nafsu tu,sume nak dibelinye...jd masa nilah didik nafsu makan yg melampau...nanti berat elok2 da...naik lak...makin chubby jdnye^_^tp xpe comel...hehe...eh gurau je...jadi kawallah nafsu makan,bukn mksd siang hari kita bpuasa kita bedal mcm2 bila berbuka...teringat pada pak cik saya sorang ni...saye pggl die pak jol...die kalau berbuka hanya dgn air masak & kurma sahaja...subhanallah...pas2 terus g solat...kita lak...erm...sumbat sampai penuh dlm perut tu...pas2 berat nak g solat...berpada2 dan bersederhana sahaja lah...slh 1 tujuan puasa ni jugak untuk kita merasai kesusahan org yg susah...ok...?:-)

sebenarnya baru balik dari usrah bersama shbt2 seperjuangan,ada tadarus,tazkirah setiap sorg 2 minit:-)n iftor bsama...yg di atas antara perkongsian tazkirah kami bersama & dapat jugak info tbaru dr tazkirah sorang sahabt ni,die dpt dr internet...selain ada peristiwa perang badar,nuzul quran di buln ramadhan...ada 1 perang namanye perang yaqlis yg mana tentera islam 34,000 dan tentera rusia(kerajaan tathar)seramai 740,00 org...ia menjadi peristiwa penting umat islam yg mana islam menang dlm mempertahankan islam...Allahuakbar...wallahua'lam...ni shbt tu dpt sumber dr internet...

hendaklah kita ingat bahawa Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 183 yg mafhumnye
"wahai org2 yg beriman aku wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana org2 sebelum kamu...
supaya kamu menjadi org bertaqwa" jadi dari ayat ini menunjukkan bahawa puasa boleh mendidik kita menjadi org bertaqwa...setinggi2 ranking...subhanallah...so ape lg...jom berlumba2 menjadi org bertaqwa...

setiap perkongsian saya di atas saye cakap lebih untuk diri yg menaip ini...dan juga buat sahabah sahabiah sekalian...kita sama2 manusia kene ingat mengingati untuk manfaat bersama ,asalkan cara yg betul...insyaAllah...

teringat satu slogan di darul quran dahulu"ramadhan yg sama,natijah berbeza"...hasil kata2 & tazkirah terakhir dr seorang pelajr darul quran Allahyarham farham...yg mane kata2 ni diterbitkan dlm tazkirah terkahirnye di msjd darul quran,tak silap saya 10 mlm terakhir ramadhan...die mengimamkan solat subuh dan paginye bertolak untuk mgambil adiknye di pahang dan mengalami kemalangan dalam perjalanan mangambil adiknye,maaf jika ada salah cerita...sbb ana tak sempt dlm batch beliau,ia diceritakan oleh sahbt2 batch beliau...al-fatihah kepada Allahyarham farham semoga ruhnye dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 org soleh...ameen

wallahua'lam

04 September 2008

DOA-DOA PARA NABI

Read this document on Scribd: DOA-DOA PARA NABI

ulasan buku"TENTANG CINTA" oleh Pahrol Mohd Juoi



*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda memang untuk BERKAHWIN dgn si dia demi
menjaga agama & akhlak agar sentiasa tpelihara..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA "B'COUPLE" JIKA...
NIAT anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok
demi melayani kehendak nafsu & perasaan semata-mata..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah punya KEKUATAN & KETAHANAN untuk tidak terlibat
dlm perkara-perkara yg DIHARAMKAN oleh agama seperti
berpegangan tangan & sebagainya..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
masih SUKAR mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk
MENAHAN DIRI dari perkara-perkara diharamkan agama..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah LEPAS ilmu FARDHU AIN dan mempunyai tahap pencapaian akademik
yg baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai
pekerjaan yang tetap..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
KANDAS ilmu FARDHU AIN,mengaji quran pun lintang pukang & ada
masalah besar dlm pelajaran,atau anda penganggur yg masih
t'cari-cari pekerjaan..


*ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
sudah ISTIQAMAH menjaga SOLAT 5 waktu,PUASA di bulan ramadhan
dan sedang BERUSAHA sedaya upaya menjadi MUSLIM SEBENAR..

*SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK "B'COUPLE" JIKA...
mengucap syahadah pun tunggang langgang,solat kadang2,puasa jarang2

WALLAHUA'LAM

p/s:petikan dr buku"TENTANG CINTA"

INSAN=LUPA,LEKA,LALAI

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...