24 March 2020

COVID-19

Image result for covid19

Assalammu'alaikum.Hari ni merupakan seminggu Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia.Namun,jumlah kes makin meningkat,dan alhamdulillah juga,jumlah yang pulih juga meningkat.Jika sebutkan virus ini,apa yang bermain di fikiran kita?Banyak positif ke,negatif?Harapnya kita lebih positif.

Mengapa kita patut rasa begitu?

1.Wujudnya Perintah Kawalan Pergerakan yang walaupun nampak macam menyekat dan merana,tapi bagi saya dengan keadaan di Malaysia yang semakin meruncing masalah kekeluargaan,masa inilah masa terbaik pulihkan semula keadaan keluarga,boleh susun jadual aktiviti bersama,keluar pelbagai idea untuk memasak hehe,kita mungkin lebih alert tentang keadaan rumah ,pasangan dan anak-anak kita(eh,cakap macam dah ada pasangan dan anak je kan :p ).

2.Banyak masa terluang,selain dengan keluarga,kita boleh spend masa kita dengan buku,dengar kuliah,keluar peluh di rumah dengan aktiviti tabata,cardio dan banyak lagi.

3.Bantu membantu sesama manusia.Ada di kalangan masyarakat yang sumber rezeki mereka terpaksa stop sebentar bagi memberi laluan wabak Covid 19 ini reda.Namun alhamdulillah,kerajaan dan masyarakat kita sangat prihatin dengan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka yang memerlukan bantuan diberikan bantuan makanan,dan duit.MasyaAllah tabarakaAllah,terbaik rakyat Malaysia.

4.Bagi orang single bolehlah digunakan masa yang ada dengan usaha mencari calon,membaiki diri dan improve diri buat kerja-kerja rumah dan seangkatan dengannya :p (nak jugekkk,hihi).

Oklah terlalu banyak positive side nye berbanding negatif.Apa-apa pun Covid-19 ini daripada Allah.Allah juga yang mengizinkan ia mendarat di bumi ini,dan Allah juga yang berkuasa menghapuskan ia daripada bumi ini.Covid 19 ini menyebabkan kita kena jarakkan diri kita daripada manusia,tapi dengan Allah tidak sama sekali!

Suka nak kongsi salah 1 ayat motivasi diri apabila ada masalah ,daripada Surah At-Thagabun ayat 11 yang bermaksud : 

"Tidaklah Allah timpakan sesuatu kesukaran melainkan dengan izinNya,sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan pimpin hatinya (untuk menerima dengan tenang dan sabar) dan Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang berlaku"

21 March 2020

TAFSIR ALQURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (AL FATIHAH)

"TAFSIR AL QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SURAH AL FATIHAH"🌹

MasyaAllah tabarakaAllah.Semoga pahala terus mengalir buat Al marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga buat yang berusaha dalam menghasilkan buku yang sangat bermanfaat ini.

Tafsir ni wajar dimiliki oleh kita semua.Surah Al Fatihah,surah yang amat dekat dengan kehidupan kita.Tapi adalah lebih baik,ia bukan sekadar lekat di bibir,tapi turut lekat di hati dan tindakan.Mudah-mudahan.

Surah Al Fatihah,dinamakan sebagai ummul kitab(emak bagi segala kitab).Bukan abu kitab(bapa kepada kitab).Kerana manusia ini,jika dibandingkan emak dan bapa,mak lebih disayangi daripada bapa.

Menariknya,antara bab awal buku ini ialah penekanan peri penting tentang "air sembahyang sebelum membaca Al -Quran".Al Quran kaedah membacanya tidak sama seperti buku2,majalah,surat khabar.Kita perlu ada wudhu' untuk membersihkan diri kita daripada syaitan dan karut marut kerana Al Quran ini adalah ajaran.Bukan terhenti di telinga,tapi kena sejat masuk ke hati.

"Cawan,apabila kita bubuh pasir.Selepas tu kita nak bubuh teh dan air.tidak boleh begitu,kerana telah ada pasir.Jadi kalau nak bubuh air,kenalah buang pasir dulu." Begitu juga dengan hati kita,nak bagi apa yang kita baca masuk ke dalam hati,ambil wudhu' terlebih dahulu bagi menyucikan hati yang terlalu banyak 'kekotoran' melekat padanya.

Ayat 1 (bismillah...) sehingga ayat 5,ia adalah ayat pujian kepada Allah.Bukan berbentuk doa,tapi ayat ke 6 (Wahai Tuhan,pimpinlah/tunjukkanlah aku ke jalan yang betul) itulah ayat berbentuk doa.Kita berdoa ini kerana kita menunaikan solat.Solat itu adalah doa.

Kita berdoa supaya Allah beri hidayah.Kalau Allah bagi kita anak2 yang kaya raya, bijak,banyak duit tetapi tiada hidayah,maka anak itu akan jadi lawan kita apabila kita balik ke Akhirat kelak.Berilah apa sahaja,kalau tidak diringi dengan hidayah maka segala2nya akan memusnahkan kita.Maka,benda yang paling besar ialah minta hidayah,dengan hidayah,harta kita insyaAllah halal,anak pun anak soleh.

Sekian.Sedikit perkongsian.Selebihnya boleh dapatkan buku ini.Sangat wajar dimiliki.Menarik untuk bedah buku,usrah dan sebagainya.

DAKWAH ATAU DIDAKWA?

Bicara ilmu oleh saudara Firdaus Wong malam tadi bertajuk Dakwah atau didakwa?
.
.
Dakwah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik.
.
.
Kezaliman yang paling besar ialah mensyirikkan Allah.Firman Allah di dalam Surah Luqman ayat "ketika Luqman berkata kepada anaknya "wahai anak kesayanganku,janganlah engkau mempersekutukan Allah,sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar".

Maka,kita perlu jauhi syirik dan menyeru orang lain menjauhi syirik kepada orang Islam dan belum Islam.
.
.
Setiap daripada kita ada bakat untuk digunakan di jalan Allah.
.
.
Ada yang mampu berceramah untuk berdakwah,ada yang boleh menulis,ada yang boleh melukis,mengajar,bisness dan terlalu banyak bakat yang lain.Yang pasti,semua orang Islam ada bakat tersendiri dan setiap daripada kita dah 'dicop di dahi'dengan pendakwah,tak kira siapa anda,ustaz ustazah atau bukan,semua orang Islam umat terbaik,semua adalah pendakwah!.
.
.
"Kamu adalah sebaik-baik umat.."

Tiga syarat menjadi terbaik :
1.Mengajak kepada kebaikan.
2.Mencegah kemungkaran.
3.Beriman kepada Allah.
(Surah Ali Imran :110)
.
.
Apabila niat untuk berdakwah,Allah akan lorongkan jalan.
" segala perbuatan bermula dengan niat"(al-hadith)
.
.
"Kejahatan berleluasa bukan sebab banyaknya orang jahat,tapi diamnya orang baik"(Quote)
.
.

24/2/2020(Isnin)
Lepas maghrib

REVIEW TRAVELOG JODOH

Sengajaku pilih buku "Travelog Jodoh" ini sebagai pembuka misi 1 bulan 1 bukuku,supaya dapatku akhiri zaman single ku pada tahun 2020 ini,Eh😆😂(doakan jela ae,adoi iye tak iye je statement aku pun🙊)

Ok,nak buat perkongsian sikit.Buku ni menceritakan tentang pelbagai pengalaman dan cabaran penulis dalam berjumpa jodohnya yang sebenar.Ada yang suka sama suka,ada yang dikenenkan,ada lelaki jahat yang mengambil kesempatan,ada lelaki baik,tapi bukan terbaik buatnya,dan akhirnya "berakhir sudah pencarian jalan cinta"(lirik lagu😂) penulis,bertemu jodohnya yang terbaik buat dirinya dan diakui baik oleh orang lain dan juga hasil istikharah dan musyawarah dengan orang yang rapat.

"Hidup kita ini ibarat helaian demi helaian buku yang telah Allah catatkan untuk kita.Tidak tahu berapa jumlah helaian untuk kita hingga akhir nyawa.Helaian-helaian itu rencana yang Allah tulis atau suratkan buat setiap makhluk ciptaanNya...

Harus diingat ,semua perkara yang terdapat di dunia ini bukan hanya yang indah-indah sahaja...pahit manis kehidupan itu perlu kita rasa dan lalui untuk mematangkan dan dijadikan sebagai panduan hidup masa hadapan.Tanpa pengalaman yang pelbagai itu,hidup kita ibarat patung.Setiap jatuh bangun kehidupan,kita akan laluinya dengan baik dan diambil sebagai iktibar supaya hari mendatang akan menjadi lebih baik daripada hari ini".

Setiap daripada kita ada prinsip ciri-ciri yang dikehendaki,selagi ia baik dan kita rasakan ia terbaik,kita ada hak untuk pilih jodoh sendiri daripada tersalah pilih dan menyesal.Biar lambat memilih dan terpilih,tapi selamat dengan pilihan yang kita buat.Dan setentunya pilihan itu janganlah dibuat atas nafsu kita semata,tapi berdoa,solat,dan berbincang dengan keluarga.

Berbakti kepada mak ayah sebaiknya,bersedekah,berdoa,berusaha,berusaha menjadi baik.Bersangka baik dengan Allah.Fikir baik,yang baik-baik akan hadir.

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri,dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan,perbaikilah segala urusanku seluruhnya dan janganlah Engkau serahkan diriku walau hanya sekelip mata."(Hadith Riwayat An-Nasaie)

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran(Surah Al Qamar:49)

Ok done sikit ulasan buku,boleh dapatkan buku ni,keluaran Telaga Biru.Fuhhh tak sangka rajin lak menaip petang2 ni dalam orang tengah riuh pasal politik,kerajaan baru(hopefully,kerajaan yang lebih baik dan terbaik buat kami andai benar segala andaian!)aku boleh lak pilih ulas pasal buku nih,sebab elok baru habis baca hihi.Ok semoga bermanfaat



#1BULAN1BUKU
#HALIMAHMEMBACA

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...