21 March 2020

TAFSIR ALQURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (AL FATIHAH)

"TAFSIR AL QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SURAH AL FATIHAH"🌹

MasyaAllah tabarakaAllah.Semoga pahala terus mengalir buat Al marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga buat yang berusaha dalam menghasilkan buku yang sangat bermanfaat ini.

Tafsir ni wajar dimiliki oleh kita semua.Surah Al Fatihah,surah yang amat dekat dengan kehidupan kita.Tapi adalah lebih baik,ia bukan sekadar lekat di bibir,tapi turut lekat di hati dan tindakan.Mudah-mudahan.

Surah Al Fatihah,dinamakan sebagai ummul kitab(emak bagi segala kitab).Bukan abu kitab(bapa kepada kitab).Kerana manusia ini,jika dibandingkan emak dan bapa,mak lebih disayangi daripada bapa.

Menariknya,antara bab awal buku ini ialah penekanan peri penting tentang "air sembahyang sebelum membaca Al -Quran".Al Quran kaedah membacanya tidak sama seperti buku2,majalah,surat khabar.Kita perlu ada wudhu' untuk membersihkan diri kita daripada syaitan dan karut marut kerana Al Quran ini adalah ajaran.Bukan terhenti di telinga,tapi kena sejat masuk ke hati.

"Cawan,apabila kita bubuh pasir.Selepas tu kita nak bubuh teh dan air.tidak boleh begitu,kerana telah ada pasir.Jadi kalau nak bubuh air,kenalah buang pasir dulu." Begitu juga dengan hati kita,nak bagi apa yang kita baca masuk ke dalam hati,ambil wudhu' terlebih dahulu bagi menyucikan hati yang terlalu banyak 'kekotoran' melekat padanya.

Ayat 1 (bismillah...) sehingga ayat 5,ia adalah ayat pujian kepada Allah.Bukan berbentuk doa,tapi ayat ke 6 (Wahai Tuhan,pimpinlah/tunjukkanlah aku ke jalan yang betul) itulah ayat berbentuk doa.Kita berdoa ini kerana kita menunaikan solat.Solat itu adalah doa.

Kita berdoa supaya Allah beri hidayah.Kalau Allah bagi kita anak2 yang kaya raya, bijak,banyak duit tetapi tiada hidayah,maka anak itu akan jadi lawan kita apabila kita balik ke Akhirat kelak.Berilah apa sahaja,kalau tidak diringi dengan hidayah maka segala2nya akan memusnahkan kita.Maka,benda yang paling besar ialah minta hidayah,dengan hidayah,harta kita insyaAllah halal,anak pun anak soleh.

Sekian.Sedikit perkongsian.Selebihnya boleh dapatkan buku ini.Sangat wajar dimiliki.Menarik untuk bedah buku,usrah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...