02 August 2013

SYAITAN @ NAFSU?

Bismillah...

Nak kongsi apa yang dapat masa menonton rancangan di TV Al-Hijrah sempena Ramadhan minggu lepas,tak ingat tajuk program.Tapi,penceramahnya yang menjadi host untuk rancangan Law kana bainana.Ok,Ustaz tu kongsi daripada seorang Ulama' tafsir,bagaimana kita nak tahu,sesuatu perkara itu daripada syaitan atau nafsu.

1.Jika ia daripada syaitan,bila kita digoda dan tergoda,kita buat dosa jarang,atau kadang-kadang,bukan 1 kekerapan,kebiasaan atau perkara yang dah sebati dengan diri kita.Contohnya,kita biasa solat di awal waktu,tapi ada 1 hari tu,kita gagal dengan bisikan syaitan,itu dikira daripada syaitan.TAPI,jika sesuatu perkara itu,memang telah menjadi rutin,sebati dan kebiasaan dengan diri kita,itu adalah nafsu kita sendiri,bukan daripada syaitan.Contohnya,apabila merokok adalah rutin harian kita,solat lewat juga, kebiasaan bagi kita,maka jangan nak salahkan syaitanlah,itu adalah daripada nafsu.

Hmm...,sebab Allah pun dah berfirman dalam Al-Quran,yang syaitan ni musuh yang nyata bagi manusia dan dia akan goda anak adam untuk ikut dia,dan Allah juga kata,yang nafsu itu mengajak manusia melakukan keburukan...

2.Bilamana  mengucapkan ta'awuz,A'uzubillahiminayaitanirrajim,syaitan akan pergi,dan kita takkan tergoda dan tak lakukan maksiat.Tapi,bilamana kita ucap ta'awuz,langsung tak beri kesan,contohnya merokok,bacalah apa benda pun,tapi tak beri kesan,tetap merokok juga,itu dikira nafsu.

Allahua'lam...

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...