03 August 2013

IKHLAS DALAM BERPUASA

Bismillah...

Allahuakbar!Ramadhan bakal melaburkan tirainya.Semoga segala kebaikan yang kita lakukan di bulan barakah ini,dapat kita teruskan dalam menempuhi bulan-bulan seterusnya.Sesungguhnya kita hamba Allah,bukan hamba Ramadhan.Jika didengar kisah para sahabat,mereka amat sedih dengan pemergian Ramadhan,bagaimana kita?Tepuk dada tanya iman kita...

Suka saya ingin memperingati diri dan para sahabat sekalian,dengar perkongsian yang saya pernah kongsi di laman blog ini sebelum-sebelum ini,cuma sebelum ni agak santai,kali ni,saya cuba menggunakan isi yang sama cuma ditambah sedikit perisa,tapi dalam susunan yang berlainan sedikit.Sebelum Ramadhan melaburkan tirai...mari kita renungi...


Ikhlas,sesuatu perkara yang mudah disebut,sukar diterjemah dalam hidup.
Saidina Ali berkata : " Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit,tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah!

Hal ini kerana Rasulullah SollaAllahu 'alaihi wassallam pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :
"Ikhlaskanlah amalanmu & sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas "
Allah SubhanaAllahu Ta'ala berfirman :
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas(bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik)![Az-Zumar : 3]

Begitu juga Ikhlas kita dalam berpuasa...
Nak kongsi daripada buku 'Ajaibnya puasa senjata mengawal nafsu' oleh Adil Akyar.
Ali bin Abi Talib r.a menceritakan,bilamana ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,1 rombongan Yahudi bertanyakan soalan kepada Nabi dengan keangungan yang ada pada Nabi.
Yahudi :"Wahai Muhammad,terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa.?"
Sabda Rasulullah:"seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan IKHLAS kepada Allah,dia akan diberikan Allah 7 perkara":
1-Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya-kita pada hari ni,tak perasan kadang-kadang ada juga makanan yang haram kita termakan.Itu yang agaknya susah nak dengar nasihat2 baik.
2-Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya-teringat ketika mana ustaz Hadis ,Ustaz Abu Laith masuk-masuk dalam kelas dia bertanyakan kepada kami mengenai hadis yang mengatakan 10 awal Ramadhan rahmat,apa yang dimaksudkan dengan rahmat di situ?
Jawapan Ustaz,rahmat Allah ni,bilamana,contohnya sebelum ni kita ni jenis liat solat awal waktu,tapi dalam bulan Ramadhan ni mudah pulak,sebelum ni baca quran waktu tertentu maghrib je ke ,tapi dalam bulan ramadhan ni,tiap-tiap lepas solat rajin pula baca quran dan macam-macam lagi,pendek kata ada peningkatan dalam amalannya.
3-Diberi oleh Allah sebaik-baik amal-amalan puasanya ini dikira sebaik-baik amalan.
4-Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga.
5-Diringankan baginya siksa kubur.
6-Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7-Allah akan memberinya Syurga.
"Ya Allah,berikan kami IKHLAS"
Susah nak ikhlas ni,kita semua maklum.Imam Al-Ghazali dalam kita Ihya' 'Ulumuddin ada bagi tau,yang mana ikhlas ni teruji,sebelum,ketika dan selepas kita melakukan sesuatu.
Apa-apa pun,sama-sama kita usaha untuk menjadi manusia yang ikhlas dalam seluruh aspek kehidupan.
Bak kata Mat Lutfi dalam video sebelah sayap " kalau tak dapat pahala berhenti buat dosa,dapat pahala usaha untuk jauh daripada dosa pun jadilah"
Begitu juga dalam ikhlas "Kalau tak dapat ganjaran ikhlas,mudah-mudahan kita peroleh ganjaran usaha untuk ikhlas"

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...