30 July 2012

ولك بمثل

Apabila kita mendoakan orang lain,malaikat akan doakan sama seperti kita doakan untuk insan tersebut.Jadi ringankanlah mendoakan bukan sahaja diri,tapi jua orang lain.

"Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),maka berkatalah malaikat,'kamu pun menerima sebagaimana doamu" [Riwayat Muslim]

 "Doa seseorang untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),tidak akan ditolak(pasti dikabulkan)" [Riwayat Darul Quthni]

JANJI DITEPATI


Ini baru betul janji ditepati ^^,

BULAT HATI DARI ALLAH!

Kesalahan dalam istikharah: 1)Tiada ada ilmu tentang solat isitikharah. 2)Hanya menunggu mimpi atau alamat-alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran,ketenagan emosi,dan kemantapan hati. 3)Hati sudah ada kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelum istikharah. 4)Menyalahkan taqdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku setelah istikharah. 5)Langsung tidak melaksanakan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui atau keliru. [BIARLAH HATI BULAT ITU DARIPADA ALLAH!]

25 July 2012

YANG PERLU,BUKAN YANG DIHARAPKAN

Saya minta 'setangkai bungai segar' daripada Allah.DIA beri saya 'kaktus berduri'.
Saya minta minta 'rama-rama',diberiNYA pula 'ulat berbulu'.
Saya sedih dan kecewa.Namun kemudian...
'kaktus berbunga'dengan indah sekali & 'ulat' itu pun menjadi 'kupu-kupu' yang cantik.Itulah cara Allah:) indah pada masa yang ditetapkanNYA.
Tuhan tidak memberi apa kita harapkan,tapi DIA beri apa yang kita perlukan.

[Perkongsian mesej daripada seorang sahabat yang sedang menguatkan dirinya sendiri,tahniah dan syabas!semoga terus kuat sahabat!]

Lalu saya teringat bait ayat,antara ayat yang suka saya peringatkan buat diri,lalu saya hadiahkan untuknya...

."Dan sesungguhnya DIA lah yang menyebabkan seseorang itu gembira tertawa,berdukacita menangis".


."Dan bahawa sesungguhnya DIAlah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNYA) apa yang diperlukannya & memberikannya tambahan yang boleh disimpan.

."Maka yang mana 1 nikmat Tuhanmu yang tidak terhingga itu,engkau ragukan!"

[Suran An-Najm]

Kini saya hadiahkan buat semua,mudah-mudahan ada manfaat bersama.

~SubahanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!~

23 July 2012

MUSTAJAB DOA

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Peranan Jiwa Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Kesucian Nurani 

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan. Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut:

“Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya) “Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). 

Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.

22 July 2012

RAMADHAN TIBA


Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan & menjauhi diri daripada yang haram dan perkara batil dalam puasanya,nescaya Allah yang bersifat Ar-Rahman redha kepadanya & memastikan baginya syurga.

Ramadhan pertama tanpa arwah atuk di sisi.Semoga kehidupannya di sana bahagia,bahkan lebih bahagia kehidupannya di dunia.Al-fatihah!


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.



Sebahagian insan telah selamat ke 'sana' tanpa sempat menghadapi ramadhan seterusnya,semoga yang terakhir itulah yang terbaik buat mereka!Kita yang Allah masih bagi peluang ni,gunakan sebaik mungkin,jangan jadi orang yang rugi dengan mensia-siakan medan tarbiyyah sekali setahun ini.Taqwa sama-sama kita cuba kecapi,insyaAllah kita semua boleh!Pesanan buat diri yang hina dan dina ini terutamanya dan anda semuanya. Ramadhan kareem(Allahu akram!)


Selamat menyambut ramadhan dengan penuh kehambaan.Mudah-mudahan menempah ketaqwaan di sisiNYA.

Ampun maaf dipinta dari diri.Jangan dilupa saudara seIslam kita di Palestin,Syria dan seluruh dunia!

17 July 2012

JANGAN SOMBONG...

‎:: JANGAN SOMBONG DENGAN HIDAYAH YANG KITA PEROLEHI! ::

-Kita seorang Muslim?Jangan sampai merendah-rendahkan dan memperlekeh Non-Muslim,sehingga lupa hidayah itu miliknya Allah!

-Kita seorang pendakwah?Jangan sampai merendah-rendahkan,memperlekeh mad'u sekeliling,sampai terlupa Allah memberi dan menarik hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki!


-kita baru berubah ke arah kebaikan?berhijrah kepada kebaikan?jangan sampai merendah-rendahkan mereka yang masih tak berubah lagi!


"...Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah & rahmatNYA kepada kamu,nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya.Akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNYA & ingatlah Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui!" [Surah An-Nur 24 : 21]

Best!


MORE TOUCHING


"More touching,more feeling"Melakaku sayang

13 July 2012

INGAT TAK?


 Mak &abah : ingat tak?mak & abah serahkan anakandamu ini dalam jagaan atuk dan nek sedari darjah 1 dulu?Terima kasih mak dan abah,jika dulu anakmu ini merasakan mak dan abah tak sayang,tapi sebab sayanglah mak dan abah letakkan anakdamu ini di bawah penjagaan atuk dan nek.Bahkan anakdamu mu amat bersyukur,dengan asbabnya di bumi Melaka,anakdamu ini memiliki insan-insan berharga...Terima kasih mak abah!mak abah tiada galang gantinya!

Nek : ingat tak?dulu masa kecik,nek selalu bising suruh cucumu ini sembahyang,suruh mengaji qur’an,suruh ke surau belajar,suruh itu dan ini yang mana semuanya baik,dan nek ingat tak?ada masa nek bawa cucumu ini ke ceramah politik,ada masa cucumu ini tinggal di rumah sendirian sahaja disebabkan esoknya sekolah.Terima kasih nek!ia tarbiyyah ibadah!tarbiyah mengenal politik,tarbiyah berdikari .

Adikku Omar : ingat tak?dulu masa kakamu ini sekolah menengah,kau pernah tegur kakakmu ini sebab dah lama tak pakai bertudung labuh dan berjubah?kakakmu ini benar-benar tersentap,sehingga saat ini kalau dah lama tak bertudung labuh dan berjubah,tentu lain rasanya…terima kasih adikku!

Mak cikku Saadah : ingat tak?kita pernah perang besar?hal tu mengajar anak sedaramu ini untuk belajar lebih menghormati dirimu,dan ingat tak?mak dah pernah bagi gelaran yang best tu?anak sedaramu terasa diri ini lah anak buah yang paling disayangi?dan ingat tak?mak dah ceritakan yang mak dah pernah jaga anak buahmu ini masa kecil sehingga makan sesuatu tu…anak sedaramu ni tak terasa,tapi rasa beruntung!

Pak cikku Hassan : ingat tak?masa kecik dulu,pak bai bila nakmpak anak buahmu ini tak bertudung di luar rumah,pak bai marah dan terus suruh ambil tudung,terima kasih pak bai,berkat pak bai marah tu,buat anak sedaramu ini faham penting menutup aurat .

Sepupuku Hazwani : ingat tak?dulu akak suka marah ani masa kecik2?marah tanda sayang…hehe.ingat tak?ani pernah cerita,ani kumpul duit dan simpan duit nak bawa ayah dan mak pergi haji,hasrat ani tu sungguh murni,buat akak untuk turut serta ikut sama,belajar nak menabung dan cuba belajar berjimat.Terima kasih ani dengan sifat anda tu,akak terasa nak ikut buat!

Insan yang pernah menyakiti hatiku : ingat tak?anda pernah tak jujur dengan diri ini?anda penyumbang ujian hati dan sakit hati hati ini?tapi diri ini juga tak lupa anda pernah ajar saya perkara yang baik,hatta sehingga kini saya mampu mengekalkan apa yang anda ajar diri ini secara langsung atau tidak.diri ini telah pun memaafkan anda,terima kasih,boleh dikatakan disebabkan ujian itu,ia banyak menyumbang penghijrahan diri ini dan mengenal akan banyak hakikat hidup ini bahkan mengajar banyak perkara.Diri ini yakin,anda bukan anda yang dulu bahkan lebih baik daripada sebelumnya!insyaAllah,semoga bahagia dengan kehidupan yang sekarang .

Angahku Khairunnisa’ : ingat tak?alang pernah menangis dan mengadu macam-macam kat angah?ada masa angah pujuk,ada masa angah marah,ada masa angah tak tahu nak cakap apa.Ingat tak?angah sanggup datang UIA walaupun dah grad untuk teman alang nak final exam?alang amat terharu…dan ingat tak?ayat ni “alang kan penyabar dan angahkan baik hati “ hehe.dan angahlah tempat alang senang meluah rasa dan menyimpan rahsia.Terima kasih angah,moga sentiasa sudi dengan karenah alangmu ini.

Adikku Halimaton : ingat tak ? imad pernah cakap,sedikit ,mana pun gaji yang kita dapat,tapi jangan lupa diberi juga kepada mak abah kita.Mudah-mudahan ada keberkatan walaupun sikit,bagilah.Terima kasih!Ia benar-benar kata-kata yang terkesan pada akak,Alhamdulillah dan insyaAllah kekal dipraktikkan.

Ude Yani : ingat tak?ude pernah hadiahkan akak sisir ketika di matrik dulu?sehingga hari ini ada lagi dan masih akak gunakan.Ia mengajar akak,barangkali ude ikhlas dalam memberi sebab tu ia kekal hingga hari ini :)

anjang mar,ucu nurul,nija,ateh hafriza,hajar,fatimah,syikin,farha,ude yani : ingat tak?kita pernah ditarbiyyah bersama?ketawa,merajuk,menangis,tolong-menolong bersama?diri kalian amat akak rindui,setiap daripada kalian,pernah menyumbang sesuatu.akak ingat sangat,akak sentiasa diingat oleh kalian bila nampak akak "akak...senyum :) " saya rindu saat-saat itu!Terima kasih menjadi sudi menjadi adik-beradik akak !

Surayya & Julia : ingat tak?kita pernah berjaulah bersama?setiapa gerak geri anda berdua,anda berdua mengajar saya supaya menjadi kakak yang matang dan matang dalam bertindak. terima kasih awak berdua! anda mengajar saya untuk matang,sebab saya lah kakak paling tak matang antara kita bertiga ;)

Ude Sara : ingat tak?baru-baru ni ude Tanya berkaitan Saidina Ali?terima kasih,menjadi penyumbang untuk kak long rasa teruja nak mendalami berkaitan ini,dan hakikatnya diri ini memang banyak lagi sirah yang perlu dibaca.Terima kasih ude!Terima kasih juga banyak membantu gerak kerja anak negeri.dan ingat tak?ude hadiahkan kak long sempena hari jadi kak long buku yang ude sayang?ude mengajar kak long dan mengingatkan kak long mengenai ayat "tidaklah dikatakan pemberian sehinggalah anda memberi sesuatu yang anda sayang!"ude mengajar kak long untuk berilah sesuatu yang kita sayang pada orang bukan sebaliknya!

Adikku Jie : ingat tak?awal-awal dulu kita selalu berkepit?hehe.Lepas ni tak boleh dah...dan ingat tak akak pernah marah jie dulu di matrik?naishat yang terlalu syadid?Kini akak belajar untuk wasatiyyah :) dan apa yang akak boleh cedok dari jie,dalam berkaitan ukhuwah dan dakwah.Terbaik,terima kasih sudi jadi adik saya !

Adikku laila : ingat tak?awal-awal perkenalan kita dulu?terlalu banyak kenangan kita...kini ibu telah pun menjadi isteri orang...semoga kekal istiqamah di jalanNYA bersama mujahid pilihan :) terima kasih ibu,menjadi partner pegang usrah:)

Anak-anak usrah Ibu & mama : ingat tak usrah2 kita? ;) mama suka sangat usrah kali ni...setiap kalian mengajar mama banyak perkara...terima kasih sudi memilih mama dan ibu sebagai naqibah pilihan hati kalian ;)

Adikku Tuan Habsah : ingat tak?semalam kita keluar menyelesaikan banyak hal,akak rasa seronok sangat semalam,tak tahu kenapa.Dan ingat tak?kita selalu bercerita berkaitan anak murid kita yang pelbagai karenah?ke sana dan ke sini bersama?fikir nak masak apa?pergi pasar sama-sama dan kenangan paling tak leh lupa,di taman laying-layang ;)semoga kita cekal dan seronok dengan medan ini!Terima kasih menjadi antara insan yang sentiasa dengan saya di baitul sofea.

Adikku Iftitah & Ruzaini : ingat tak?akak pernah marah if?tapi if sikit pun tak marah akak,senyap je,padahal akak marah if depan beberapa adik beradik kita,tapi  if lepaskan marah dengan menulis sepucuk surat pada akak.Hal itu, menyedarkan akak tentang bagaiman mengawal marah dan melepaskan marah yang baik.Ruz pulak,akak marah by mesej,ia buat akak untuk belajar mengurus marah dengan baik .Terima kasih pernah buat akak marah satu masa dulu! dan seronok dengan anda berdua juga di baitul sofea ini ;)

Nazirah,G-ah : ingat tak?g-ah pernah minta akak jadi driver g-ah ke USIM,sebab g-ah nak bagi talk berkaitan lalang tak silap.Akak seronok tengok g-ah beraksi dalam memberi dengan penuh keyakinan di pentas,diri sendiri masih tak mampu.Terima kasih jadikan akak driver masa tu!akak belajar sesuatu

Ustazah Nadzirah : ingat tak?ustazah pernah minta saya dan beberapa orang menemani ustazah ke Perak,ke rakaman Tanyalah Ustazah?seronok melihat ustazah beraksi dengan yakin dalam memberi di kaca Televisyen..Terima kasih ustazah,memberi peluang itu untuk memberi gambaran dan motivasi memberi pada masyarakat!

sahabatku Izzati : ingat tak?ana suka minta pandangan anti?ana pernah luah perasaan dan menangis depan anti?kata-kata anti yang ana genggam " apa yang anti hadapi ini,ada baiknya untuk orang lain nanti"terima tie!rindu awak!saya suka anda yang keibu-ibuan gitu dan berkeyakinan walaupun lembut :)

Adikku Ain Sha : ingat tak?ain suka buat orang gembira dengan berlawak contohnya,antaranya akak.Ain mengajar akak untuk ceria dan belajar untuk berlawak juga.Itu juga bagi akak 1 sumbangan yang baik buat akak.dan ingat tak?ain baru-baru ni suggest untuk mendekati anak murid akak bagaimana.sehingga hari ni,akak menanam hasrat nak buat,cuma tak terbuat lagi,maklum la saya ni bab2 modul bukan orangnya:) terima kasih dik menjadi antara salah seorang daripada hidup saya!

Huda : ingat tak?kita pernah chat masa saya awal-awal ditanggungjawabkan sesuatu di Melaka?Awak suggest saya dengan beberapa perkara.Terima kasih awak,sudi membantu saya yang banyak tak tahu pape.Saya suka diri awak yang tenang dan matang.Itu juga buat saya belajar sesuatu!

Nasirah : ingat tak?dulu kita pernah berprogram bersama dengan huda sekalli?bila tak ada awak,rasa macam tak meriah.Dulu saya kenal awak seorang yang ceria,lepas tu saya kenal awak seorang yang sentiasa optimis dan berkeyakinan!Terima kasih awak,saya dapat sesuatu daripada awak yang sentiasa bersemangat waja!

adikku elany : ingat tak?pertama kali nany ajak akak pergi kuliyyah majlis murtadza di masjid muadz jabal setiap jumaat malam?sungguh sehingga hari ini,akak rasa ketagih nak pergi mendengar kuliyyah Habib Ali Zainal Abidin.Jangan serik ajak akak ye.Terima kasih mengenalkan akak dengan kuliyyah ilmu itu!

anak usrahku shafiyah : acik,ingat tak?masa perhimpunan hijau hari tu berkampung kat umah acik?SubhanAllah mama gembira sangat,dapat macam-macam manfaat.Dengan dapat jumpa habibnya,dengan dapat duduk di bahagian hadapannya hehe.Terima kasih acik!

anak usrahku najiha : ingat tak?kita pi demo syria?mama sebenarnya tak tahu pun perkara tu,sehinggalah alang ajak pi sama.Terima kasih alang!semoga kekal istiqamah untuk memperjuangkan Islam !

Insan yang memberi inspirasi untuk diri untuk baik dalam pelajaran : insan-insan ini terlalu ramai.Secara langsung dan tidak langsung.Antaranya ustaz ustazah,sahabat-sahabat yang mengambil master dah sekarang.Disebabkan itu,saya makin ada rasa semangat dan ketagih untuk maju dalam pelajaran.Doa'kan saya mampu sampai ke peringkat yang tinggi!insyaAllah!Mengharapkan,insan-insan di sekeliling orang yang suka mencari ilmu dan menggalakkan diri terus mendalami ilmu di muka Allah ini sehingga mati!

Mereka antara menjadi asbab untuk sedikit sebanyak menyumbang pada kehidupan ini,asbab itu pinjaman Allah buat diri untuk melayari kehidupan ini. Hakikatnya terima kasih yang ku wajib berTERIMA KASIH,iaitu ALLAH!SYUKRA YA ALLAH!Alhamdulillah Allah kurniakan mereka-mereka ini,untuk sedikit sebanyak saya mencedok menjadi resepi kehidupan hidup ini.Sebab saya sedar,hakikat kita manusia,tak sempurna,ada seseuatu yang boleh saya ambil daripada kelebihan dan kekurangan orang lain...dan hakikatnya terlalu ramai lagi sebenarnya…dan insan yang bagiku yang paling ku takkan lupa,!insan itu pernah memukulku kerna tak nak solat,insan itu yang membawaku belajar dan mengajarku di pengajian kelasnya setiap ahad,insan itu yang pernah menghantar dan mengambilku pulang dari sekolah,insan itu juga yang sedikit sebanyak membawaku mengenal perjuangan Islam!insan yang mengambil berat,dan sesungguhnya tak terungkap dengan kata-kata!insan itu,arwah atukku Hj.Md Said Omar.Al-Fatihah!

 “NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGIKAH INGIN AKU DUSTAKAN?” 
 BAIK PAHIT,BAIK MANIS IA NIKMAT!

04 July 2012

CABARAN

5 cabaran Orang Mukmin :
 1)Mukmin yang dengki kepadanya.
 2)Munafiq yang benci kepadanya.
 3)Kafir yang memeranginya.
 4)Syaitan yang menyesatkannya.
 5)Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

 ::Golongan 1: Mukmin yang dengki kepadanya sebab hasad dengki.Faktor yang meyebabkan hasad dengki ::
-rasa permusuhan & kebenciaan.
-merasa diri mulia(perasan bagus sangat-tambahan sendiri)
-takabbur -'ujub.
-takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan.
-ghairah nak jadi ketua dan mencari populariti.
-busuk hati.

 be aware!cabaran golongan ni lagi mencabar sebenarnya!'auzubillahimin zalik,wana'uzubillahi minzalik!

 [BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDA'WAH oleh FATHI YAKAN]

03 July 2012

UPCOMING CERAMAH

14 Julai -Umbai- Datuk Fauzi bekas Timbalan ketua Polis
11 julai - Serkam Pantai - Bob Lokman, Ustaz Musa
7 julai Bukit Tembakau - Azman Shapawi
3 julai Markas PAS Sempang En Mazlan Aliman- AJK PAS Pusat, Ustaz Kamaruddin Sidek, Bro Damian Yeo .

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...