
Seramai 107 orang ulama' dunia telah bersetuju dengan satu kenyataan berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang. Antara kandungan kenyataan yang dipersetujui tersebut antaranya ialah ;
1) Umat Islam perlu mendokong perjuangan rakyat Syria yang mahukan kebebasan daripada Rejim Asad.
2) Menyeru agar Rakyat Syria bergabung dengan tentera Syria yang telah berpaling daripada Rejim Asad untuk membebaskan negara mereka.
3) Menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak dalam menangani isu ini. Antaranya ialah dengan mengusir kedutaan Syria di negara masing-masing dan memutuskan hubungan dengan negara yang menyokongnya terutamanya China dan Rusia.
Antara ulama' yang menandatangani kenyataan ini adalah Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Syeikh Rasyid Ghannouchi (Ketua An-Nahdhah), Syeikh Abdul Majid Zindani, Syeikh Aid al-Qarni, Syeikh Salman Audah, Syeikh Muhammad Hassan dan ramai lagi.
Khadam Kepada Al-Quran dan Sunnah,
Muhammad Ali As-Sobuni
Kepada Semua Umat Islam dan Arab
-Wajib bagi setiap muslim membantu sedaya mampu saudara seagamanya yang dizalimi jika tidak dia dikira bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh pihak musuh
-Menyeru kepada kerajaan Islam dan negara Arab agar menutup kedutaan Syria serta menghalau Duta Syria keluar dari negara masing-masing selain memutuskan hubungan dengan rejim Basyar
-Atas nama peribadi dan nama Kesatuan Ulamak Islam Syria, saya mengeluarkan fatwa HARAM menjalinkan kerjasama ekonomi dengan Russia dan China serta memboikot produk kedua-dua negara tersebut
-Menuntut setiap insan yang merdeka agar bersama-sama rakyat Syria dan meminta rakyat Syria bersatu dalam saf yang satu kerana kemenangan dari ALLAH amatlah hampir.
Tarikh: 16 Rabiul Awal 1433/8 Februari 2012
Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni,
Presiden Kesatuan Ulamak Syria











0 comments:
Post a Comment