17 August 2008

MELETAK HARAPAN

 
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu,
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.
 
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia
akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila
sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula, akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya, akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu
pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang

akan menyesal.
 

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...