" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

14 October 2013

Rezekiku di situ

 [8 Oktober 2013]

Hari ni first class,di hujung kelas dapat soalan daripada seorang student melayu beragama islam.

"ustazah,perlu tak saya pakai tudung untuk subjek ni?"

Kalau anda,anda jawab apa?:)

saya personal talk dengan dia,tak nak malukan dia,walaupun dia bertanya di khalayak kawannya yang lain.

Alhamdulillah,di hujung perbualan dengannya,saya kata ke dia

"maaf la kalau saya dah macam berceramah pula,apa
-apa pun slow2,kalau kamu rasa selesa nak berselendang je dulu,ok je" saya terharu dengan jawapannya "eh,tak pe saya daripada sekolah suka sangat dengar hal-hal agama ni,tapi...itulah:)"

saya tambah lagi"awak kalau nak share,nak tanya apa-apa walaupun luar pembelajaran,mesej atau datang je jumpa saya,insyaAllah saya sudi je nak dengar"

dia respond macam tak percaya "iye ke ustazah?pasal apa-apa je?saya memang kadang-kadang nak sangat tanya pasal solat,pasal tutup aurat ni ha,tapi tak kuat,tak tahu nak tanya sape"

*sedarilah,orang yang melanggar suruhan Allah tu,jauh di sudut hatinya untuk berubah dalam mengikut suruhan Allah.Pandanglah mereka dengan kasihan,bukannya dengan cacian dan jelikan.

*first class ni buat saya makin bersyukur di campakkan di bumi KYM.Awal-awal teragak-agak juga,sebab dengar macam-macam yang negatif kat situ,sampai tertanya,betul ke tindakan aku terima ni?sedangkan aku masih menanti yang lain yang lebih kena dengan jiwa.Tambahan lagi,seorang emak yang kuat nalurinya macam berat hati pada mulanya untuk membenarkan aku terima kerja ini.Cuma berpegang,naluri ibu adakalanya silap juga,kerna beliau juga manusia.Waduh sehingga serabut memikirkannya.

Alhamdulillah,saya mula jatuh cinta dengan KYM.Para staff yang ramah tamah,pelajar-pelajar yang pelbagai agama dan bangsa.Mudah-mudahan Allah lorongkan yang baik-baik untuk mendidik adik-adik di situ.Actually,saya mula sedar Allah telah memaqbulkan keinginan saya,iaitu mendekati golongan non-muslim.Allah tahu saya tidak mampu melakukan demikian tanpa posisi yang ada sekarang.

Allah memaqbulkan permintaan hambaNYA pada waktu yang tepat.Beristikharah dan beristisyarahlah,insyaAllah tiada penyesalan.


 *method tulis questions & comments akan diteruskan untuk tak syok sendiri ketika mengajar dan untuk students meluah rasa.






Now,i'm here  Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.


Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment