15 November 2012

HANCUR!

Ya Allah...! hantar tenteraMU buat saudara seIslam kami di sana...!kejamnya mereka 'hadiah'kan saudara seIslam kami sempena awal hijrah ini dengan bedilan bom!Hancurkan mereka hasil tangan2 jahat mereka!



HIJRAH 1434H

Solat tiang agama.Hijrahkan solat kita,andai masih ada kelompangannya.Khusyu',solat di awal waktu dan sewaktu dengannya.Baik solat kita,insyaAllah baiklah yang lainnya.Makin seronok melakukan kebaikan,makin menyampah dengan kejahatan."Innassolata tanha 'anil fahsha' iwal munkar walizikrullahi akbar!"(pesanan buat diri juga)Salam ma'al hijrah 1434H daripada hamba hina dina,Halimah Jaapar.Jangan dilupa mendoakan dan berbuat yg termampu terhadap saudara seIslam kita di Palestin,Syria,Rohighya dan tidak lupa kemenangan Islam di negara kita Malaysia tercinta.

11 November 2012

SABAR & ISTIQAMAH

ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI

Begitu banyak Allah memberi,begitu sedikit manusia yang bersyukur.Tetapi,Maha Hebatnya Allah terus menerus memberi.Justeru,siapa kita yang memberi hanya sedikit,tetapi mengharapkan terima kasih yang banyak?

 Memberi bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta.Tetapi oleh baik atau buruknya rasa di dalam jiwa.Bukan soal kuantiti harta yang kita miliki,tetapi oleh kualiti hati yang ada di dalam diri.

Memberilah dengan penuh gembira & kasih sayang.Iman berkadar terus dengan kasih & sayang.Cinta dan kasih sayang kepada Allah dalam diri seseorang akan merangsang kasih sayangnya kepada manusia.


Kita miskin,kaya,ada rupa,bangsa apa sekalipun,berpangkat apa sahaja dan sebagainya,kita sebenarnya sentiasa ada sesuatu untuk diberikan.Cuma perluaskan pengertian rezeki.Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit,yang berbentuk material,tetapi juga meliputi segala nikmat termasuk ilmu,kesihatan,sahabat,masa,tenaga,hidayah & banyak sangat lagi.

Nikmat Allah itu terlalu banyak,sehingga kita pun tak terhitung.Jadi Nikmat Tuhan yang mana lagikah ingin kita dustakan?Maka,saya dan anda sentiasa ada peluang dalam memberi.Tiada alasan lagi untuk memberi mengikut kemampuan dan kondisi diri.

Memberilah dengan gembira & ikhlas.Lalu kita akan melakukannya dari hati,bukan sekadar ambil hati :)

[ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI]

-COPIED BY USTAZ PAHROUL MOHD JOUI,EDITED BY MUJAHIDAH PUTERI-

08 November 2012

DENGAR INI DUHAI TENTERA ALLAH

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sek
uat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."




-copied from abi Mohd Noor Omar,TPJ 2 Melaka-

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...