07 August 2010

RAMADHAN MARCH 4 FREEDOM:GAZA

Sebahagian sukarelawan yang berangkat ke GazaJumaat, 6 Ogos 2010 - Di atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib saudara - saudara di Gaza, Palestin, MAPIM melalui kerjasama pelbagai NGO dan sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya telah bangkit merealisasikan program Ramadhan Di Gaza / Ramadhan March For Freedom. Sukarelawan seramai 45 orang dari pelbagai latarbelakang dan usia berkumpul di KLIA untuk menghantar bantuan berjumlah kira-kira RM3 Juta dalam bentuk makanan, ubat - ubatan dan pelbagai keperluan kepada penduduk Gaza. Sekitar jam 8.30 malam, suasana di Balai Berlepas, KLIA meriah dengan sukarelawan, sekretariat, ahli keluarga dan pihak media bagi menunjukkan sokongan kepada program ini.

Ashwad Ismail & Mustapha Mansor

Ashwad Ismail (Astro Awani) & Mustapha Mansor (aktivis), dua individu yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara sewaktu insiden Flotilla di perairan antarabangsa berhampiran Gaza

Antara media yang kelihatan memberi liputan adalah Astro Awani, TV Selangor dan akhbar Sinar Harian. Semangat perjuangan turut dirasakan di kalangan ahli keluarga sukarelawan. Meskipun memahami risiko yang bakal ditanggung, riak wajah tenang oleh keluarga dan rakan - rakan yang mengiringi menenggelamkan suasana pilu yang wujud di hati masing - masing. Penerangan akhir diberikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi serta Mustapha Mansor. Pesawat berlepas dari KLIA kira - kira jam 10 malam dan sehingga artikel ini ditulis, para sukarelawan sedang transit di Bangkok kira - kira jam 1 pagi. Informasi terkini berkenaan sukarelawan Ramadhan March For Freedom boleh diikuti di laman web ini, atau boleh diikuti secara langsung pada jam 8.30 pagi melaluiBernama Radio 24 bersama dengan Nizal Mohammad (bekas pengacara/ penerbit TV3) sebagai Correspondent yang akan melaporkan secara langsung dari lokasi sukarelawan Ramadhan March For Freedom:Gaza

mujahidah:Allah bersamamu & sahabat seperjuanganmu yang lain~intansurullahayansurukum!~

Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...