Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)
SYOKNYA BACA AL-QURAN BILAMANA...
- mulakan dengan ta'awuz dan bismillah
- baca al-fatihah setiap kali sebelum membaca apa-apa surah
- menjenguk terjemahan ayat(boleh timbulkan rasa insaf,sayu,gembira dan sebagainya)
- sediakan rekod ayat atau muka surat yang dibaca setiap hari untuk tahu pencapaian
- hafal beberapa ayat untuk dibaca dalam solat
- ulangi ayat yang dirasai berbekas di hati sebanyak 3 kali,contoh ayat,surah albaqarah ayat 216:"...boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi bukan itu yang terbaik buatmu,dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu tapi itulah yang terbaik buatmu..."(*_*)
- mendengar bacaan al-quran daripada pelbagai qari di mana-mana sahaja melalui teknologi terkini
- jadikan al-quran sumber penawar keresahan dan sumber ketenangan(*_*)
- setiap kali menghadapi masalah,berwuduqlah,buka al-quran dan baca isi kandungan ayat yang dibaca,insyaAllah jawapan kepada masalah akan kita ketemui dalam al-quran(betul sangat penyataan ini... )
mujahidah:jadikan al-quran sebahagian daripada hidup kita,rujukan kita,kekasih kita ;)
Assalamualaikum,emm.. nice blog nice wording.. :)
ReplyDelete