Setelah solat,angah mendapatkan adiknya dan keluarganya(ummi,buyah dan adik beradiknya yang lain)saya ikut je,sebab saudara saya jugak,biasa dahkeluargaku keluargamu jua...hehe.Lepas tu,kami menjamu selera di gerai-gerai yang di buka sempena konvokesyen ke 18 kot...huu tak pasti lagi...banyak juga "booth" yang dibuka yang menjual pelbagai jenis barangan.Ingat nak belikan adik saya(Omar) jubah,tapi semua tak padan dengan saiz dia...sebab apa?sebab saiz dia "special"...besar dan tinggi,selalu nak belikan dia,kene tempah je.Ia sebagai balasan,sebab dia dah banyak hadiahkan saya jubah dan bajuterima kasih ye adikku sayangnanti nak belanja imah lagi kan...
Isi borang Alumnai DQ
Lepas asar,saya dan angah duduk-duduk depan dewan utama,berborak-borak dengan keluarga angah,jie pulak entah hilang ke mana pergi berjumpa sahabat-sahabatnya.kawan-kawan angah pun ramai juga yang masuk DQ,jadi angah pun tak ketinggalan berborak dengan sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah di majlis konvo ni saya dapat jumpa dengan adik beradik seusrah saya masa di DQ,iaitu along saya Syafa...dan beberapa adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.dan yang paling syoknya,saya sempat mengenakan kembali pakaian konvo persijilan(pinjam orang konvo ;) )ia mengimbau kenangan saya kembali ketika mana berkonvo satu masa dahulu
Dok imbau kenangan masa "grade" 1 masa dahulu
Angah bersama sahabat sekolahnya ex-imtiaz
Setelah kepulangan keluarga angah,kami menuju ke asrama banat,rumahku satu masa dahuluketika zaman saya dan sahabat persijilan dulu,kami sempat merasa asrama baru,best...hehe.Dan kami juga merasa asrama yang lama,yang dahulunya banin yang menginap di situ,tapi disebabkan jumlah lelaki di DQ ni lebih ramai berbanding perempuan(berbeza di luar...perempuan majoriti)terpaksalah kami mengalah...hehe yelah tu.Tak mengapalah,asalkan hidup bahagia sudahlah.
Pada malamnya pula,kami pergi makan lagi...asyik makan je...dah lapar,makanlah kan.Selepas itu,saya dan jie,ronda-ronda ke gerai-gerai yang ada,sementara angah dan adiknya Farah dah masuk ke dewan untuk tengok konsert...Antara gerai-gerainya,ada gerai makanan,gerai baju,gerai buku,gerai cenderahati.Akhir sekali,kami singgah di gerai Sabah(sabah bah...ehe)ada makanan Sabah dan perhiasan daripada Sabah.Saya dah tertarik dengan gelang mutiara daripada Sabah(memang suka buat koleksi...pakainya tidak),belilah satu dan beli juga sedikit kek coklat untuk alas perut semasa menonton konsert nanti.
Kami pulang setelah jam 11.30malam,tumpang adik seorang ni,Fathi dan Ibrahim,sebenarnya mereka nak menaiki motor je,tapi kami terpaksa meminta tolong mereka membawa kereta juga kerana kalau nak balik daripada DQ dengan kenderaan awam,takut tak sempat jejak ke UIA.Alhamdulillah adik-adik tu sudi membantu kami.MasyaAllah gara-gara nak sampai UIA sebelum jam 12pagi,Fathi memandu,yang bagi saya membahayakan...saya nasihat dia pandu hati-hati,katanya takut tak sempat....hmm sabar je lah...apa-apa pun kami selamat sampai lebih kurang jam 12.15pagi...Syukran ilaikuma(*_*)
mujahidah:Bila imbau kembali,dulu di darul quran sentiasa ulang quran...tapi bila dah bukan suasananya...hu...tak tentu pula mengulangnya(teruknya diri ni :( ) Ya Allah bantulah aku dalam mengulang,mengingati,menghayati,menjaga dan mengamalkan kalamMU ya Allah!
kakak2 fesi.. ap kabar j la kan. kelihtn jaya gemilang. =)
ReplyDeleteslm ramadhan~
trimbau jgk msa jmpa kakak2 ni.. =)
ReplyDeletesalam ramadhan..