" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

16 August 2009

AHLAN WASAHLAN(*_*)

Marhaban Ya Ramadhan...


Setelah setahun berlalu, tidak lama lagi Ramadhan datang kembali mengubat kerinduan dihati setelah sekian lama ia melangkah pergi.

Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan?Persiapan mental dan fizikal kita agar setiap rahmat dibulan Ramadhan dapat dikutip semuanya walaupun hanya sedetik.

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR Imam Bukhari)

Ayuh kita sama-sama mempersiapkan diri. Bukannya bermula di 1 Ramadan, tapi bermulanya di bulan Sya’ban. Agar bias berjuang di bulan berkah dengan kekuatan rohani dan jasmani yang luar biasa. Amatlah kecil perjuangan kita jika dibandingkan Rasullullah dan para sahabat suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadan inilah banyak membuka ruang-ruang pintu buat umat Islam.

10 Ramadhan 8 Hijrah, Pembukaan Kota Makkah

Rasulullah keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari Kemusyrikan. Usaha berhasil gemilang tanpa melalui peperangan.

17 Ramadhan 2Hijrah, Perang Badar

Perang yang membawa kemenangan besar buat umat Islam meskipun jumlah dan peralatan perang jauh daripada kemampuan pihak kuffar.

25 Ramadhan 658 Hijrah, Perang ain Jalut

Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

28 Ramadhan 92 Hijrah, Penaklukan Wilayah Andalus

Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh.

5 Ramadhan terakhir

Khalid Al Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla.

Ramadhan 459 Hijrah, Peperangan Zallaqah, Portugal

Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan al-fonso IV. Dalam masa yang singkat, Sultan Yusuf menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

15 Ramadhan 658 Hijrah, Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khhan Berjaya mengalahkan tentera Monggol di ain Jalut.

15 Ramadhan 1294 Hijrah, Peperangan Yakhliz

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. Umat Islam Berjaya mempertahankan Islam yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Hebatnya generasi Islam terdahulu, hingga sampai kepada kita sekarang..Mengapa kita masih lagi beralasan untuk melakukan amalan ketika berpuasa? Sesungguhnya puasa itulah yang mmberi kekuatan buat kita, jika kita benar-benar menghayatinya…

Ayuh kita beramal… “Berburu pahala ketika Ramadhan..”

ramadhan yang sama,natijah yang berbeza...

mujahidahputeri:masih adakah ramadhan buat diriku kali inirindudan diri kamu?Allahumma bariklana fi rajab wa sya'aban wa balighna ramadhan.ameen

Free Signature Generator

Related Posts by Categories



3 comments:

  1. Marhaban ya Ramadhan..
    insAllah, moga ditemukan kita dgn mulia ini..

    ReplyDelete
  2. salam...
    mohon copy skit artikel ni...
    trima kasih...

    ReplyDelete
  3. salam sobat
    marhaban ya ramadhan,maaf lahir dan batin.
    selamat menunaikan ibadah puasa.

    ReplyDelete