" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

24 June 2008

WANITA SOLEHAHKAH AKU???






Wanita solehahkah aku???

Mampukah aku Menjadi SITI KHADIJAH?

Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti SITI AISHAH HUMAIRA'?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan & penderitaan

Tiada sukar dilaksanakan..

Melihatkan pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyyahnya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup SITI SARAH

Tabahkah jiwaku?

Setabah UMI NABI ISMAIL

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah SITI HAJAR

MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH!!!

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah,harum tersebar

Bagai wanginya pusara MASYITAH

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment