" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
27 April 2008
CORETAN PERTAMAKU:UJIAN OH UJIAN
Sape yang dalam dunia ni tidak pernah diuji?tipulah kalau ade yang jawab ada yang tidak pernah diuji.sedangkan nabi & para sahabat yang terdahulu pun pernah diuji.nak-nak kita yang sebagai orang islam & mengaku beriman pulak.Allah berfirman dalm surah al-ankabut ayat 2 yg bermaksud"adakah manusia yang mengaku dia beriman,dirinya tidak akan diuji???ssghnye Allah telah menguji orang2 yang terdahulu(nabi2,para shbt.....)daripa ujian itulah akan diketahui siapa yg benar & siapa yang bohong. Ujian setiap daripada kita berlainan,tidak sama.Allah maha adil & Allah menurunkan ujian terhadap hambanya mengikut kemampuan setiap daripada kita.Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 286 yg bermaksud:tidaklah Allah membebani seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.ada yang diuji dengan masalah kesihatan,masalah kewangan,akademik,hati(suka kat seseorang/dengki....),memperjuanagkan sesuatu,masalah itu masalah ini.macam2lah senang cite.tp adakah Allah menguji kita kerana bencikan kita ,tidak sayang pada kita,atau sebaliknye.ssghnye bersyukurlah sesiapa yang diuji.kerana Alah sayangkan kitalah kita diuji.kenapa kita perlu bersyukur,pada pendapat ana sendiri,kerana bilamana kita diuji kita akan bergantung harap pada Allah,kita akan lebih taqaarrub illallah.teringat ana rangkap dalam lagu mestica yang bertajuk"rahmat ujian"i love this group & their songs."harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma,itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan,hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNYA". Jadi,tempuhilah ujian ini dengan penuh kesabaran.dah namanye pun ujian,tentulah banyak dugaaannya.betul tak???kalau mudah je,xlah ujian namanya.pas or umno?eh umno pulak:)hehe just kidding da terbiasa gurau dgn keluarga & sahbt2.pass or fail,sumenye terserah pada usaha kita menempuhinya.sekadar dari pengalaman yang telah diriku lalui sepanjang kehidupanku ini.nak tahu apa diriku ini diuji?nak tahu?BIARLAH RAHSIA:)
21 April 2008
Web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda, kata Ali Rustam
Penggunaan laman web serta blog oleh parti pembangkang untuk menyebarkan dakyah politik mereka adalah antara punca mengapa undi dari pengundi muda banyak memihak kepada pembangkang semasa Pilihan Raya Umum yang lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penggunaan laman web serta blog untuk menyebar fitnah mengenai kerajaan juga telah mengelirukan rakyat sehingga berlakunya apa yang para analisis politik gambarkan sebagai 'tsunami politik'.
Katanya, hakikat bahawa ramai calon Barisan Nasional (BN) yang tidak menggunakan laman web atau blog telah menyebabkan BN gagal menangkis fitnah pembangkang serta memberi penerangan yang tepat kepada pengundi.
"Pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah disediakan kerajaan. Tetapi pembangkang telah mengambil kesempatan menggunakan segala kemudahan ini untuk membantu mereka dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
"Selain itu, cara berkempen pembangkang yang banyak menggunakan isu-isu perkauman juga telah memberi kesan kepada keputusan akhir," tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis meraikan kemenengan BN Tangga Batu di sebuah hotel di sini. (Bersambung ke muka 3)
Laporan ini berita utama muka depan Melaka Hari Ini (Rabu 9 April 2008 / 2 Rabiulakhir 1429) dengan tajuk 'Penggunaan laman web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda'.
Di bawah pula adalah tulisan saya dalam Fikrah Editor Harakah, 9-22 Safar 1429 / 16-29 Februari 2008.
Memaksimumkan ICT hadapi dakyah Umno-BN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Antara tajuk berita akhbar harian Melayu yang diulang saban hari adalah 'Usah terpengaruh dakyah pembangkang', dan 'Jangan terpengaruh dakyah pembangkang'. Hairan bin ajaib, pembangkang hampir tiada medan menyatakan pandangan, jadi bagaimana mereka berjaya melakukan dakyah dan propaganda?
Pihak yang menabur dakyah dan propaganda itu adalah Umno-BN yang memperkudakan media massa bagi melanjutkan kuasanya yang mereput itu. Seperti pilihan raya lalu, media massa terutama bebahasa Melayu ditunggang penuh nafsu bagi mengaburi mata rakyat; melihat Umno-BN bagaikan geliga, siap sedia mencetuskan huru-hara.
Sekalipun kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sudah banyak mengubah pemikiran masyarakat, media massa tradional seperti akhbar, radio dan televisyen kukuh sebagai senjata paling ampuh bagi menghadapi pilihan raya. Siapa menguasai maklumat, hampir pasti memenanginya, termasuklah melalui pendekatan paling kotor - membenarkan yang batil yang menyalahkan yang benar.
Sebagai negara yang diuar-uarkanb bakal mencapai status maju pada 2020, rakyat menanggung malu di mata dunia jika demokrasi ala-Malaysia dibandingkan dengan negara bertamadun dunia. Di Amerika, calon-calon Presiden, daripada Demokrat dan Republikan diberikan liputan meluas oleh media massa. Pengundi mempunyai akses terhadap rancangan calon untuk kebajikan rakyat dan juga masa depan negara.
Sekalipun dakwaan siapa menguasai media, dialah pemenang pilihan raya terpakai di Amerika, seperti di negara maju lain termasuk Britain, penguasa tiada halangan kepada pihak berkaitan menerbit dan menyebar luas media alternatif. Media ini berkembang subur di negara maju, menyediakan pandangan kedua untuk rakyat yang dahagakan maklumat.
Bagaimanapun, hal ini tidak berlaku di Malaysia. Pandangan kedua hampir tidak dibenarkan. Berdasarkan arahan PM sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 2000, parti-parti yang sah berdaftar dibenarkan menerbitkan buletin sekali dalam masa 15 hari dengan permit penerbitan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Berdasarkan kebenaran inilah terbit akhbar Harakah (PAS) dan Roket (DAP) manakala Suara Keadilan (KeADILan) tidak diberikan permit.
Buletin parti ini tidak boleh disamakan dengan akhbar harian. Harakah tidak boleh disamakan dengan Berita Harian atau Utusan Malaysia. Lawan Harakah yang setara adalah Merdeka (terbitan Umno) yang tidak mendapat sambutan itu.
Dari segi indeks kebebasan akhbar sedunia, Malaysia kini hampir ke kedudukan tercorot (124), lebih buruk daripada Kemboja, Bhutan dan Timor Leste. Berdasarkan senario ini, kita begitu bimbang kerana kewartawanan buruk akan menghasilkan sebuah kerajaan buruk yang natijahnya akan menyebabkan rakyat menderita.
Apabila sebuah kerajaan buruk dipilih, terjadilah pelbagai keburukan - rasuah, penyelewengan kuasa dan aneka jenayah. Sebahagian kesilapan memilih kerajaan buruk ini terletak di bahu rakyat yang dikaburi mata dan hati mereka oleh media massa. Media massa Melayu sudah menjadi petunjuk kepada sesetengah orang Melayu, dipercayai segala ratib sang penguasa yang gila akan kesinambungan kuasa.
Kini, berdasarkan hakikat Umno-BN mencengkam media, satu-satunya jalan keluarbagi pejuang kebenaran adalah memanfaatkan kemajuan ICT dengan memaksimumkan penggunaannya. Antaranya perhebatkan perjuangan melalui alam maya dan produk hilirannya seperti bahan muat turun agar sampai ke tangan setiap pengundi, hatta di pedalaman bagi menangkis serangan menggila Umno-BN.Selepas meneliti kedua-dua artikel ini, antara pertanyaan saya adalah:
1. Mohd Ali Rustam melalui artikel ini telah memfitnah pembangkang (kini pemerintah di lima negeri) menggunakan laman web dan blog untuk menyebarkan dakyah politik dan pengundi muda telah mempercayainya. Wahai Dato' Seri yang bijaksana, anda telah tersilap dengan mengandaikan anak muda begitu mudah percaya akan perkara karut-marut termasuk fitnah. Generasi muda sekarang adalah golongan terpelajar, mereka tidak makan akan temberang (hantu pun mereka tidak percaya apatah lagi takut), mereka mahukan bukti akan sesuatu perkara itu. Jika sesuatu perkara itu benar, barulah mereka mempercayainya. Kalau laman web dan blog menulis kisah merapu termasuk cerita hantu, siang-siang lagi mereka akan menolak sekalipun membacanya. Janganlah beremosi menuduh anak muda senang termakan fitnah pembangkang.
2. Mohd Ali Rustam telah mengaku ramai calon BN-Umno buta teknologi maklumat. Demikian juga kebanyakan orang Umno. Kalau dah tahu, tak apalah Dato' Seri. Jangan tak tahu.
3. Mohd Ali Rustam berkata kerajaan sudah bersusah payah menyediakan kemudahan ICT sebaliknya pembangkang mengambil kesempatan. Ini juga bermaksud orang Umno-BN buta teknologi dan tidak menghargai kemudahan disediakan kerajaan. Buat apa buat MSC dan pelbagai koridor sedangkan orang Umno-BN tidak tahu apa-apa pun?
4. Mohd Ali Rustam mengesyorkan pemimpin BN guna blog untuk beri penerangan. Syabas Dato' Seri, bekas rakan sejawatan Dato' Seri dari Selangor dan Perlis kini sudah pun menjadi bloggers. Harap-harap Dato' Seri akan menyertai mereka tidak lama lagi (selepas pencen)
5. Mohd Ali Rustam mendakwa pembangkang banyak menggunakan isu perkauman. Saya nak tanya Dato' Seri satu isu saja iaitu Hindraf. Siapa yang memainkan isu ini siang dan malam berbulan-bulan lamanya. Bukankah pemimpin Umno dan media massa yang dikuasainya. Siang malam HINDRAF, HINDRAF sehingga rakyat naik bosan.
6. Akhbar 'Melaka Hari Ini' saya jumpa dalam masjid. Sudah menjadi pengetahuan umum akhbar ini (harga RM1) gagal di pasaran, jadi dicampakkan saja ke sekolah, jabatan kerajaan, masjid dan surau. Bagaimana akhbar ini boleh dicampakkan ke masjid sedangkan masjid kawasan larangan berpolitik? Sebagai akhbar kerajaan negeri, duit siapa yang digunakan untuk menerbit dan mencetak akhbar ini? Jika kos penerbitan akhbar ini 50 sen senaskhah, jika dicetak 50,000 naskhah, kosnya sudah RM25,000. Kalau sebulan sudah RM750,000. Kalau setahun sudah berapa? Jangan aniaya duit rakyat dalam bab ini.
7. Akhbar ini diterbitkan kerajaan negeri, bagaimana pula ia sarat dengan laporan kepartian. Bukankah Dato' Seri telah memperkudakannya untuk menyampaikan dakyah parti terutama diri sendiri? Lebih-lebih lagi pemilihan dan perhimpunan agung Umno sudah makin dekat.
8. Akhir sekali berdasarkan artikel kedua (rencana pengarang Harakah), syabas diucapkan kepada pejuang keadilan yang telah menfaatkan ICT untuk melenyapkan kebatilan. Teruskan perjuangan suci ini menghancurkan kezaliman.
17 April 2008
AKU CINTAKAN DIA KERANA ALLAH???
Pacaran, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas dibenak kita sepasang anak manusia yang tengah dimabuk cinta dan dilanda asmara, saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, untuk akhirnya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah orang membutuhkan tahap penjajakan sebelum pernikahan? Karena bagaimanapun juga, kegagalan saat pacaran lebih ringan daripada kegagalan setelah menikah. Marilah kira cermati masalah ini. Semoga Allah mencurahkan cahaya kebenaran-Nya kepada kita semua. Cinta, Fitrah Anak Manusia Manusia diciptakan oleh Allah ta'ala dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. sebagaimana firman-Nya : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." (QS. Ali-Imran : 14). Berkata Imam Qurthubi: "Allah ta'ala memulai dengan wanita karena kebanyakan manusia menginginkannya, juga karena mereka merupakan jerat-jerat syetan yang menjadi fitnah bagi kaum laki-laki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita." (HR. Bukhari : 5696, Muslim : 2740, Tirmidzi : 2780, Ibnu Majah : 3998). Oleh karena itu, wanita adalah fitnah terbesar dibanding yang lainnya. (Tafsir Qurthubi 2/20). Rasulullah SAW pun, sebagai manusia tak luput dari rasa cinta terhadap wanita. Dari Annas bin Malik ra. berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Disenangkan kepadaku dari urusan dunia wewangian dan wanita". (HR. Ahmad 3/285, Nasa'i 7/61, Baihaqi 7/78 dan Abu Ya'la 6/199 dengan sanad hasan. Lihat Al-Misykah: 5261). Karena cinta merupakan fitrah manusia, maka Allah ta'ala menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di surga dengan bidadarinya. Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra. berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita yang sholihah". (HR. Muslim 10/56, Nasa'i 6/69, Ibnu Majah 1/571, Ahmad 2/168, Baihaqi 7/80). Allah berfirman : "Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik". (QS. Ar-Rahman: 70). Namun, Islam sebagai agama paripurna para Rasul, tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batas, Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batas pergaulan antara dua insan lawan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada dalam koridor etika dan norma yang sesuai dengan syari'at. Etika Pergaulan Lawan Jenis Dalam Islam Etika pergaulan tersebut antara lain : 1. Menundukan pandangan terhadap lawan jenis Allah memerintahkan kaum laki-laki untuk menundukan pandangannya, sebagaimana firman-Nya : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya". (QS. An-Nur : 30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada wanita beriman, Allah berfirman : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (QS. An-Nur : 31). 2. Menutup aurat Allah berfirman : "Dan janganlah mereka menampakan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya". (QS. An-Nur : 31). Juga firnan-Nya : Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu'min : "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Ahzab : 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis, sebagaimana sebuah hadits : Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah seorang laki-laki memandang aurat laki-laki, begitu juga wanita jangan melihat aurat wanita". (HR. Muslim 1/641, Abu Dawud 4018, Tirmidzi 2793, Ibnu Majah 661). 3. Adanya pembatas antara laki-laki dengan wanita Kalau ada sebuah keperluan terhadap lawan jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-Nya : "Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab". (QS. Al-Ahzab : 53) 4. Tidak berdua-duaan dengan lawan jenis Dari Ibnu Abbas ra. berkata : saya mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan (Khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". (HR. Bukhari 9/330, Muslim 1341). Dari Jabir bin Samurah berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, karena syetan akan menjadi yang ketiganya". (HR. Ahmad 1/18, Tirmidzi 3/374 dengan sanad Shahih, lihat Takhrij Misykah 3188). 5. Tidak mendayukan ucapan Seorang wanita dilarang mendayukan ucapan saat berbicara kepada selain suami. Firman Allah : "Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". (QS. Al-Ahzab : 32). Berkata Imam Ibnu Katsir : "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para istri Rasulullah saw serta para wanita mu'minah lainnya, yaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam artian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagimana dia berbicara dengan suaminya". (Tafsir Ibnu Katsir 3/530). 6. Tidak menyentuh lawan jenis Dari Ma'qil bin Yasar ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya". (HR. Thabrani dalam Mu'jam Kabir 20/174/386 dan Rauyani dalam musnadnya 1283 dengan sanad hasan, lihat Ash-Shohihah 1/447/226). Berkata Syaikh Al-Albani rahimahullah: "Dalam hadits ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya". (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membai'at dan lain-lain. Dari 'Aisyah berkata : "Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat". (HR. Bukhari 4891). Inilah sebagian etika pergaulan laki-laki dengan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya". (HR. Bukhari 4/170, Muslim 8.52, Abu Dawud 2152). Padahal Allah ta'ala telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang bisa mendekati perzinaan (Lihat Hirosatul Fadhilah oleh Syaikh Bakr Abu Zaid, Hal 94-98) sebagaimana firmanNya : "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk". (QS. Al-Isra' : 32). Hukum Pacaran Setelah memperhatikan ayat dan hadits di atas, maka tidak diragukan lagi bahwa pacaran itu haram, karena beberapa sebab berikut : 1. Orang yang sedang pacaran tidak mungkin menundukan pandangannya terhadap kekasihnya. 2. Orang yang sedang pacaran tidak akan bisa menjaga hijab. 3. Orang yang sedang pacaran biasanya sering berdua-duaan dengan kekasihnya, baik didalam rumah atau di luar rumah. 4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya. 5. Pacaran identik dengan saling menyentuh antara laki-laki dengan wanita, meskipun itu hanya jabat tangan. 6. Orang yang sedang pacaran, bisa dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya. Dalam kamus pacaran, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkan pacaran, lalu bagaimana kalau semuanya?. Fatwa Ulama' seputar Pacaran Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah (pacaran)? Jawab beliau : Jika hubungan itu sebelum akad nikah, baik sudah lamaran ataupun belum, maka hukumnya haram, karena tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik lewat ucapan, memandang, ataupun berdua-duaan. Sebagaimana telah tsabit dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda : "Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, dan janganlah seorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya". (Fatwa Islamiyah kumpulan Muhammad Al-Musnid 3/80). Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin ditanya : "Kalau ada seorang laki-laki yang berkorespondensi dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?" Jawab beliau : Perbuatan itu tidak diperbolehkan, karena bisa menimbulkan syahwat diantara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana korespondensi semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai perzinaan yang akan bisa menjerumuskan seseorang pada perbuatan keji, maka saya menasehatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan lewat telepon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatannya. Syaikh Jibrin juga ditanya : "Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelepon gadis yang belum menikah?" Jawab beliau : Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahramnya) dengan pembicaraan yang bisa menimbulkan syahwat, seperti rayuan, mendayukan suara baik lewat telepon maupun lainnya. Sebagaimana firman Allah ta'ala : "Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga akan berkeinginan orang-orang yang hatinya terdapat penyakit". (QS. Al-Ahzab : 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat dari fitnah, akan tetapi hanya sekedar keperluan. (Fatawa Islamiyah 3/97). Syubhat dan Jawabannya Sebenarnya, keharaman pacaran lebih jelas dari pada matahari di siang bolong. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, serapuh rumah laba-laba, diantara syubhat itu adalah : Tidak bisa dipukul rata bahwa pacaran itu haram, karena bisa saja orang pacaran yang Islami, tanpa melanggar syariat. Jawab : Istilah "Pacaran Islami" itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Karena anggaplah bisa menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. tapi tetap tidak akan bisa menghindari dari saling memandang. Atau paling tidak membayangkan dan memikirkan kekasihnya. Yang mana hal itu sudah cukup mengharamkan pacaran. Orang sebelum memasuki dunia pernikahan, butuh untuk mengenal dahulu calon pasangan hidupnya, baik sisi fisik maupun karakter, yang mana hal itu tidak akan bisa dilakukan tanpa pacaran, karena bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah nikah. Jawab : Memang, mengenal fisik dan karakter calon istri maupun suami merupakan suatu hal yang dibutuhkan orang sebelum memasuki biduk pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari, juga tidak terkesan membeli kucing dalam karung. Namun, tujuan ini tidak bisa menghalalkan sesuatu yang haram. Ditambah lagi, bahwa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha menanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya dihadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. (Lihat Faidhul Qodir oleh Imam Al-Munawi 3/454). Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda : "Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli". (Hadits lemah baik marfu' maupun mauquf, riwayat Bukhari dalam Tarikh Kabir 2/1/157, Abu Dawud 5130, Ahmad 5/194, Lihat Silsilah Dloifah 4/348/1868).
TAFSIR AL-MAIDAH AYAT 82:KEBENARAN PASTI BERPIHAK PADA ISLAM
Apabila orang Islam yang berada di Makkah ditekan dan ditindas, hanya mereka yang kuat tahan menghadapi tekanan, orang-orang yang lemah menjadi sasaran.
Lalu Rasululah s.a.w. memerintahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah kerana di negeri itu rajanya baik dan adil iaitulah Najashi al-Ashaf.
Selepas itu Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah dan berlakunya peperangan Badar. Beberapa orang pemimpin Musyrikin terbunuh dalam peperangan tersebut.
Lalu pengganti-pengganti kepada pemimpin Musyrikin dan yang masih hidup di kalangan mereka berkata, "alangkah baiknya kalau kita mengambil kesempatan membalas dendam terhadap orang-orang Islam yang membunuh pemimpin-pemimpin kita."
Terdapat orang-orang Islam yang berhijrah Ke Habasyah. Musyrikin menghantar wakil berjumpa dengan raja negeri tersebut bersama dengan hadiah yang mahal.
Mereka beranggapan boleh jadi raja berkenaan bertindak terhadap orang Islam yang berhijrah ke negeri tersebut, sama ada dibunuh ataupun sebagainya.
Sudah pasti tindakan itu memuaskan hati golongan Musyrikin yang tebal permusuhannya terhadap orang Islam.
Lalu Musyrikin menghantar dua orang yang terkenal dengan bijak bercakap, bijak dalam tipu daya dan berhelah iaitulah Amrul Ibnul 'As dan Abdullah bin Abi Rabi'ah.
Mereka berdua mengadap Raja Habasyah. Rasulullah s.a.w. mengetahui berita itu lalu baginda s.a.w. mengutuskan Amr bin Umayyah adh-Dhomri r.a. membawa surat daripada Rasulullah s.a.w. ditujukan kepada Najasyi al-Ashaf, Raja Habasyah.
Apabila Najashi menerima surat Rasulullah s.a.w. dan dalam masa yang sama menerima utusan daripada pemimpim musyrikin Makkah lalu Najashi memangil orang Islam yang berhijrah.
Yang menjadi jurucakap mereka ialah Ja'afar bin Abi Tolib r.a. lalu Najasyi bertanya kepada Ja'afar, apakah dia Islam? "Apakah ajaran yang dibawa oleh Rasul yang diutuskan kepada kamu?"
Lalu Ja'afar menceritakan: "Kami dahulunya menyembah berhala, kami dahulunya membunuh antara satu sama lain, kami dahulunya berzina, kami dahulunya memakan riba, kami dahulunya memakan bangkai dan bermacam-macam kerja maksiat kami lakukan, lalu Allah mengutuskan di kalangan kami seorang rasul yang kami tahu keturunannya dan akhlaknya.
"Rasul ini mengajak kami menyembah Allah sahaja, meninggalkan berhala memakan yang halal, dan berlaku baik di antara satu sama lain.
"Seterusnya Najashi meminta supaya Ja�afar membaca apakah ayat-ayat yang diwahyikan kepada rasul itu.
"Lalu Ja'afar r.a. membaca al-Quran daripada Surah Mariam. Apabila Najashi mendengar al-Quran yang dibaca, kebetulan Najashi memegang kayu di tangannya, tiba-tiba Najasyi menangis kerana khusyuk, diikuti oleh paderi-paderi yang ada di kelilingnya.
Najasyi menyatakan, "apa yang dinyatakan ini benar, terang dan nyata bagaimana terang dan nyatanya kayu yang ada di tangan aku ini."
Lalu Najasyi menghalau kedua-dua utusan Quraisy dan memulang balik semua hadiah yang dibawa.
Bersempena dengan peristiwa ini, Allah Ta'ala menurunkan ayat ini yang bermaksud, "orang yang paling bermusuh dengan orang Islam ialah Musyrikin dan Yahudi. Sementara orang yang bersifat kasih sayang terhadap orang Islam ialah orang Nasrani (Kristian) terdiri dari kalangan paderi-paderi dan pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat yang mengetahui benarnya agama Islam." (Surah al-Maidah: 82). Ini adalah riawayat al-Baihaqi dari Ibnu Ishaq.
Sementara itu Ibn Kathir telah mengulas di dalam tafsirnya, bahawa Ibnu Abbas r.a. mengatakan peristiwa ini berlaku ketika hijrah ataupun di ambang hijrah.
Manakala Suratul Maidah termasuk di dalam Suratul Madaniyyah. Maka tidak wajar kita mengatakan riwayat ini menjadi sebab turun ayat ini. Ini adalah pendapat seorang dari ulama tafsir.
Berkata seorang ulama yang membawa satu riwayat yang lain antaranya juga riwayat al-Baihaqi dari Ibnu Ishaq di mana Najasyi telah menghantar utusan seramai 20 orang menemui Rasulullah s.a.w.
Mereka dapati Rasulullah s.a.w. berada di Masjidilharam lalu mereka bertanya kepada Rasululah s.a.w. dengan diperhatikan oleh pembesar-pembesar Quraisy. Mengikut riwayat ini Abu Jahal masih hidup lagi pada masa itu.
Rasullah s.a.w. membaca al-Quran apabila mereka mendengar berlinang air mata mereka kerana khusyuk dan mengetahui benarnya apa yang dalam al-Quran lalu mereka menyahut seruan Islam (memeluk agama Islam). Mereka beriman dan mempercayainya.
Apabila mereka bangun untuk pulang, mereka telah ditemui dan dihalang oleh Abu Jahal dan beberapa orang pemimpin Musyrikin.
Abu Jahal mengatakan, "alangkah buruknya rombongan kamu ini. Kamu datang berjumpa dengan dia, bercakap beberapa patah perkataan, kemudian kamu terus mengikutnya, mudah sangat kamu mengikutnya. Aku lihat inilah rombongan yang paling bodoh sekali."
Lalu mereka menjawab, "selamat sejahtera, kami tidak mahu menjadi jahil seperti kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Kami tidak mahu terhalang, tidak mahu menjauhkan diri daripada apa yang baik. Kami mesti mengikuit apa yang baik."
16 April 2008
SAHABAT SOLEH
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH IALAH
YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH IALAH
DISISIMU PADA SETIAP KEADAANYANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN TETAPI,
HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS DAN PUNCAK KEREDHO’ANNYA PERJUANGAN
CARA MERAWAT LEMAH IMAN
- Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an
"Dan Kami turunkan al - Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:282).
Perkara yang dianjurkan oleh Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan yang muncul dari kekerasan hati. Pertama, alihkan hatirnu dari dunia, lalu tempatkan ia di akhirat. Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada penger¬tian-pengertian al-Qur'an, me¬mikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semua ayat-ayat Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.
- Merasakan keagungan Allah
Mendalami ilmu syar'i.Maksudnya ialah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu-ilmu syari'at, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga, azab pedih di neraka, hikmah syari'at, masalah halal dan haram, perjalanan hidup para anbiya' dan pelbagai perkara yang tak terhitung manfaatnya.
Allah SWT berfirman:`Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS az-Zumar:9).
3. Mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh
Keadaan seseorang banyak ditentukan oleh persekitarannya. Lingkungan yang baik akan meningkatkan keimanan. Jika kita bersama dengan orang yg baik dan beriman mereka akan menunjukkan kesalahan kita,yang harus diperbaiki. Di
4.Memperbanyakkan amal soleh
Amal soleh mampu memberikan pengaruh yang amat ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kebaikan dan apa sahaja amal soleh pasti jiwa merasa kedamaiannya. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk melakukan amal soleh. Antaranya adalah:
Pertama, berusahalah sesegera mungkin melaksanakannya.
Allah SWT berfirman: "Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-¬orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33)
Kedua, berusaha melakukan amal soleh secara berterusan.Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW berkata tentang Rabbnya: "Hamba-Ku sentiasa bertagarrub kepada Ku dengan mengerjakan amalan nafilah (sunat) sehingga Aku mencintainya. " Kalimat "ma yazalu" yang dinyatakan dalam hadis di atas menunjukkan pengertian secara berterusan.
Ketiga, menjaga berterusannya amalan tersebut hingga tidak menimbulkan rasa bosan.Di antaranya caranya adalah menjaga keseimbangan dan tidak terlalu berlebihan.
Keempat, mengulang amalan yang tertinggal dan yang terlupa. Sikap ini penting bagi memastikan kita sentiasa mengikat diri dengan amal soleh. Rasulullah SAW bersabda: `Barangsiapa yang tertidur hingga ketinggalan bacaan wiridnya dan sebahagian malam atau sebahagian bacaan wirid, lalu ia membacanya lagi antara solat subuh dan solat Zohor, maka ditetapkan baginya seakan-akan dia membacanya pada malam itu. "(HR, an-Nasa i).Kelima, menumbuhkan perasaan pengharapan agar segala amal yang dilakukan diterima, dan khuatir amalannya ditolak oleh allah SWT. Pengharapan ini tentulah disertai dengan usaha dalam amal-amal soleh.
5. Banyak mengingati Mati
Mengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepada Allah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklah seseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang. Di antara cara untuk mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor." (HR. Hakim)
6. Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahan
hati itu memiliki dua sikap: menerima dan menolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlah amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam. Dan pada ketika hati sedang menolak (futur), ikatlah hati dengan melakukan amal-amal wajib. Berinteraksilah dengan hati dalam keadaan lemah-lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali.
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu."
ERA KEBANGKITAN RAKYAT TELAH BERMULA
Mereka bebas memilih siapa sahaja yang layak menduduki jawatankuasa kerajaan di peringkat akar umbi itu sama ada orang politik atau orang yang tidak berparti termasuk ahli akademik.
Suhaimi Taib, HARAKAH
Hari ini penulis cukup terharu dengan dua sambutan besar perhimpunan rakyat di Perak dan Selangor (Black 14). Dikira hampir 90,000 rakyat berhimpun di kedua-dua tempat tersebut termasuk di Stadium Perak (70,000) dan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru, Kuala Lumpur (20,000), kedua-duanya pada 14 April lalu.
Sambutan begitu besar ini menunjukkan era kebangkitan rakyat sudahpun bermula, imbauan kehendak rakyat pasca kemerdekaan negara mungkin terpalit juga dalam kebangkitan ini apabila soal membela nasib rakyat terpinggir menjadi agenda penting.
Menyaksikan siaran langsung perhimpunan di Perak di sebuah laman web dari Kelantan, menunjukkan bahawa komitmen kepimpinan rakyat negeri itu yang diterajui oleh menteri besarnya Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, untuk menjadikan sebuah kerajaan yang denyut nadinya sentiasa di hati rakyat.
Ketegasan kenyataan Menteri Besar Perak memaparkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Perak bukan kerajaan mana-mana parti sama ada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi ia adalah kerajan rakyat.
Sudah pasti segala-galanya untuk rakyat. Ir. Mohammad Nizar menyentuh isu bagaimana perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pun akan dipulangkan kepada rakyat, tidak lagi dilantik oleh kerajaaan negeri secara khusus.
Rakyat bebas bermesyuarat mengadakan pemilihan untuk mendapatkan pengerusi dan ahli jawatankuasa baru JKKK untuk mempastikan kepimpinan rakyat berfungsi menentukan masa depan mereka sendiri di bawah Pakatan Rakyat.
Mereka bebas memilih siapa sahaja yang layak menduduki jawatankuasa kerajaan di peringkat akar umbi itu sama ada orang politik atau orang yang tidak berparti termasuk ahli akademik.
Di Kelab Sultan sulaiman pula, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memandang sinis soal ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno apabila ia tidak direalisasikan dalam erti kata sebenar walupun 50 tahun Umno menerajui negara.
Orang Melayu masih terpinggir mana kala yang melantak harta negara ialah golongan elite atau pemimpin Melayu tertentu.
"Saya orang Melayu dan saya akan pastikan Melayu lebih terbela nasibnya di bawah Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun bukan nasib Melayu sahaja akan dibela tetapi nasib semua golongan terpinggir akan mendapat bahagian pembelaannya dalam kerajaan Rakyat di lima negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Justeru, persoalan kaum dan kepentingannya secara khusus, tidak lagi menjadi suatu persoalan penting dalam dasar kerajaan Pakatan Rakyat tetapi pembelaan nasib golongan tertindas di akar umbi menjadi asas usaha kerajaan dalam melaksanakan pembangunan di negeri masing-masing tanpa mengira kaum.
Fokus inilah yang disukai rakyat kerana selama ini mereka cukup terpinggir dalam arus pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Anwar mengimbau semula peristiwa perhimpunan Melayu menubuhkan Umno di kelab tersebut. Penubuhan Umno adalahkeputusan dibuat ketika itu tetapi berkumpulnya pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Dr Burhanudin Al-Helmi, Ahmad Bustamam dan lain-lain suatu nostalgia sejarah yang sukar dipadamkan dan penulis amat tersentuh dalam isu ini.Perjuangan ketika itupun kata Anwar bukan hanya semata-mata membebaskan bumi ini dari cengkaman pemerintahan Inggeris tetapi untuk membentuk ketuanan rakyat yang dominannya orang Melayu-Islam.
Bagi penulis institusi Raja perlu juga diberi hak untuk menentukan keutuhan perlembagaan negara sekali gus institusi itu terus dihormati semua lapisan rakyat berbagai kaum di negara ini.
Persoalan ini perlu sentiasa dibangkit dalam apa-apa agenda Pakatan Rakyat yang menyentuh persoalan penting itu selepas ini agar faktor sejarah pembentukan politik negara sentiasa ada kesinambungan sehingga Malaysia berjaya bernaung di bawah gagasan pemerintahan rakyat bukan dicengkam kepentingan beberapa kerat pemimpin Melayu tertentu dalam Umno.UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)