12 August 2012

ISLAM DI HATI

Alhamdulillah dapat memenuhi 2 hari hujung minggu dengan program bermanfaat.InsyaAllah.

11/8/2012 : bersama 3 adik beradik seperjuangan berexpresi anak profesional muda ke putrajaya di Rumah exco-exco di Shah Alam.Pesanan dan harapan daripada ketua pemuda PAS,Ustaz Nasrudin terhadap golongan muda supaya dapat fokus pada bidang masing-masing, kerna ia adalah 1 amanah ,dan gunakan ia untuk parti nanti sebagai persediaan untuk membantu kelompangan banyak sektor dalam negara Malaysia tercinta ini.

Alhamdulillah,kehadiran cukup di luar jangkaan,sehinggakan Ustaz Din bila ditanyakan soalan,yakin kah dengan anak muda yang mahukan perubahan,beliau menjawab "lihat sahaja jumlah yang memenuhi dewan ini"


Sebelah petangnya bersama YB Mat Sabu,atau nama glamour abang Mat,tak sangka beliau ada,alhamdulillah penyampaian beliau sentiasa berfakta,itulah antara kekuatan yang ada pada diri beliau dan saya kagumi,tak pelik la kalau sejarah negara pun beliau pertikai  kerna pertikaian beliau dan ulasan beliau terarah,alhamdulillah insan ini ada di dalam perjuangan PAS.

12/8/2012 : Bermajlis khatam qur'an anjuran Muslimat Kawasan Selayang di Masjid tempatku mengajar KAFA,Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.1st time jadi unit pendaftaran,banyak benda jugak jadi unit pendaftaran ni,ha baru rasa....Perasmian dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS pusat,YB Zailah,atau beliau lebih senang dikenali dengan Kak Lah.Beliau berkongsi berkaitan manusia yang makin jauh dengan Al-Quran dan Sunnah.Beliau menceritakan pengalaman beliau melawat penjara,amat mendukacitakan 95% adalah bangsa melayu,dan beliau berkongsi bagaimana muslimat berbuka puasa bersama golongan 3P(pondan,pelacur dan penagih),sungguh terharu mendengar cerita beliau,hakikatnya mereka semua tu tak mahu jadi begitu,tapi disebabkan kesempitan hidup,masalah keluarga mereka terpaksa jalan serong itu,itulah antara luahan yang mereka peroleh.Allah,semoga DIKAU kurniai mereka hidayah dan taufiqMU dan kekalkan kami dalam petunjukMU!

Allah...saya kagumi Kak Lah ini,dulu pernah berpeluang bertemu mata dengan beliau,kini sekali lagi.Ingatkan beliau datang dengan PA dengan beliau,tapi berseorangan sahaja dengan memandu sendiri,Allah...!rahmatilah pemimpin-pemimpin Islam kami terutamanya di Malaysia!Terus kuatkan mereka dan kami semua dalam medanMU!

complete each other


Allahu'alam

06 August 2012

Be Humble!


mujahidah : dengarlah 'pemberian' daripada Ustaz Ebit Lew,sungguh menusuk hati,semenjak dengar di motivasi ikim sepanjang bulan Jun hari tu,rasa 'ketagih' nak dengar 'leteran' beliau.Lalu menjadi antara penceramah yang disukai diri kini.Semoga Allah merahmati beliau!

30 July 2012

ولك بمثل

Apabila kita mendoakan orang lain,malaikat akan doakan sama seperti kita doakan untuk insan tersebut.Jadi ringankanlah mendoakan bukan sahaja diri,tapi jua orang lain.

"Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),maka berkatalah malaikat,'kamu pun menerima sebagaimana doamu" [Riwayat Muslim]

 "Doa seseorang untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),tidak akan ditolak(pasti dikabulkan)" [Riwayat Darul Quthni]

JANJI DITEPATI


Ini baru betul janji ditepati ^^,

BULAT HATI DARI ALLAH!

Kesalahan dalam istikharah: 1)Tiada ada ilmu tentang solat isitikharah. 2)Hanya menunggu mimpi atau alamat-alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran,ketenagan emosi,dan kemantapan hati. 3)Hati sudah ada kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelum istikharah. 4)Menyalahkan taqdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku setelah istikharah. 5)Langsung tidak melaksanakan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui atau keliru. [BIARLAH HATI BULAT ITU DARIPADA ALLAH!]

25 July 2012

YANG PERLU,BUKAN YANG DIHARAPKAN

Saya minta 'setangkai bungai segar' daripada Allah.DIA beri saya 'kaktus berduri'.
Saya minta minta 'rama-rama',diberiNYA pula 'ulat berbulu'.
Saya sedih dan kecewa.Namun kemudian...
'kaktus berbunga'dengan indah sekali & 'ulat' itu pun menjadi 'kupu-kupu' yang cantik.Itulah cara Allah:) indah pada masa yang ditetapkanNYA.
Tuhan tidak memberi apa kita harapkan,tapi DIA beri apa yang kita perlukan.

[Perkongsian mesej daripada seorang sahabat yang sedang menguatkan dirinya sendiri,tahniah dan syabas!semoga terus kuat sahabat!]

Lalu saya teringat bait ayat,antara ayat yang suka saya peringatkan buat diri,lalu saya hadiahkan untuknya...

."Dan sesungguhnya DIA lah yang menyebabkan seseorang itu gembira tertawa,berdukacita menangis".


."Dan bahawa sesungguhnya DIAlah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNYA) apa yang diperlukannya & memberikannya tambahan yang boleh disimpan.

."Maka yang mana 1 nikmat Tuhanmu yang tidak terhingga itu,engkau ragukan!"

[Suran An-Najm]

Kini saya hadiahkan buat semua,mudah-mudahan ada manfaat bersama.

~SubahanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!~

23 July 2012

MUSTAJAB DOA

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Peranan Jiwa Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Kesucian Nurani 

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan. Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut:

“Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya) “Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). 

Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.

22 July 2012

RAMADHAN TIBA


Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan & menjauhi diri daripada yang haram dan perkara batil dalam puasanya,nescaya Allah yang bersifat Ar-Rahman redha kepadanya & memastikan baginya syurga.

Ramadhan pertama tanpa arwah atuk di sisi.Semoga kehidupannya di sana bahagia,bahkan lebih bahagia kehidupannya di dunia.Al-fatihah!


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.



Sebahagian insan telah selamat ke 'sana' tanpa sempat menghadapi ramadhan seterusnya,semoga yang terakhir itulah yang terbaik buat mereka!Kita yang Allah masih bagi peluang ni,gunakan sebaik mungkin,jangan jadi orang yang rugi dengan mensia-siakan medan tarbiyyah sekali setahun ini.Taqwa sama-sama kita cuba kecapi,insyaAllah kita semua boleh!Pesanan buat diri yang hina dan dina ini terutamanya dan anda semuanya. Ramadhan kareem(Allahu akram!)


Selamat menyambut ramadhan dengan penuh kehambaan.Mudah-mudahan menempah ketaqwaan di sisiNYA.

Ampun maaf dipinta dari diri.Jangan dilupa saudara seIslam kita di Palestin,Syria dan seluruh dunia!

17 July 2012

JANGAN SOMBONG...

‎:: JANGAN SOMBONG DENGAN HIDAYAH YANG KITA PEROLEHI! ::

-Kita seorang Muslim?Jangan sampai merendah-rendahkan dan memperlekeh Non-Muslim,sehingga lupa hidayah itu miliknya Allah!

-Kita seorang pendakwah?Jangan sampai merendah-rendahkan,memperlekeh mad'u sekeliling,sampai terlupa Allah memberi dan menarik hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki!


-kita baru berubah ke arah kebaikan?berhijrah kepada kebaikan?jangan sampai merendah-rendahkan mereka yang masih tak berubah lagi!


"...Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah & rahmatNYA kepada kamu,nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya.Akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNYA & ingatlah Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui!" [Surah An-Nur 24 : 21]

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...