" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

31 March 2013

Baik-baik

Pilih suami baik,baik-baik, 
Pilih isteri baik,baik-baik, 
Apa pun yang terpenting,persediaan diri kenalah... 
Jadi baik,baik-baik.

Menjadi soleh,solehah bukan sekadar persiapan mmenjadi raja sehari,
Tapi,persiapan untuk mati! 


29 March 2013

DOA AFTER TASYAHUD

Kebetulan jumpa perkara yang sama dalam 2 bahan bacaan ini,iaitu berkaitan doa selepas tahiyat akhir,1 sunnah yang barangkali kita tinggalkan.Sedangkan ia amat afdhal dilakukan. 

Abu Hurairah menceritakan,bahawa Rasulullah SollaAllahu 'alahi wasallam pernah berpesan melalui sabda baginda " Apabila kamu selesai tasyahud,maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara.Doalah : "Allahumma inni a'uzubika min 'azabi jahannam,wamin 'azabil qabri,wamin fitnatil mahya wal mamat,wamin syarri fitnatil masihiddajjal" 

-Ya Allah,aku mohon berlindung denganMU daripada azab jahanam,azab kubur,fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajjal- [Riwayat Muslim]

 Ada juga riwayat,yang menambah lagi selepas itu dengan "ya muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala dinik wa'ala ta'atik"[Riwayat Muslim,Ahmad,Ibnu Hibban] Mudahkan nak ingat :) nak solat lepas-lepas ni,sama-sama cuba kita amalkan.

24 March 2013

"Nak mati pun perlukan ilmu"


Semalam berpeluang untuk menonton TV Al-Hijrah,Khidmat Syariah,yang dipengacarakan oleh Wan Kamarudin.Perkongsian seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak,2 orang adalah OKU .Walaupun begitu,sangkaan yang baik dan redha si ibu terhadap kurniaan Allah kepadaNYA amat tinggi.Walaupun anaknya yang pertama,Hazman (tak silap namanya) OKU,tak mampu duduk,hanya terbaring….mengikut jangkaan doktor hanya mampu hidup selama 21 tahun sahaja,namun itu bukan penghalang atau alasan seorang ibu untuk tidak memberi didikan yang seimbang dunia dan akhirat.Buktinya,anak sulungnya ini yang bersekolah di Dol Said Melaka,OKU bukan alasan  untuk dia tidak mampu berjaya.Buktinya,dia mampu memperoleh 5A dalam UPSR,PMR(saya terlepas pandang yang ini),tapi mengikut cikgunya yang turut di jemput di studio,menyatakan dia memperoleh A di dalam matematik.Itu mungkin dari sisi dunia,tapi di sisi akhirat ini,Adik ini walaupun OKU,tapi dia mampu bersolat jemaah bersama adiknya yang seorang lagi OKU,bahkan dia yang menjadi imam!Allah…! orang yang sempurna sifat patut tengok,biar insaf …bahkan adik ini juga waktu pernah ditemuduga sebelum ini mampu mengingat Surah Al-Waqiah dengan baiknya…

Ibunya sering menasihati dirinya,beliau juga adakalanya cuba memberi kekuatan kepada ibunya,hebatnya,memberi kekuatan melalui Kalamullah,melalui Surah Ali Imran ayat 8.Pengacara,Wan Kamarudin juga teringat,ketika pernah mewawancara adik tersebut,bila ditanya berkaitan pentingnya ilmu.Adik tersebut menjawab,”ilmu penting,kita nak mati pun perlukan ilmu…” SubhanaAllah didikan seorang ibu cukup-cukup penting.Ibunya cukup kuat,dengan menjadi ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.Teringat Wan  Kamarudin bertanya ketika melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan ibu tersebut,ibu tersebut ditanya “ ketika saya ziarah akak sebelum ni,saya lihat akak cukup kuat,sedangkan masa tu bulan Ramadhan,akak daripada pagi pergi hantar anak ke sekolah,menemaninya lagi,menguruskannya lagi,mana akak dapat kekuatan tu?” Ibu tersebut menjawab “ Saya mengaku saya  penat,bila mula rasa tak redha,penat saya akan cepat Istighfar,baca ayat Qursi,dengan kesan zat asma’ Allah,dari situlah kekuatan datang" Allah…Allah…Allah! cukup indahnya seorang mahkhluk ciptaan yang sentiasa mengaitkan dan menghubungkan kehidupannya dengan penciptanya!Tak pelilklah hasilnya dapat dilihat daripada anak-anaknya.

Anak-anak akak yang lain juga turut cemerlang.Anaknya kedua,Hazimah,bersekolah di Sekolah JAIM Ihya’ Al-Kareem di Melaka,baru memperoleh anugerah pelajar cemerlang dengan memperoleh 9A.Beliau menyatakan,beliau mengambil semangat daripada arwah abangnya,ye abangnya yang sulung,telah selamat kembali menghadap Illahi ketika sedang berperang dengan kertas SPM(Sepatutnya memperoleh keputusan baru-baru ni),sungguh menjadi nyata kata-katanya “Nak mati pun perlukan ilmu” .Ibunya turut berkongsi,setelah Allah pinjamkan arwah selama 17 tahun,setelah beliau pergi,baru dia terjumpa kata-kata anaknya “ menuntut ilmu biar akhir hayat” ,sungguh arwah meninggal dalam menuntut ilmu ketika mengambil peperiksaan SPM.Sehingga kini,Surah Ali Imran ayat 8 merupakan cara si ibu melepaskan rindu kepada arwah anaknya.

AL-FATIHAH!

mujahidah : Tidak dapat disangkal lagi peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak amat penting.Ibu yang sentiasa meletakkan Allah di hadapan...Bayangkan jika si anak didik oleh ibu yang tidak memikirkan pentingnya ilmu dunia dan akhirat?Sentiasa menyalahkan taqdir kehidupan...?Sebaliknya lah hasil si ibu bakal perolehi...

Tidak dapat disangkal lagi kepentingan ilmu.Alhamdulillah,terpanggil untuk menonton,pastinya ada hikmah kecenderungan tersebut.InsyaAllah!

"CARA HIDUP KITA MENENTUKAN CARA MATI KITA"

20 March 2013