29 September 2013

Melalut

Terkadang tertanya-tanya,adakah mustahil untuk zaman kini,seorang lelaki melamar seorang perempuan direct terus menerusi keluarga,terus datang ke rumah merisik keluarga tersebut.Bagi saya itu adalah tindakan paling terhormat  dan berani seorang lelaki.Bukanlah sekarang ni punya cara,menggunakan orang tengah itu tak ok,cuma jauh di sudut hati rasa amat perkara yang jarang dilakukan ni,1 penghormatan yang terhormat buat si wanita dan keluarga tersebut.Biarlah ditolak sekalipun,tapi bagi saya ia adalah tindakan yang murni dan penuh keberanian seorang lelaki.Bahkan memberi ketenangan dalam diri masing-masing.

Dan andai si lelaki diterima oleh si wanita dan keluarga wanita,sekiranya sebarang urusan setelah itu,hanyalah berhubung dengan keluarga wanita tersebut,tidak perlu berhubung antara si lelaki dan si wanita,kan hati lebih terjaga.How sweet kan ^_^


Nice song,touching...dah lama tak dengar...terdengar semula ....

28 September 2013

Hilang sebutir lagi permata agama...



MasyaAllah...!Sungguh bukan calang-calang orang dapat pengiktirafan begini di saat pemergian buat selamanya.Follower yang ramai ketika hari kematian.Semoga pengiktirafan yang lebih lagi buat arwah Ustaz Azizan!Al-Fatihah!

Mujahidah : Secara jujurnya,saya tak pernah bertemu secara face to face dengan beliau,tapi tahu serba sedikit tentang peribadi beliau yang didengari daripada kuliyyah-kuliyyah atau orang persendirian.Tokoh pemikir berwibawa...Saat beliau terlantar di hospital,terdetik dan perasaan membuak juga terasa untuk pergi ziarah...tapi tak tercapai dan terkaku sepi sahaja perasaan tersebut.Akhirnya,menerima berita kematian beliau...Pemergiannya ditangisi dan bakal dirindui...Al-Fatihah!

22 September 2013

MEMANAH

Alhamdulillah,dapat belajar salah satu sukan sunnah hari ni,memanah :) InsyaAllah aktiviti ini akan menjadi aktiviti berkala usrah kami setiap 2 minggu sekali.Berkuda dan berenang?InsyaAllah coming soon :)


Dengan nama Allah,kami memanah! 




15 September 2013

آمين

Bismillahirahmanirrahim...Alhamdulillah,14 September 2013,genaplah umurku yang ke 27 tahun :) Kalau ikut bulan Islam,lahir pada 9 Muharram.Alhamdulillah,masih diberi peluang daripadaNYA untuk terus merasa nikmat iman,Islam,dan lain-lain,yang tidak terkira banyaknya...(wain ta'uddu ni'mataAllah la tuhsuha-sekirannya engkau mengira nikmat daripada Allah,nescaya kau tidak mampu menghitungnya)

Alhamdulillah,banyak doa-doa yang dikirimkan oleh keluarga,sahabat-sahabat,adik-adik via FB,mesej,Whatsapp,dalam mimpi,yang senyap-senyap pun ada,erkkk :D terima kasih semua.

Hikmah ulang tahun kelahiran adalah kita memperoleh doa-doa,mudah-mudahan diterima Allah,barangkali ada yang mendoakan itu terdiri daripada mereka yang soleh solehah.insyaAllah!

Suka ku potretkan doa-doa dan ucapan kalian di sini,menjadi tatapan ku selagi ada nyawaku.Doa-doa,yang touching,yang berjaya membuatku mengalirkan airmata,motivasi,harapan,dan doa yang menenangkan dan membahagiakan,bahkan rasanya kali ni,doa-doa yang bermakna ku terima.Terima kasih my family,adik-beradik seperjuanganku dan semua yang mengenali diri secara langsung mahu pun tidak....

Ku abdikan antara doa-doa yang syahdu ini...

"sanah helwah kak Mujahidah Puteri.... moga Allah berkahi mu senantiasa... moga cepat jodohnya dan bertemu dengan yang soleh.... serta diberi kesempatan dan kemudahan mlaksanakan rukun haji yang ke 5...(cepat2 la dapat wat hj....:))"

 "slmt hr lahir kak imah Mujahidah Puteri. mg beroleh cinta dan dicintai Allah n Rasulullah dlm umur yg barakah! amin"



"[DeLIMA Today's Birthday]


..:: @Mujahidah Puteri:..

..::Melaka::..
..::IRK QS::..
..:: 14 September 1986::..

                             ~sanah helwah, mg umur sentiasa diberkati big mama Raisah deLima, k.imah:.
(^__^)"



 "sanah helwah along. moga di permudahkan semua urusanmu"

"selamat hari lahir kakakku...moga selalu dalam jagaan Allah... moga setiap langkah akak dipenuhi kebahagiaan n ketenangan :) "

alang.... sanah helwah sygku semoga diberkati & dirahmati umurmu menjadi wanita solehah haraki... doakan angh nk jd mcm alang Utk jodoh, Allah telah simpan jodoh yg baik utk alang yg solehah.. Masanya pasti akn tba.. jika bkn didunia diakhirat kelak ~ i love you alang sori lmbt wish.. heh

"Selamat hari membesar tau...Keh2xKu pinang kau dgn hamdallah..
Alang..Selamat ulangtahun hari kelahiran. Semoga sentiasa diberkati Allah selalu "

"K.imah..slmt hari lahir 🎊🎂🍰🍭🍬
Smga d'pnjgkn umur n d'murahkn rezeki
N kawen thn ni @ thn depan
Amin amin amin"

"Assalamualaikum mama..
Mama..kau antara org pertame yg menegurku di matrik saat aku menangis tanpe keluarge, tanpe kenalan, tanpe siape2..
mama... Saat ku lalai dengan dunia, kau yang menggapai tanganku daripada terus hanyut dengan hawa nafsu..
alukan kehadiranku..sehingga aku berdiri teguh bersama pejuang agama Allah.. Mama..thank you:-) hepi bezdey.
Mama...saat ku terkontang kanting mencari pegangan untuk menuju mardhatillah.. Kau yang menyambut dan men
gSemoge mama sentiase dlm redha Allah
Semoge mama bhgia dunia akhirat
Semoge mama terus thabat dan istiqamah di jalan ini...

Semoge Allah memberi kesihtan agar dpt trus berjuang demi agama Allah..
Ameen.."
"Assalamualaikum kakak syg,sanah helwah..ddoakn mg cpt dpt jdoh hihi:-D jgn mrh kak,grau je;-) "
"Assalamu'alaikumwrwb. Met Milad Insyaallah dgn Milad ini Allah SWT akan Bukakan Pintu Kebaikan untukmu dan Keluargamu..... Amin Ya Rabbal'aalamin....."
"Along, bila nak kawen? 27 dah ni?? lambat nau..."


"kehidupan kita ini bakal ada penghujungnya. 
setiap dari kita pasti akan mati. 

marilah sama-sama kita letakkan impian,
akak dan saya akan berpimpin tangan ke syurga. 

kalau saya jatuh, 
moga ada tangan yang menariknya kembali.. 
saya harap, akak sudi.. 

kerana mukmin itu adalah bahagian dr mukmin yang lain kan..? 


kak long, 

moga dirimu, kekal milik ummah! 

moga jiwamu tegar menanggung mehnah!

moga jasadmu, terus kuat melaksana amanah! 

moga kalimah uhibbuki fillah kita lebih bermakna! 

umur untuk perjuangan! 


moga Allah mudahkan segala urusan diri, keluarga, jamaah dan lain2 hee. amin ya Rab"

"sanah helwa... moga bertambahnya umur akan menambahkan kecintaan dan ketaatan padaNYA..."

 "Sannah helwah : Happy birthday : Selamat hari lahir : semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki , diberkati hidup , dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat "

"Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ya Allah, aku berdoa agar saudaraku ini diberkati usianya sempena hari lahirnya, agar dia jadi anak yang soleh, dan hamba-Mu yang bertaqwa, dan peroleh kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin... Berkata HAMKA, biarpun seribu kapal tenggelam di lautan namun cita-cita manusia tidak pernah padam, maka didoarkan agar apa yang dicita-citakan akan tercapai dan Berjaya..."

"kak, selamat ulang tahun.. =). Semoga lebih baik di masa mendatang.."

"Selamat hari lahir kak moh.. moga hidup sentiasa di bawah rahmat dan inayahNya. Moga pjg umur dan murah rezeki...:) "

"Selamat hari lahir. Muga allah memberi rahmat dah sejahtera keatas imah"

"Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali" (surah maryam 19 : 15)


-Selamat Hari Besday-


Dan doa daripada bondaku ^_^

"Selamat hari lahir...semoga jadi anak solehah,dapat kerja yang terbaik,jodoh yang soleh dan cepat kahwin" :) (doa hjung tu,macam pelik sikit,mungkin sebab usiaku makin meningkat atau mak memang dah sedia,memang beberaa hari ni mak kerap berbicara denganku perihal jodoh,kalau tak susah nak dapat doa tu daripada mulut my mom ;) "

AMEEN...AMEEN...AMEEN...!

14 September 2013

nice...boleh dirujuk untuk masa ke hadapan

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


9.Berselawat dan tiupkan ke telinga kiri dan kanan bayi.

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...