10 May 2012

SURAT BUAT KITA

Assalammua'alaikum.MasyaAllah lama bebenau(loghat melaka :) ) tak memberi di sini.Ada sahaja perkara yang nak dikongsikan,tapi kerana beberapa faktor teknikal tertentu,jadi ia agak membantutkan itu semua(alasan!).Ok insyaAllah,sedikit daripada saya yang pernah saya kongsikan di laman muka buku saya,hasil sedikit bacaan,sama-sama kita mengambil peringatan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan yang tak pasti sampai bila ia ada buat kita :

♥ Sungguh orang yang mengira bahwa mereka telah mengangkat dirinya,ketika mereka merendahkan Rabb dalam benak mereka,atau ketika mereka memungkiriNYA,sesungguhnya merekalah orang yang terbatas,yang tidak mampu melihat kecuali ke ufuk yang rendah lagi dangkal!


Mereka mengira bahwa manusia itu mendekatkan diri kepada Allah hanya pada waktu lemah dan tidak berdaya.Sedangkan pada waktu ia kuat,ia tidak memerlukan Tuhan lagi.Seolah2 kelemahan itu membuka mata hatinya , sedangkan kekuatan, menutupnya.

Selayaknya,setiap kekuatan manusia bertambah ,setiap itu juga pengakuan terhadap keagungan Allah yang maha mutlak juga bertambah!kerana setiap kali daya jangkauannya bertambah setiap itu pula ia menyedari dari mana sumber kekuatan itu.

Sungguh orang yang mengimani keagungan Allah yang mutlak,tidak akan menemukan dalam dirinya kerendahan dan kelemahan,bahkan sebaliknya.Kerana menyandarkan kepada kekuatan yang besar,iaitu yang menguasai alam raya ini ♥

[Surat kepada saudariku seiman oleh Sayid Qutb ]
 
Boleh dapatkan PDFnya di sini http://dakwah.info/download/?did=96

1 comment:

  1. seorang muslim itu apabila diberi nikmat maka dia bersyukur, apabila diberi cobaan jika bersabar... ^_^

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...