03 March 2012

RAHMAT

Assalammua'alaikum.MasyaAllah lama rasanya tak memberi di laman ni.Tetiba rasa terpanggil untuk berkongsi daripada perkongsian adik saya,Omar Jaapar dari laman FB nya :

Tersentuh hati ini dengar cerita di rancangan tanyalah ustaz pagi tadi. Cerita lebih kurang begini.seorang wanita kematian suaminya.lalu di ajak orang kampung untuk menguruskan jenazah suaminye tadi.tapi semua orang tak nak kerana suami wanita ini jahat,kaki mabuk.lalu wanita ini pun membawa mayat suaminya bertemu seorang ustaz di kaki bukit.ustaz tersebut menyempurnakan jenazah lelaki itu.lalu orang ramai bertanya kepada ustaz itu.mengapa di kau menguruskan jenazah die sedangkan die adalah kaki mabuk.lalu ustaz itu menjawab.aku bermimpi malam tadi supaya menguruskan mayat lelaki ini kerana dosanya telah diampunkan.lalu orang ramai pun turut mensolatkan jenazah lelaki itu.ustaz itu kemudian bertanyakan kepada isteri itu.apa amalan suamimu ketika hidupnya?isteri itu menjawab,memang die kaki mabuk.tapi die ade 3 amalan yang tidak pernah die tinggal.

1.apabila pulang dalam keadaan mabuk,dia akan tidur.namun dia akan bangkit semula dari tidur ketika azan subuh,dan MENUNAIKAN SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH DI MASJID.

2.suamiku sangat MENYAYANGI ANAK YATIM. Apabila mereka datang,die akan memberi layanan istimewa pada mereka.

3.apabila die terbangun di tengah malam, die akan menunaikan solat sunat dan berdoa sambil menangis.YA ALLAH, LUBANG NERAKA MANAKAH KAU NAK CAMPAKKAN AKU ATAS DOSAKU INI.

Kesimpulannya di sini,bukanlah nak suruh kita mabuk.tetapi nak menunjukkan Maha pengasih,maha pengampun dan maha penyanyang Allah terhadap hambanya walaupun kita seringkali melanggar perintahnya dan tidak mengikut suruhannya.

mujahidah : Jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...