17 October 2010

DALAM JAGAAN-NYA ^_*

Allah ingin menjaga,pelihara aku daripada terus terlena akan sesuatu yang tak pasti…1 bisikan ke hati…”berpegang teguhlah dengan pegangan dirimu yang dahulu…yang pernah kau sematkan kuat dihati 1 ketika dahulu”,cukuplah apa yang berlaku sebagai proses mendidik,mengajar dan pengalaman berharga buat yang sesiapa yang memerlukan nanti…dan ia buatku mengerti erti kehidupan yang sebenar dengan pelbagai karenah ciptaanNYA.

Ya Allah…ya Allah…ya Allah…nikmat KAU yang mana lagi yang ingin aku dustakan???sedangkan sakit itu jua nikmat,gagal itu juga nikmat,sedih itu juga nikmat…walaupun dalam kesakitan,dalam kegagalan,dalam kesedihan…disebaliknya beribu hikmah & hikmat yang tak tersingkap dek akal fikiran hambaMU yang lemah ini…astagfirullahal ‘azhim!

Ya Allah…terus menerus membimbingku ,…jangan KAU biar aku kelemasan dalam kesesatan…jangan biar aku tenggelam dalam kealpaan…jangan biar aku hidup & mati dalam kehinaan…

Ya Allah…terus menerus menjaga & peliharaku ya Allah supaya aku dapat mencintaiMU sepenuh jiwa ragaku…seluruh anggota badanku…seluruh hayatku…aku tahu ini tanda KAU sayangkan aku…walaupun perit…walaupun sakit…walaupun pedih…walaupun sedih…walaupun terluka…walaupun derita…tapi itu hanya sementara…kerna aku yakin…KAU ingin hadiahkan aku sesuatu yang amat berharga…..sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ia,semua dalam pengetahuanMU ya Allah…tetapi rahsia buatku.

Mungkin juga hatiku lebih dekat dengan ayat-ayat cintaMU yang berbentuk ujian…membuatkan aku teruji dan dipujuk semula dengan ayat-ayat tersebut…ahh sungguh aku ini insane yang alpa dan terlupa akan janji-janjiMU buat sesiapa yang diuji…buat sesiapa yang bersabar…

“Kesabaran kita bukan diuji melalui tazkirah-tazkirah atau penulisan-penulisan kita mengenai kesabaran…tetapi kesabaran kita teruji apabila ditimpakan ujian daripadaNYA “ 1 skrip yang amat-amat aku hadam melalui cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan ’ 1 ketika dahulu.

Kehidupan pasti dan pasti perlu diteruskan selagi diberi nikmat pinjaman nyawa…Alhamdulillah ditaqdirkan dengan nikmat iman,Islam & penegerak kerja Islam…yang membuat akal dan fikiran masih terkawal dalam kawalanNYA.Alhamdulillah…syukran lillah!bersyukur juga dengan keluarga,sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami dan antara yang menajdi sumber kekuatanku.

Dalam aku mengkoreksi diriku atas apa yang berlaku,aku juga perlu membantu orang lain untuk mengkoreksi kesilapannya yang lalu…demi kebaikannya,supaya tiada ulangan kesilapan…Moga itu yang terbaik buatku & orang di sekelilingku…

Antara ayat yang menjadi peganganku “…boleh jadi kau tidak suka sesuatu,tetapi itu yang terbaik buatmu,boleh jadi kau menyukai sesuatu,tetapi itu bukan terbaik buatmu,Allah lebih mengetahui apa tidak kau ketahui” (Al-Baqarah 216)

Apa yang terjadi ini…sesuatu yang tidak aku dan sesiapa sahaja sukai…tapi DIA lebih tahu dan mengerti..bahawa itu yang terbaik buatku…KASIHI DAKU…SAYANGI DAKU…PELIHARA DAKU…TUNJUKKI DAKU…DUHAI TUHAN YANG SATU!

Banyak perkara yang lebih berat dan besar menanti di hadapanku...maka berjiwa besarlah,ada masa berjiwa keringlah...yang penting jiwaku perlu terus menerus sentiasa dekat denganNYA ^_*...

"Tuhan ENGKAU rasakanlah hatiku...sentiasa bersamaMU...supaya aku rasa ada kawan melindungku...agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku,,,"

~ DALAM PROSES DIDIKAN ALLAH~

Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...