26 October 2010

PERTOLONGAN ALLAH

Segala puji hanya milik sang khalik...yang menguasai dimensi ruang dan waktu..tidak terikat akan suatu masa dan zaman..tidak pada suatu tempat yang dekat sehingga kita mengatakan "menempati" dan tidak berada pada suatu jarak sehingga kita mengatakan "disana"..Allah swt kuasa dan selain daripada Allah adalah mahluk yang tida mampu berbuat apa-apa tanpa izin dan kehendak Allah.

Salawat dan Salam kita curahkan hanya kepada junjungan kita Nabiyullah Muhammad saw penutup risalah kenabian yang senantiasa merisaukan ummatnya tidak hanya terbatas satu alam saja..Rasulullah saw hingga di alam akhirat senantiasa memperjuangkan ummatnya..
ketika semua manusia dibangkitkan di padang mashar yang matahari hanya sejengkal saja dan bertanahkan timah yang panas mendidih..saat itu juga manusia berlarian mencari pertolongan hingga tibalah pada Nabi Ibrahim, Musa, dan juga nabi lainnya maka mereka mengatakan "Sekarang ini nafsi-nafsi (sendiri-sendiri)." maka berbeda dengan baginda Rasulullah saw...belumlah ummatnya mencari beliau tapi ketika beliau dibangkitkan, bukanlah ahli keluarga atau istri-istri beliau yang beliau cari dari lisan yang terindah seluruh alam ini tapi yang beliau ucapkan "Ummati-Ummati bagaimanakah dengan ummatku"..

Saudaraku seiman Sering kali kita dihadapkan pada suatu masalah. Kita telah berusaha semaksimal mungkin namun masalah yang kita hadapi tidak kunjung juga terselesaikan. Ada rasa lelah, gundah, gelisah, dan lain–lain. Dan berharap–harap datangnya pertolongan dari Allah-Rabb semesta alam Yang bersemayam di atas Arsy. Bagaimana caranya agar turun pertolongan Allah?

Di ayat ini dijelaskan bahwa syarat mendapatkan pertolongan Allah adalah dengan cara menolong Agama Allah.

Bagaimana caranya menolong (Agama) Allah?
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz menjelaskan dalam sebuah ceramahnya yang kemudian dibukukan, setelah membawakan ayat 7 Surat Muhammad. Adapun bunyi surat tersebut :
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

”Maka inilah bentuk pertolongan kepada Allah dengan melakukan perintah–perintah Nya dan meninggalkan larangan–larangan Nya dengan keimanan dan keikhlasan kepada Allah serta mentauhidkan-Nya, juga keimanan kepada Rasul-Nya....

Maka menolong agama Allah adalah dengan mentaati Allah, mengagungkan-Nya dan ikhlas kepada-Nya, serta mengharapkan apa-apa yang ada di sisi-Nya, mengamalkan syariat-Nya karena menginginkan pahala darinya dan untuk menegakkan agama-Nya.”

Singkat kata, setiap orang harus meningkatkan ketakwaannya agar datang pertolongan Allah buat mereka.

”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”(Ath Thalaq:2)
”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)


Kemudian apa itu takwa?
”Taqwa adalah menjauhkan diri dari apa–apa yang bisa membuat engkau jauh dari Allah.”
Dengan demikian, semakin mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mempermudah urusan kita. Dan memberikan pertolongan-Nya buat kita.

”Dan takwa tidaklah tegak melainkan dengan landasan ilmu. Maka orang yang jahil (bodoh) tidak akan mungkin menjadi orang yang bertakwa. Berkata Bakr bin Khunais: Bagaimana bisa menjadi orang yang bertakwa, sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu takwa?!”.

Inilah pentingnya ilmu agama. Dengan ilmu agama ini, seseorang bisa mengetahui mana jalan–jalan yang bisa mendekatkan diri kepada Allah swt dan mana jalan–jalan yang malah menjauhkan dirinya dari Allah. Dengan ilmu agama seseorang bisa membedakan jalan yang benar dan mana jalan yang salah. Salah satu jalan yang menjauhkan kita dari Allah adalah bid’ah.

”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.” (Al Baqarah : 153)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Allah menyatakan "Barangsiapa yang berbuat baik maka kebaikannya itu untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang membuat kejahatan maka kejahatan itu untuk dirinya sendiri"

Insya Allah dengan pesan ini kita niat sungguh-sungguh untuk amalkan dan sampaikan perintah-perintah Allah swt melalui sunnah-sunnah baginda Rasulullah saw hingga di akhirat nanti kita bisa mendapaat syafaat dari baginda Rasulullah saw sebagai ummatnya yang senantiasa mencontoh-contoh "surah, Sirah dan Syarirah" beliau.

..Subhanallah wabihamdi AsyaduAllahilaha Illallah Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Free Signature Generator

BAHANGNYA MAKIN TERASA...


Free Signature Generator

22 October 2010

N.45

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.
Free Signature Generator

21 October 2010

BEGINI RUPENYE ISLAMIC FASHION BIG MAMA...HMM


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.


Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.
Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.
Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.
Free Signature Generator

18 October 2010

NOTA CINTA BUAT DIRINYA


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya padaNYA
Kasihku tulus buatNYA
Setiaku balas kasihNYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNYA
Akurku kebesaranNYA
Teragung Maha SuciNYA
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNYA tak pernah akan musnah
Belas rahmatNYA terus mencurah-curah
Nur HidayahNYA semakin cerah

Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta


Free Signature Generator

17 October 2010

DALAM JAGAAN-NYA ^_*

Allah ingin menjaga,pelihara aku daripada terus terlena akan sesuatu yang tak pasti…1 bisikan ke hati…”berpegang teguhlah dengan pegangan dirimu yang dahulu…yang pernah kau sematkan kuat dihati 1 ketika dahulu”,cukuplah apa yang berlaku sebagai proses mendidik,mengajar dan pengalaman berharga buat yang sesiapa yang memerlukan nanti…dan ia buatku mengerti erti kehidupan yang sebenar dengan pelbagai karenah ciptaanNYA.

Ya Allah…ya Allah…ya Allah…nikmat KAU yang mana lagi yang ingin aku dustakan???sedangkan sakit itu jua nikmat,gagal itu juga nikmat,sedih itu juga nikmat…walaupun dalam kesakitan,dalam kegagalan,dalam kesedihan…disebaliknya beribu hikmah & hikmat yang tak tersingkap dek akal fikiran hambaMU yang lemah ini…astagfirullahal ‘azhim!

Ya Allah…terus menerus membimbingku ,…jangan KAU biar aku kelemasan dalam kesesatan…jangan biar aku tenggelam dalam kealpaan…jangan biar aku hidup & mati dalam kehinaan…

Ya Allah…terus menerus menjaga & peliharaku ya Allah supaya aku dapat mencintaiMU sepenuh jiwa ragaku…seluruh anggota badanku…seluruh hayatku…aku tahu ini tanda KAU sayangkan aku…walaupun perit…walaupun sakit…walaupun pedih…walaupun sedih…walaupun terluka…walaupun derita…tapi itu hanya sementara…kerna aku yakin…KAU ingin hadiahkan aku sesuatu yang amat berharga…..sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ia,semua dalam pengetahuanMU ya Allah…tetapi rahsia buatku.

Mungkin juga hatiku lebih dekat dengan ayat-ayat cintaMU yang berbentuk ujian…membuatkan aku teruji dan dipujuk semula dengan ayat-ayat tersebut…ahh sungguh aku ini insane yang alpa dan terlupa akan janji-janjiMU buat sesiapa yang diuji…buat sesiapa yang bersabar…

“Kesabaran kita bukan diuji melalui tazkirah-tazkirah atau penulisan-penulisan kita mengenai kesabaran…tetapi kesabaran kita teruji apabila ditimpakan ujian daripadaNYA “ 1 skrip yang amat-amat aku hadam melalui cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan ’ 1 ketika dahulu.

Kehidupan pasti dan pasti perlu diteruskan selagi diberi nikmat pinjaman nyawa…Alhamdulillah ditaqdirkan dengan nikmat iman,Islam & penegerak kerja Islam…yang membuat akal dan fikiran masih terkawal dalam kawalanNYA.Alhamdulillah…syukran lillah!bersyukur juga dengan keluarga,sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami dan antara yang menajdi sumber kekuatanku.

Dalam aku mengkoreksi diriku atas apa yang berlaku,aku juga perlu membantu orang lain untuk mengkoreksi kesilapannya yang lalu…demi kebaikannya,supaya tiada ulangan kesilapan…Moga itu yang terbaik buatku & orang di sekelilingku…

Antara ayat yang menjadi peganganku “…boleh jadi kau tidak suka sesuatu,tetapi itu yang terbaik buatmu,boleh jadi kau menyukai sesuatu,tetapi itu bukan terbaik buatmu,Allah lebih mengetahui apa tidak kau ketahui” (Al-Baqarah 216)

Apa yang terjadi ini…sesuatu yang tidak aku dan sesiapa sahaja sukai…tapi DIA lebih tahu dan mengerti..bahawa itu yang terbaik buatku…KASIHI DAKU…SAYANGI DAKU…PELIHARA DAKU…TUNJUKKI DAKU…DUHAI TUHAN YANG SATU!

Banyak perkara yang lebih berat dan besar menanti di hadapanku...maka berjiwa besarlah,ada masa berjiwa keringlah...yang penting jiwaku perlu terus menerus sentiasa dekat denganNYA ^_*...

"Tuhan ENGKAU rasakanlah hatiku...sentiasa bersamaMU...supaya aku rasa ada kawan melindungku...agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku,,,"

~ DALAM PROSES DIDIKAN ALLAH~

Free Signature Generator

16 October 2010

NIKMAT UJIAN!

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata : "setiap kali aku dilanda musibah aku memperolehi 4 nikmat daripada Allah :

  • Musibah itu tiada dalam agamaku.
  • Tidak ditimpa musibah yang lebih besar daripada itu.
  • Ia tidak menghalangku untuk meredhainya.
  • Aku mengharap pahala Allah kerananya.

SubhanaAllah,positif sungguh insan hebat ini apabila ditimpa musibah dan ujian buatnya.Tapi kita?diri sendiri terutamanya...bila dilanda ujian sikit...melatah...ya Allah...jadikanlah hambaMu ini hamba ya tabah & redha dengan segala ujian yang KAU timpakan pada diri yang lemah,hina lagi dina ini.

:: Ujian adalah nikmat...ujian adalah medan pentarbiyyahan untuk meningkatkan martabat...ujian tanda kasih sayang DIA terhadap hambanNYA supaya terus dalam dakapanNYA...SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR! ::

~sumber rujukan : 'keindahan Sabar' oleh Dr.Yusuf al-Qardhawi~
Free Signature Generator

09 October 2010

DAKAPAN TARBIYYAH-NYA!

DIA taqdirkan dengan yang salah...untuk digantikan dengan yang LEBIH BAIK & TERBAIK!...Nyahkanlah daripada yang salah itu yang Allah...yang menyakitkan...yang memedihkan...yang mendukacitakan...Cukuplah...cukuplah...cukuplah!

Kini masanya untuk terus menerus berdoa untuk mendapat yang LEBIH BAIK & TERBAIK!perkenankanlah ya Allah setiap permintaanku...yang mendamaikan jiwa...yang menenangkan...yang membahagiakan dunia & akhiratku...perkenankanlah...perkenankanlah...perkenankanlah!

::BAHAGIAKAN DAKU DALAM DAKAPAN TARBIYYAHMU YA ALLAH!...SAYANGI DAKU...KASIHI DAKU...CINTAI DAKU...!::
Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...