Pada hujung minggu baru ni,alhamdulillah berpeluang ke Konvensyen Fiqh Rasulullah Solla Allahu ‘alaihi wasallam yang diadakan di Institut Latihan DBKL,Cheras.Alhamdulillah,dapat ulangkaji serba sedikit berkaitan ilmu hadith dan dalam masa yang sama,menjemput hati kita sebagai orang Islam untuk kembali menjadikan Nabi kita Muhammad Solla Allahu ‘alaihi wasallam sebagai ‘role model’ dalam kehidupan seharian kita.Role Model ye,bukan idola,role model sebagai seorang contoh teladan terbaik,sedangkan idola,lebih kepada pemujaan,mengumpul peminat,idola satu ungkapan yang tidak
tepat.
Memahami Hadith
Dalam Slot Dr.Asri Zainal Abidin,Ustaz berpesan,mutkkhir ini kerap orang salah memahami hadith secara baik,dan menggunakan hujjah hadith yang kurang tepat,jadi pesan ustaz :
1.Check Sanad-ustaz sarankan cari Kitab Rijal,di mana senarai sanad dan siapa mereka)
2.Faham matan (teks dan konteks hadith)
3.Sebab hadith diriwayatkan
Israiliyat
Ada pertanyaan berkaitan Israiliyat,ustaz kata sekarang bukan israiliyat sahaja,tapi melayuwiyat pun banyak.Hihi...
Israiliyat ni ibarat rempah,yang untuk lebih sedapkan cerita sahaja.Tak ada masalah sangat israiliyat selagi tidak menyentuh hal aqidah,tetapi kita kena sedar hakikat ceritacerita israiliyat ni,memalingkan kita daripada tujuan asal daripada isi dan tujuan al-quran dan hadith yang sebenar.
Contoh cerita israiliyat berkaitan kisah anak Nabi Adam yang bertelagah,jadi muncullah watak Habil dan Qabil,ada kisah tu di dalam alQuran,tapi tidak pula di dalam alQuran menyebut siapa nama anak Nabi Adam tersebut.Tapi sayangnya,kita lebih memandang berkaitan nama tersebut,tak penting pun nak tahu nama tersebut,yang penting tujuan kisah itu dikisahkandan pengajaran yang perlu diambil.
Begitu juga watak Ratu Balqes dan ada banyak lagi.
Hijab Cinta Nabi
1.Sebab jahil
2.Degil,dah tahu hal sebenar,tapi tak mahu ikut,contohnya yahudi sangat kenal Nabi,tapi tak nak
terima Nabi dan tak ikut ajarannya.
Masyarakat kita dilanda kejahilan dan kedegilan,disebabkan itu Nabi tidak diterima sebagai Qudwah Hasanah.
Kata-kata hikmah sepanjang Konvensyen
Ustaz Pahroul
* Cinta kepada Allah adalah tujuan,Cinta kepada Nabi adalah jalan.
“...Sekiranya kamu mencintai Allah,maka ikutlah aku(Rasulullah) nescaya kamu akan mencintai
Allah...”(Surah Ali ‘Imran : 31)
* Love is the verb,not the word , Cinta itu adalah dengan bertindak,perbuatan bukannya dengan kata-kata.
Cinta,kasih dan sayang semuanya berkaitan rasa dan letaknya di hati.Dan manusia bertindak apa yangdia rasa,iaitu ia juga melalui hati.
Persoalanya,Siapa Allah dan Nabi di hati kita?Cinta,kasih atau sayang,ranking yang mana yang kita letakkan buat Allah dan Nabi...?
(Muhasabah bersama)
Ustazah Dr.Nik Salida
* Fasa didikan...
1.Taujih : explain
2.Tasbit : enhance,pemantapan,proses peneguhan
3.Himayah : enforcement,paksaan/secara tegas
Dr.Muhaya
1.Apa yang perlu dalam hidup ni?
i.Tujuan : husnul khotimah,untuk dapat bertemu dengan Allah.
ii.Konsep hidup : buat apa yang kita nak,tapi pastikan bermanfaat.
iii.Fokus : redha Allah.
2.Dr.Muhaya minta kami lakukan aktiviti menggunakan sebelah tangan...
i.angkat tangan ke atas:berharap kepada hanya Allah
ii.gerakkan tangan tersebut secara beralun ke kiri dan ke kanan : jaga hubungan dengan sekeliling
iii.depan : pandang ke hadapan,jangan diingat perkara lama/lepas.
iv.hati : tengok dalam diri kita,jangan sibuk hal orang lain.
Dalam Slot Ustaz Zaharuddin ustaz menyentuh berkaitan perkara yang Nabi sukai,benci dan
bimbangi.Saya kongsi beberapa hadith :
Yang Nabi Suka :
“Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan isinya...”
Solat Fajar,sebelum solat fardhu,antara azan dan iqamah.
Yang Nabi bimbangi :
“ Aku bimbangi ke atas kamu 6 perkara : 1) pemerintahan yang dungu 2)pertumpahan darah 3)Jualan hakim(rasuah) 4)pemutusan silaturrahim 5)kumpulan yang mengambil al-Quran sebagai seruling ( al-quran sekadar menjadi pertandingan,dilagukan bukan diamalkan) 6)bertambah banyak polis (penolong pemimpin zalim atau pembodek)
Yang Nabi benci :
Dari ‘Aisyah “ Baginda Nabi paling benci orang yang berbohong”
Itulah sedikit perkongsian daripada banyak kertas kerja yang dibentangkan.
hakikatnya terlalu sarat dengan ilmu program ni,baik secara akademik mahupun santai berisi.Semoga bermanfaat.
ole-ole K-Fiqh Rasulullah
Mujahidah : Tak kesampaian mahu mendengar taujihat Tok guru Nik Aziz,doakan beliau,kerna
dikhabarkan banyak kuliyyah terpaksa dibatalkan kerna kondisi kesihatan tok guru.Allahu yashfihi.