Semalam berpeluang untuk menonton TV Al-Hijrah,Khidmat
Syariah,yang dipengacarakan oleh Wan Kamarudin.Perkongsian seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak,2 orang adalah OKU
.Walaupun begitu,sangkaan yang baik dan redha si ibu terhadap kurniaan Allah
kepadaNYA amat tinggi.Walaupun anaknya yang pertama,Hazman (tak silap namanya) OKU,tak
mampu duduk,hanya terbaring….mengikut jangkaan doktor hanya mampu hidup selama
21 tahun sahaja,namun itu bukan penghalang atau alasan seorang ibu untuk tidak
memberi didikan yang seimbang dunia dan akhirat.Buktinya,anak sulungnya ini
yang bersekolah di Dol Said Melaka,OKU bukan alasan untuk dia tidak mampu berjaya.Buktinya,dia
mampu memperoleh 5A dalam UPSR,PMR(saya terlepas pandang yang ini),tapi
mengikut cikgunya yang turut di jemput di studio,menyatakan dia memperoleh A di
dalam matematik.Itu mungkin dari sisi dunia,tapi di sisi akhirat ini,Adik ini
walaupun OKU,tapi dia mampu bersolat jemaah bersama adiknya yang seorang lagi
OKU,bahkan dia yang menjadi imam!Allah…! orang yang sempurna sifat patut
tengok,biar insaf …bahkan adik ini juga waktu pernah ditemuduga sebelum ini
mampu mengingat Surah Al-Waqiah dengan baiknya…
Ibunya sering menasihati dirinya,beliau juga
adakalanya cuba memberi kekuatan kepada ibunya,hebatnya,memberi kekuatan
melalui Kalamullah,melalui Surah Ali Imran ayat 8.Pengacara,Wan Kamarudin juga
teringat,ketika pernah mewawancara adik tersebut,bila ditanya berkaitan pentingnya
ilmu.Adik tersebut menjawab,”ilmu penting,kita nak mati pun perlukan ilmu…”
SubhanaAllah didikan seorang ibu cukup-cukup penting.Ibunya cukup kuat,dengan
menjadi ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.Teringat Wan Kamarudin bertanya ketika melihat dengan mata
kepala sendiri kehidupan ibu tersebut,ibu tersebut ditanya “ ketika saya
ziarah akak sebelum ni,saya lihat akak cukup kuat,sedangkan masa tu bulan
Ramadhan,akak daripada pagi pergi hantar anak ke sekolah,menemaninya
lagi,menguruskannya lagi,mana akak dapat kekuatan tu?” Ibu tersebut menjawab “
Saya mengaku saya penat,bila mula rasa
tak redha,penat saya akan cepat Istighfar,baca ayat Qursi,dengan kesan zat
asma’ Allah,dari situlah kekuatan datang" Allah…Allah…Allah! cukup indahnya
seorang mahkhluk ciptaan yang sentiasa mengaitkan dan menghubungkan kehidupannya dengan
penciptanya!Tak pelilklah hasilnya dapat dilihat daripada anak-anaknya.
Anak-anak akak yang lain juga turut cemerlang.Anaknya
kedua,Hazimah,bersekolah di Sekolah JAIM Ihya’ Al-Kareem di Melaka,baru
memperoleh anugerah pelajar cemerlang dengan memperoleh 9A.Beliau
menyatakan,beliau mengambil semangat daripada arwah abangnya,ye abangnya yang
sulung,telah selamat kembali menghadap Illahi ketika sedang berperang dengan
kertas SPM(Sepatutnya memperoleh keputusan baru-baru ni),sungguh menjadi nyata kata-katanya “Nak mati pun perlukan ilmu” .Ibunya turut berkongsi,setelah Allah pinjamkan arwah selama 17 tahun,setelah beliau pergi,baru dia terjumpa
kata-kata anaknya “ menuntut ilmu biar akhir hayat” ,sungguh arwah meninggal
dalam menuntut ilmu ketika mengambil peperiksaan SPM.Sehingga kini,Surah Ali Imran ayat 8 merupakan cara si ibu melepaskan rindu kepada arwah anaknya.
AL-FATIHAH!
mujahidah : Tidak dapat disangkal lagi peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak amat penting.Ibu yang sentiasa meletakkan Allah di hadapan...Bayangkan jika si anak didik oleh ibu yang tidak memikirkan pentingnya ilmu dunia dan akhirat?Sentiasa menyalahkan taqdir kehidupan...?Sebaliknya lah hasil si ibu bakal perolehi...
Tidak dapat disangkal lagi kepentingan ilmu.Alhamdulillah,terpanggil untuk menonton,pastinya ada hikmah kecenderungan tersebut.InsyaAllah!
"CARA HIDUP KITA MENENTUKAN CARA MATI KITA"