Alhamdulillah dapat memenuhi 2 hari hujung minggu dengan program bermanfaat.InsyaAllah.
11/8/2012 : bersama 3 adik beradik seperjuangan berexpresi anak profesional muda ke putrajaya di Rumah exco-exco di Shah Alam.Pesanan dan harapan daripada ketua pemuda PAS,Ustaz Nasrudin terhadap golongan muda supaya dapat fokus pada bidang masing-masing, kerna ia adalah 1 amanah ,dan gunakan ia untuk parti nanti sebagai persediaan untuk membantu kelompangan banyak sektor dalam negara Malaysia tercinta ini.
Alhamdulillah,kehadiran cukup di luar jangkaan,sehinggakan Ustaz Din bila ditanyakan soalan,yakin kah dengan anak muda yang mahukan perubahan,beliau menjawab "lihat sahaja jumlah yang memenuhi dewan ini"
Sebelah petangnya bersama YB Mat Sabu,atau nama glamour abang Mat,tak sangka beliau ada,alhamdulillah penyampaian beliau sentiasa berfakta,itulah antara kekuatan yang ada pada diri beliau dan saya kagumi,tak pelik la kalau sejarah negara pun beliau pertikai kerna pertikaian beliau dan ulasan beliau terarah,alhamdulillah insan ini ada di dalam perjuangan PAS.
12/8/2012 : Bermajlis khatam qur'an anjuran Muslimat Kawasan Selayang di Masjid tempatku mengajar KAFA,Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.1st time jadi unit pendaftaran,banyak benda jugak jadi unit pendaftaran ni,ha baru rasa....Perasmian dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS pusat,YB Zailah,atau beliau lebih senang dikenali dengan Kak Lah.Beliau berkongsi berkaitan manusia yang makin jauh dengan Al-Quran dan Sunnah.Beliau menceritakan pengalaman beliau melawat penjara,amat mendukacitakan 95% adalah bangsa melayu,dan beliau berkongsi bagaimana muslimat berbuka puasa bersama golongan 3P(pondan,pelacur dan penagih),sungguh terharu mendengar cerita beliau,hakikatnya mereka semua tu tak mahu jadi begitu,tapi disebabkan kesempitan hidup,masalah keluarga mereka terpaksa jalan serong itu,itulah antara luahan yang mereka peroleh.Allah,semoga DIKAU kurniai mereka hidayah dan taufiqMU dan kekalkan kami dalam petunjukMU!
Allah...saya kagumi Kak Lah ini,dulu pernah berpeluang bertemu mata dengan beliau,kini sekali lagi.Ingatkan beliau datang dengan PA dengan beliau,tapi berseorangan sahaja dengan memandu sendiri,Allah...!rahmatilah pemimpin-pemimpin Islam kami terutamanya di Malaysia!Terus kuatkan mereka dan kami semua dalam medanMU!
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
12 August 2012
06 August 2012
Be Humble!
mujahidah : dengarlah 'pemberian' daripada Ustaz Ebit Lew,sungguh menusuk hati,semenjak dengar di motivasi ikim sepanjang bulan Jun hari tu,rasa 'ketagih' nak dengar 'leteran' beliau.Lalu menjadi antara penceramah yang disukai diri kini.Semoga Allah merahmati beliau!
Subscribe to:
Posts (Atom)
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)