30 March 2010

SUARA WANITA AURAT?

Assalammualaikum semua(*_*),lama rasanya diri ini tidak "update" blog,sebenarnya ada idea tajuk yang ingin dikongsikan,cuma tidak berkesempatan menaip:)kali ni saya kongsi 1 tajuk dahulu,mengenai apa?mengenai DAKWAH WANITA MELALUI BIDANG SENI SUARA(NASYID).boleh ke?

Sekiranya ditanyakan kepada saya,saya memang langsung tidak bersetuju perempuan bernyanyi walaupun mereka berniat baik untuk berdakwah,melainkan lagu-lagu yang mereka dendangkan hanya diperdengar kepada kaum sejenis sahaja,harus hukumnya.tapi jika diperdendangkan kepada umum,campur dengan lelaki,pasti berbeza hukumnya.

Jangankan mengenai hal ini,saya juga berpandangan sekiranya lelaki yang bergelar hafiz sekalipun,saya tak setuju untuk mereka terlibat dengan bidang seni nyanyian(saya ada pendapat saya sendiri :) )


Kita beralih ke tajuk pokok kita,sebelum kita kupas lebih lanjut,1 persoalan,mesti kita pernah dengar bahawa suara wanita aurat...iyeke?suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat,semua mazhab menganggap suara wanita bukanlah aurat.Tapi!ia akan menjadi aurat apabila wanita melembutkan & memanjakan suara mereka kepada lelaki bukan mahramnya(yang boleh menggugat iman lelaki)...mungkin kita pernah dengar daripada sahabat-sahabat lelaki kita berkata

"lembut la suara si dia tu,rasa nak berkenalan la...(sambil tersenyum kambing)"

tak kurang juga..."sedapnya nyanyian penyanyi perempuan tu tadi,kat mana boleh dapat kaset dia ha..."(dah macam orang kene pukau)

"...maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit,dan sebaliknya,berkatalah dengan kata-kata yang baik,sesuai & sopan"(Al-Ahzab:32)

para ulama' tafsir berpendapat,suara wanita yang dilagukan termasuk daripada kecantikan-kecantikan(yang tidak harus dipertonton & diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram),para ulama lain menafsirkan:

1)Imam As-Suddi:"larangan buat kaum wanita yang melembutkan,melunakkan dan manja apabila di hadapan khalayak lelaki"

2)Imam Qurtubi:"...kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafik & ahli maksiat berfikir jahat.

"Allah tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNYA"(R.Al-Bukhari)

apa yang anda faham melalui hadis di atas?bila kita nak ubati sesuatu,bukan ubatinya dengan benda haram.suara wanita menjadi aurat apabila dilenggokkan,dimerdukan,ia haram,berdakwah 1 niat yang baik,tapi bukan dengan suara wanita,ia haram...cukuplah kaum adam sahaja berdakwah melalui bidang seni suara ini.matlamat tidak menghalalkan cara.wallahua'lam.
mujahidahputeri:saya suka mendengar lagu-lagu daripada kumpulan nasyid wanita,memang penuh dengan unsur dakwah dan ketuhanan...tapi cukuplah saya sebagai yang bergelar wanita menyatakan kekaguman tersebut bukannya yang berlainan "gender".bidang dakwah luas,dan banyak bidang yang kita boleh ceburi...apa yang penting ?:) bersesuaian dengan wanita & tiada hukum yang mengharamkannya.wallahua'lam.

:.p/s:rujukan buku ustaz zaharuddin abd.rahman(UNTUKMU WANITA).:


Free Signature Generator

23 March 2010

HANYA PERSINGGAHAN


"sebuah persinggahan insani,
persinggahan yang mematangkan&menginsafi diri,
demi kebaikan diri & redhaMU rabbi...ku akur semua ini,
pasti yang lebih baik&terbaik buat diri hadir mewarnai,
cuma pintaku rabbi sentiasa KAU rasakan hatiku hanya bersamaMU,
kerana ENGKAULAH SEBAIK2 PELINDUNG,SEBAIK2 PENOLONG!"

:.nukilan mujahidahputeri86-9.49am-23/3/10.:
Free Signature Generator

11 March 2010

TIADA GANTI


CAIRO (AFP) – Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, Grand Imam of Al-Azhar -- Sunni Islam's highest seat of learning -- died on Wednesday in Saudi Arabia of a heart attack, the official MENA news agency reported.

Tantawi, 81, was in Riyadh to attend the King Faisal awards ceremony, it said.

He died in the Saudi Arabian capital "after a sudden heart attack," MENA said.

mujahidah:AL-FATIHAH:SHEIKHUL AZHAR,SHEIKH SAYED TANTAWI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH~wakafa bilmauti wa'izhan~

Free Signature Generator

GEMPUR!



Free Signature Generator

Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...