22 April 2009

LET'S TRY IT

Bila dah cuti,duduk rumah kenalah berkhidmatkan...takkan nak goyang kaki je.teringat kata-kata adik seperjuangan saya...madihah, dia kata kalau duduk rumah,bila dah cuti ambil peluang sebaiknya dengan family,berkhidmat untuk mereka,berbual dengan mereka,bergaduh dengan mereka(gaduh-gaduh sayang)tak adalah rasa terkilan bila dah habis cuti nanti(*_*),saya sokong kata adik saya tu!Hari ni saya nak kongsi lauk apa yang saya masak,saya kalau masak saya tak suka ada orang lain ganggu(memang selesa begitu)biar saya seorang je yang "handle"(macam dah pakar je konon...hik3)...ok menu saya hari ni,daging masak asam,sayur petola masak air dan ikan goreng.Tapi saya nak berkongsi macam mana nak masak asam je,yang sayur dan ikan tu mesti ramai da tahu.


DAGING MASAK ASAM


Bahan-bahan:

1.daging yang telah dipotong
2.bawang merah 4-5ulas
3.bawang putih 4-5ulas
4.kunyit 3 inci
5.halia 3inci
6.rempah kari daging
7.kerisik
8.asam jawa
9.daun limau dalam 4-5 helai
10.kentang(tak ada pun tak pe)
11.garam.
12.gula,khas untuk chef kelantan,hehe tak delah,sebagai ganti ajinomoto:-)
13.yang paling penting...hehe...lesung,sudip,periuk,kuali;-)

Cara-cara :

1.rebus daging sehingga empuk dalam periuk(nak cepat empuk masukkan sudu,petua ni)
2.bawang merah,bawang putih,kunyit dan halia di tumbuk
3.hasil tumbukkan tadi(erk...betul ke ayat tu...) gaulkan dengan rempah kari daging dan dimasukkan sedikit air(sebatikan)
4.panaskan minyak dalam kuali,selepas itu tumiskan hasil sebatian tadi ke dalam kuali tersebut sehingga garing,tapi jangan garing sampai hangus lak...
5.masukkan hasil tumisan dalm kuali tadi,kelaurkan dan masukkan ke dalam periuk yang berisi daging tadi
6.perahkan air asam ke dalamnya,masukkan garam dan gula secukup rasa,dan masukkan daun limau dan kentang.
7.tunggu sehingga mendidih,dan kentang empuk.
8.boleh di hidangkan(*_*)

SELAMAT MENCUBA(*_*)
Free Signature Generator

2 comments:

  1. best nyer masak asam.. mak oi, dah terliur dah. xsabar nak balik melaka camni.. ohohoh..

    ReplyDelete
  2. xpayah balik melaka pun xpe ust,kan dah ada menu dia tu,buat kat selngor je pun xpe:-)

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...