27 April 2020

Bolehkah ku curi sedikit rahasia-Mu?

Kalau benar kita akan dipertemukan,bolehkah kucuri sedikit rahasiaNya?Agar aku tahu bahawa aku sedang menunggu yang baik sekaligus yang terbaik bagiNya.Agar kekhawatiranku mereda.

Aku khawatir jika aku diuji melalui pernikahan.Aku selalu bermimpi melalui pernikahan kudapati orang yang bisa berjalan seiring,sesisi,bisa menenangkan jalan ke depan.Namun,melihat bagaimana jalan hidup di sekitarku,banyak di antara temanku diuji melalui pasangannya,yang berkhianat,yang kasar,yang tak bertanggungjawab,semua hal yang ku takutkan.

Kalau benar kita akan dipertemukan,bolehkah ku curi sedikit rahasiaNya?Agar aku yakin,bahwa apa yang ku persiapkan sampai hari ini tidak menjadi sia-sia.

Aku telah menyiapkan banyak hal untk menyambutmu,apa jadinya nanti kalau segala bentuk persiapan ini menjadi tiada artinya bagimu?Bagaimana jika semua persiapan ini tidak bisa ku ceritakan kepadamu,juga tidak mendapatkan sambutan yang hangat.

Kadang ku rasa,ketakutan ini berlebihan.Namun,bagaimana ceritanya,hidup memberiku gambaran yang berbeda dari anganku.

"Bolehkah Kau ceritakan sedikit rahasiaMu?'doaku suatu malam,sembari menangis.

Petikan buku Arah Musim nukilan Kurniawan Gunadi

23 April 2020

LANGKAH TADABBUR AL-QURAN



8 langkah Tadabbur Al Quran (Ustaz Syaari Abdul Rahman)

T- Teruja,hendaklah ada rasa teruja.Seperti orang yang sakit nak sangat sembuh,seperti orang lapar nak sangat makanan.Seperti orang yang dalam kegelapan nak sangat kepada cahaya.
A-Ambil berat bacaan Al Quran.Makhraj huruf,tajwid.
D-Dapatkan terjemahan yang diiktiraf.
A-Ajukan soalan .(Siapa,bila,di mana) untuk buat kita rasa nak dapatkan rujukan.
B-Belek tafsir,share dengan orang lain. seperti Ibnu Kathir,Al Azhar.
B-Bertanya faedah /pengajaran untuk diri sendiri.
U-Usaha beramal hasil kita tadabbur.
R-Rasai perubahan jiwa.Rangsang juga orang lain untuk berubah.
Peringatan : Sepanjang tadabbur,perlu ada rasa rendah diri dengan ayat Allah.
#Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh kehambaan dan ketaqwaan.
#Semoga ada rezeqi bertemu Ramadhan.Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada sebelumnya.
#Ramadhan bulan ibadah,Ramadhan bulan Al Quran.

20 April 2020

Intermittent Fasting Journey



Perjalanan Intermittent Fasting.
Ia masih diteruskan walaupun ada masa culas juga,apa kita panggil tu,cheat day,kadang2 bukan cheat day,cheat days๐Ÿ™Š๐Ÿ˜†
Bermula IF Disember 2018-sekarang.Alhamdulillah,asbab percubaan usaha melalui IF ni,selain turun beberapa kilo,IF juga memberi kesan baik kepada masalah kesihatan yang pernah dihadapi dan sedang dihidapi.Nak kurus tu memang 1 hal sebab pernah overweight(ni pun dulu sebab ada orang tegur,kalau tak, memang perasan diri ni kurus๐Ÿ˜,terima kasih kepada yang menegur).
Pernah cuba pelbagai cara lain,tak makan nasi,eat clean,cara tu semua ok,cuma bukan terbaik untuk saya yang suka makan nih๐Ÿ˜‚IF,tak ada halangan untuk kita makan apa pun,selagi halal lah kan,hehe.Cuma ia ada penetapan waktu berapa lama perlu kosongkan perut,berapa jam untuk makan.Selalu buat 16jam puasa(just minum air putih),8jam makan.Isnin, Khamis puasa betul+Jangan dilupa juga exercise walaupun sedikit.
Semoga apa yang dituai,tak sia-sialah sebab PKP ni yek ๐Ÿ˜‚Almaklum semangat mencuba masak macam2 time pkp ni lain maciem,saje bagi peringatan ke diri sendiri,nasib baik IF tak ada pantang larang nak makan apa pun.๐Ÿ™Š
Stay home,Stay safe,stay healthy semua๐Ÿ˜‰๐ŸŒน

15 April 2020

KAEDAH MURAJAAH

 Pertama
Saya akan bahagikan 3 bahagian.
Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10
Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20
Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzuk 30

 Kedua
Saya akan ambil satu muka sahaja setiap bahagian tersebut. Kiranya setiap hari hanya 3 muka saya akan mengulang baru.
Contoh :
Bahagian 1 : Juzuk 1 (Muka surat 2).
Bahagian 2 : Juzuk 11 (Muka surat 201 )
Bahagian 3 : Juzuk 21 (Muka surat 402)

 Ketiga
Saya akan bahagikan mereka mengikut kesesuaian masa.
Contoh :
Bahagian 1 : Selepas zohor - sebelum maghrib (Sebab bahagian ni dah ingat kan? Maka saya letak waktu kemuncak penat dan malas)
Bahagian 2 : Selepas maghrib - sebelum tidur (Sebab ni bahagian sederhana ingat)
Bahagian 3 : Selepas subuh - sebelum zohor (Sebab bahagian paling tenat๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀)

 Keempat
Berapa kali ulang?
Terpulang kepada diri sendiri.
Contoh saya buat :
Baca dan tengok : 20 x
Hafaz : 10 x
Ulang tanpa tengok : 10 x.
Total : 40 x setiap muka.
Kiranya kita akan ulang setiap 1 juzuk sebanyak 40 x.
Banyak? Sikit? Haa terpulang pada diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri.

 Kelima
Yang lepas punya, nak ulang bila?
Ini terpulang kepada kemampuan tersendiri. Kalau saya, saya akan ulang sebelum saya mula hafaz muka baharu ataupun saya akan ulang ketika solat-solat sunat harian.

 Keenam
Pening?
Kan dah cakap dari awal kaedah ni pening tapi dari DQ saya buat sendiri kaedah ni dan saya seronok sebab tak terlalu berat dan tak terlalu ringan bagi saya.
Sambil-sambil tu boleh baca terjemahan al-Quran.

 Kelapan
Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa ringan, boleh tambah lagi. Kalau rasa berat, boleh kurangkan.

Saya sertakan jadual yang saya dah edit untuk kalian jika berminat untuk gunakan kaedah ini. Antara kelebihannya ialah boleh ingat depan belakang kiri kanan bawah tengah tepi setiap muka surat al-Quran.

Tak percaya? Cubalah ๐Ÿ˜

Oleh :

Saudari Iwana Aisyah Ab Halim
Sehingga al-Quran terpahat di hati


Nota: Boleh cuba ni,selalu lebih suka ikut turutan,cara ni boleh cuba,sebab tak delah tertinggal juz-juz yang tenat :D

13 April 2020

TENTANG AKHLAK

Tentang Akhlak,salah satu tajuk yang disentuh di dalam buku Surat Cinta Untuk Pendosa oleh Ustaz Adnin Roslan.Buku ni aku baca tak ikut turutan,yang mana tajuk yang aku rasa menarik, dan terasa nak baca,aku baca.Dan tajuk akhlak ni nampak macam biasa,tapi bila aku baca subhanaAllah,aku memang dapat sesuatu walaupun baru intro pasal akhlak dan aku tertidur lepas tu hehe,tapi aku nak tidur tu dalam rasa kepuasan sebab aku dapat deep point ,sekarang ni antara penulis yang aku rasa tak sia-sia dan aku boleh terima penulisannya ialah Ustaz Adnin,mesti dapat sesuatu,hatta tazkirah ringkasnya di instagram beliau pun sangat memberi sesuatu.Bolehlah cari.

Ok kita masuk kepada isi utama,tak nak kongsi banyak pun,biar sedikit,tapi membekas,gituuu...Aku hanya nak kutip semula apa yang ustaz kongsi dalam buku Surat Cinta Untuk Pendosa bawah bab Tentang Akhlak.Jom la kita.

.
.
Dalam mengejar redha dan syurga Allah,hakikatnya kita bukan sahaja kena menjaga hubungan dengan Allah SWT,bahkan hakikatnya,kita perlu juga menjaga hubungan dan akhlak sesama manusia.

Hatta,wahai kawanku,Nabi diutus ada 2 sebab besar.

Pertama,kerana ingin mengajak manusia untuk menyembah Allah,mentauhidkan Allah dan meninggikan hukum Allah,mentauhidkan Allah dan meninggikan hukum Allah di dunia,serta menjatuhkan taghut.

Allah berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".Maka di antara mereka (yang menerima seruan rasul itu),ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan.Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulNya.(Surah An Nahl 16:36)

Kedua,Nabi juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kita.

Nabi SAW pernah bersabda : Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (Hadith riwayat Imam Malik)

Sekiranya kita tidak menjaga akhlak,takut-takut disebabkan buruknya akhlak kita,menjadi asbab kita masuk ke neraka,walaupun ibadah kita banyak.

Sebab tu,kalau nak berubah ni,buat ibadah dan tinggalkan maksiat sahaja tidak mencukupi,tetapi kita juga perlu menjaga akhlak kita,wahai kawan.

KENAPA PERLU BELAJAR TENTANG AKHLAK?

1.Kerana Akhlak nabi diutus.

Nampaknya kau macam terkejut!Mesti kau rasa pelik,kenapa nabi diutus kerana akhlak?Penting sangat ke akhlak ni sampai Allah kena utus Nabi?

Rileks...sebab memang itulah antara tujuan nabi diutus,wahai kawanku kerana nak perbaiki akhlak manusia!

Mungkin kau rasa macam tak masuk akal yang nabi diutus kerana akhlak.Bahkan,kalau kau nak tahu wahai sahabatku,hakikatnya solat,puasa,doa,zikir,haji zakat,dakwah dan sebagainya bertujuan untuk perbaiki akhlak!Bahkan,hampir semua ibadah adalah bertujuan untuk perbaiki akhlak!Tak percaya?

SOLAT,tujuan solat adalah untuk perbaiki akhlak!

Allah berfirman :

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al Quran dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun);sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar;dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan..."(Surah Al Ankabut 29:45)

Bermakna,kalau solat yang kita buat tak berjaya mencengah diri kita daripada perbuatan keji dan mungkar,hakikatnya solat kita tak sempurna dan tiada manfaat kerana sepatutnya kesan solat adalah akhlak kita akan jadi baik!

PUASA,tujuannya adalah untuk perbaiki akhlak!

Nabi SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melaksanakan puasa,maka janganlah berkata kotor dan menipu.Jika seseorang mencelamu atau hendak membunuhmu,maka katakanlah,"Sesungguhnya saya sedang berpuasa!" (Hadith riwayat Muslim)

Subhanallah!Rupa-rupanya puasa pun tujuannya adalah untuk perbaiki akhlak kita!

ZAKAT,juga bertujuan untuk perbaiki akhlak kita !

Allah berfirman :

"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat),supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk);dan dooakanlah untuk mereka kerana sesugguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka;dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui" (Surah At Taubah 9:103)

Terkejut,kan?

Rupa-rupanya semua ibadah ni,kesannya adalah untuk perbaiki akhlak kita.

Nak bukti lagi?Boleh.Hehe

HAJI,pun antara objektifnya adalah untuk perbaiki akhlak kita,wahai kawan.

Sebab tu Allah berfirman :

"(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu adalah beberapa bulan yang termaklum.Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu,maka tidak boleh mencampuri isteri;dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar,dalam masa mengerjakan ibadat haji;dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah;dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalitu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah);dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).' (Surah Al Baqarah 2:197)

Sebab tu,belajar akhlak ni penting.

.
.
Ok Alhamdulillah,selesai berkongsi sedikit tulisan Ustaz Adnin tentang akhlak.Sebenarnya panjang lagi tajuk akhlak yang ustaz ulas,tapi saya kongsi yang sempat saya baca sahaja dahulu dan yang buat saya rasa (a'aa ek,kenapa boleh tak perasan selama ni,hanya kerana tak ada tulis perkataan akhlak,jadi kita tak nampak hubungkait yang sangat rapat akhlak dan ibadah,astaghfirullah).Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kesan kepada kita semua,semoga lebih lazat lagi dalam ibadah dan membuahkan akhlak yang baik.InsyaAllah ^^



02 April 2020

MENGALAH DAN BAHAGIA

Suatu hari kita akan paham bagaimana rasanya mengalah dan bahagia.Saat kita tidak lagi berpikir  tentang menang dan kalah dalam hidup ini.Saat kita tidak lagi sibuk membangun anggapan tentang diri.Saat kita memiliki hati yang sudah pandai untuk bersyukur.

Diri yang bersedia untuk berjuang dan berkorban,tapi ikhlas terhadap ketetapan.Semua itu akan ada masanya.Untuk mencapai masa itu,kita perlu melewati setiap detail perjalanan kita saat ini,sebaik-baiknya.Meski,kadang kita pun tidak mampu menilai sebaik apa perjalanan yang telah kita lakukan.

Kita tidak lagi mengukur kebahagiaan dan kesedihan dari memiliki sesuatu atau tidak.Alasan-alasan kebahagiaan menjadi lebih sederhana.Kita tidak lagi terusik pada apa kata orang,pada hal-hal yang orang lain capai,pada hal-hal yang orang lain begitu berambisi untuk mendapatkannya.

Perjalanan hidup kita bisa menjadi lebih hati-hati dan waspada,dua hal yang terlewat saat kita tergesa-gesa.

Petikan buku :Arah Musim
Penulis : Kurniawan Gunadi


UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku๐Ÿ˜‚Tapi sebab pernah d...