13 April 2020

TENTANG AKHLAK

Tentang Akhlak,salah satu tajuk yang disentuh di dalam buku Surat Cinta Untuk Pendosa oleh Ustaz Adnin Roslan.Buku ni aku baca tak ikut turutan,yang mana tajuk yang aku rasa menarik, dan terasa nak baca,aku baca.Dan tajuk akhlak ni nampak macam biasa,tapi bila aku baca subhanaAllah,aku memang dapat sesuatu walaupun baru intro pasal akhlak dan aku tertidur lepas tu hehe,tapi aku nak tidur tu dalam rasa kepuasan sebab aku dapat deep point ,sekarang ni antara penulis yang aku rasa tak sia-sia dan aku boleh terima penulisannya ialah Ustaz Adnin,mesti dapat sesuatu,hatta tazkirah ringkasnya di instagram beliau pun sangat memberi sesuatu.Bolehlah cari.

Ok kita masuk kepada isi utama,tak nak kongsi banyak pun,biar sedikit,tapi membekas,gituuu...Aku hanya nak kutip semula apa yang ustaz kongsi dalam buku Surat Cinta Untuk Pendosa bawah bab Tentang Akhlak.Jom la kita.

.
.
Dalam mengejar redha dan syurga Allah,hakikatnya kita bukan sahaja kena menjaga hubungan dengan Allah SWT,bahkan hakikatnya,kita perlu juga menjaga hubungan dan akhlak sesama manusia.

Hatta,wahai kawanku,Nabi diutus ada 2 sebab besar.

Pertama,kerana ingin mengajak manusia untuk menyembah Allah,mentauhidkan Allah dan meninggikan hukum Allah,mentauhidkan Allah dan meninggikan hukum Allah di dunia,serta menjatuhkan taghut.

Allah berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".Maka di antara mereka (yang menerima seruan rasul itu),ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan.Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulNya.(Surah An Nahl 16:36)

Kedua,Nabi juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kita.

Nabi SAW pernah bersabda : Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (Hadith riwayat Imam Malik)

Sekiranya kita tidak menjaga akhlak,takut-takut disebabkan buruknya akhlak kita,menjadi asbab kita masuk ke neraka,walaupun ibadah kita banyak.

Sebab tu,kalau nak berubah ni,buat ibadah dan tinggalkan maksiat sahaja tidak mencukupi,tetapi kita juga perlu menjaga akhlak kita,wahai kawan.

KENAPA PERLU BELAJAR TENTANG AKHLAK?

1.Kerana Akhlak nabi diutus.

Nampaknya kau macam terkejut!Mesti kau rasa pelik,kenapa nabi diutus kerana akhlak?Penting sangat ke akhlak ni sampai Allah kena utus Nabi?

Rileks...sebab memang itulah antara tujuan nabi diutus,wahai kawanku kerana nak perbaiki akhlak manusia!

Mungkin kau rasa macam tak masuk akal yang nabi diutus kerana akhlak.Bahkan,kalau kau nak tahu wahai sahabatku,hakikatnya solat,puasa,doa,zikir,haji zakat,dakwah dan sebagainya bertujuan untuk perbaiki akhlak!Bahkan,hampir semua ibadah adalah bertujuan untuk perbaiki akhlak!Tak percaya?

SOLAT,tujuan solat adalah untuk perbaiki akhlak!

Allah berfirman :

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al Quran dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun);sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar;dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan..."(Surah Al Ankabut 29:45)

Bermakna,kalau solat yang kita buat tak berjaya mencengah diri kita daripada perbuatan keji dan mungkar,hakikatnya solat kita tak sempurna dan tiada manfaat kerana sepatutnya kesan solat adalah akhlak kita akan jadi baik!

PUASA,tujuannya adalah untuk perbaiki akhlak!

Nabi SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melaksanakan puasa,maka janganlah berkata kotor dan menipu.Jika seseorang mencelamu atau hendak membunuhmu,maka katakanlah,"Sesungguhnya saya sedang berpuasa!" (Hadith riwayat Muslim)

Subhanallah!Rupa-rupanya puasa pun tujuannya adalah untuk perbaiki akhlak kita!

ZAKAT,juga bertujuan untuk perbaiki akhlak kita !

Allah berfirman :

"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat),supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk);dan dooakanlah untuk mereka kerana sesugguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka;dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui" (Surah At Taubah 9:103)

Terkejut,kan?

Rupa-rupanya semua ibadah ni,kesannya adalah untuk perbaiki akhlak kita.

Nak bukti lagi?Boleh.Hehe

HAJI,pun antara objektifnya adalah untuk perbaiki akhlak kita,wahai kawan.

Sebab tu Allah berfirman :

"(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu adalah beberapa bulan yang termaklum.Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu,maka tidak boleh mencampuri isteri;dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar,dalam masa mengerjakan ibadat haji;dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah;dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalitu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah);dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).' (Surah Al Baqarah 2:197)

Sebab tu,belajar akhlak ni penting.

.
.
Ok Alhamdulillah,selesai berkongsi sedikit tulisan Ustaz Adnin tentang akhlak.Sebenarnya panjang lagi tajuk akhlak yang ustaz ulas,tapi saya kongsi yang sempat saya baca sahaja dahulu dan yang buat saya rasa (a'aa ek,kenapa boleh tak perasan selama ni,hanya kerana tak ada tulis perkataan akhlak,jadi kita tak nampak hubungkait yang sangat rapat akhlak dan ibadah,astaghfirullah).Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kesan kepada kita semua,semoga lebih lazat lagi dalam ibadah dan membuahkan akhlak yang baik.InsyaAllah ^^



No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...