15 April 2020

KAEDAH MURAJAAH

 Pertama
Saya akan bahagikan 3 bahagian.
Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10
Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20
Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzuk 30

 Kedua
Saya akan ambil satu muka sahaja setiap bahagian tersebut. Kiranya setiap hari hanya 3 muka saya akan mengulang baru.
Contoh :
Bahagian 1 : Juzuk 1 (Muka surat 2).
Bahagian 2 : Juzuk 11 (Muka surat 201 )
Bahagian 3 : Juzuk 21 (Muka surat 402)

 Ketiga
Saya akan bahagikan mereka mengikut kesesuaian masa.
Contoh :
Bahagian 1 : Selepas zohor - sebelum maghrib (Sebab bahagian ni dah ingat kan? Maka saya letak waktu kemuncak penat dan malas)
Bahagian 2 : Selepas maghrib - sebelum tidur (Sebab ni bahagian sederhana ingat)
Bahagian 3 : Selepas subuh - sebelum zohor (Sebab bahagian paling tenat💆🏻‍♀)

 Keempat
Berapa kali ulang?
Terpulang kepada diri sendiri.
Contoh saya buat :
Baca dan tengok : 20 x
Hafaz : 10 x
Ulang tanpa tengok : 10 x.
Total : 40 x setiap muka.
Kiranya kita akan ulang setiap 1 juzuk sebanyak 40 x.
Banyak? Sikit? Haa terpulang pada diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri.

 Kelima
Yang lepas punya, nak ulang bila?
Ini terpulang kepada kemampuan tersendiri. Kalau saya, saya akan ulang sebelum saya mula hafaz muka baharu ataupun saya akan ulang ketika solat-solat sunat harian.

 Keenam
Pening?
Kan dah cakap dari awal kaedah ni pening tapi dari DQ saya buat sendiri kaedah ni dan saya seronok sebab tak terlalu berat dan tak terlalu ringan bagi saya.
Sambil-sambil tu boleh baca terjemahan al-Quran.

 Kelapan
Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa ringan, boleh tambah lagi. Kalau rasa berat, boleh kurangkan.

Saya sertakan jadual yang saya dah edit untuk kalian jika berminat untuk gunakan kaedah ini. Antara kelebihannya ialah boleh ingat depan belakang kiri kanan bawah tengah tepi setiap muka surat al-Quran.

Tak percaya? Cubalah 😁

Oleh :

Saudari Iwana Aisyah Ab Halim
Sehingga al-Quran terpahat di hati


Nota: Boleh cuba ni,selalu lebih suka ikut turutan,cara ni boleh cuba,sebab tak delah tertinggal juz-juz yang tenat :D

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...