30 April 2009

CALONNYA IALAH...

Dr.Mansor Othman

Exco kerajaan Pulau Pinang sebulat suara menerima cadangan Mansor Othman mengisi kekosongan timbalan satu ketua menteri jika timbalan pengerusi perhubungan PKR itu menang di Penanti.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dicapai dalam
perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat exco semalam, lapor Bernama.

"Exco menerima sebulat suara cadangan itu sekiranya Mansor menang dan menjadi ADUN Penanti pada pilihan raya kecil itu
nanti," beliau dipetik berkata.

Lim diminta mengulas kekosongan jawatan itu selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskannya pada 8 April lepas.

Selasa lepas, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mansor sebagai calon parti itu pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan berlangsung 23 hingga 31 Mei ini.

Pada pilihanraya umum, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi.

mujahidah:macam-macam dengar pasal PRK di Penanti ni,ada yang bersiap siaga dah nak teruskan peperangan,tak kurang juga ada yang macam dah takut nak hantar calon,sebab asik kalah je dalam PRK sebelum-sebelum ni,hehe.sape la tu ek;-)apa-apa je la...(*_*)wallahua'lam.

Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...