29 April 2009

PERANANKU DAN KAMU...

Tugas kita dekat muka bumi ni banyakkan dan antaranya semua sinonimkan dengan perkataan berdakwah...mengajak orang buat baik dan suruh tinggalkan yang tak baik.persoalannya siapa yang layak berdakwah ye?ustaz ustazah je ke? orang yang pernah sekolah agama je ke?orang yang baru habiskan pengajian dari timur tengah sahaja ke?

Kita biasa juga dengar orang kata..."ala...tak layaklah nak berdakwah kat orang,aku bukan sekolah agama,xcukup ilmu lagi"dan macam-macamlah keluhannya.hmm...apa-apa je la orang yang dok mengeluh macam tu,kalau nak tunggu ilmu tu sempurna,hmm alamatnya tak ada seorang pun layak nak berdakwah kat orang lain.mana tidaknya,memang mustahil kita nak "cover" semua ilmu kat dunia ni.ok cuba renung muhasabah di bawah ni.


MENGAPA AKU DIHIDUPKAN DI DUNIA INI?

UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH...

"pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNYA,lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"
(Suran Al-Bayyinah: 28)

UNTUK AKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...

"dan DIAlah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,kerana DIA hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNYA kepada kamu.sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNYA dan sesungguhnya DIA Maha pengampun,lagi Maha mengasihani"
(Surah Al-An'am :165)

UNTUK AKU MENYERU KEBAIKAN,MEMBANTERAS KEJAHATAN...

"dan hendaklah ada di antara kamu 1 puak yang menyeru(berdakwah)kepada kebajikan dan menyuruh membuat segala perkara yang baik,dan melarang segala yang salah,dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya"
(Surah Ali Imran :104)

ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA...

"Maka adalah patut kamu menyangka bahawa kami hanya mencipta kamu(dari tiada kepada ada)sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada kami?"
(Al-Mukminun :115)

Jadi jelas peranan semuakan sekarang ni.tak kiralah siapa kita pun,dah namanya hamba,dah namanya manusia jadi tu lah peranan kita...tak payah lah nak dok mengeluh bukan budak sekolah agamalah,bukan kerja saya lah,tak cukup ilmu lah...cukup-cukuplah dengan alasan-alasan tu ye.Cuma mungkin yang jadi masalahnya,orang terlalu jumud fikir,yang berdakwah ni hanya dengan cara dok bagi ceramah,dok pergi ketuk rumah orang,jadi ada yang rasa tak mampu nak buat macam tu.kita kena ingat,kemampuan kita terhad.

saya tak ingat matan dan sanad sebuah hadis,yang ada menyebutkan,yang kita ini adalah penjaga setiap penjuru,maka jagalah penjuru kamu masing-masing daripada musuh-musuh Islam.apa yang dimaksudkan dengan penjuru di sini?penjuru ni,bidang masing-masing,kemampuan masing-masing.kalau kita "engineer",berdakwahlah di bidang tersebut,contohnye doktor,masa sedang "check"pesakit tu tunjukkan nilai-nilai Islam dalam keje tu,macam baca bismillah ke,ketika nak bagi "injection",pastu cakaplah pada pesakit tu,ni ujian daripada Allah,nak makan ubat baca doa,dan bidang-bidang yang lain pelajar ke kamu,kerani ke kamu,engineer ke kamu dan macam-macamlah lagi.

Ok,dari segi pendekatan pula,ikutlah kemampuan masing-masing,ada di kalangan kita Allah kurniakan kelebihan dalam penulisan,jadi gunakan kelebihan itu untuk berdakwah dengan menulis artikel-artikel di surat khabar,hasilkan buku,novel,cerpen yang membawa kita ingat kepada Allah.Ada di kalangan kita kelebihan dalam melukis,ha...gunakan kelebihan tu lukis kartun,hasilkan manga,komik,lawan manga-manga dan komik-komik macam dragon ball dan macam-macam la lagi kat pasaran tu,selitkan unsur-unsur dakwah di situ.

Apa lagi?ha...ada yang suka layari internet kan.rasanya memang majoriti begitu sekarang ni.nak-nak remaja macam saya(eh remaja lagi ke ek,macam dah tua je...hehe),ada yang suka "join"web-web seperti "friendster,myspace,facebook,netlog,hi5"dan macam-macam la lagi sekarang ni...gunakanlah lama-laman begitu untuk berdakwah,hantar komen,mesej kata-kata,ayat quran,hadis ke.ikut kemampuan.ada yang suka "chatting",selain untuk berukhuwah,gunakanah ia sebagai laman untuk berdiskusi isu semasa ke,isu ummah ke...ada yang ada blog,macam saya...hehe,gunakanlah ia sebagai medan dakwah anda.macam-macam kan cara,macam-macam kemudahan sekarang ni.

Gunakan kemudahan yang ada,teknologi yang ada,idea-idea yang ada untuk kebaikan...kalau orang lain,musuh-musuh Islam guna kemudahan-kemudahan yang ada sekarang ni untuk sebarkan dakyah mereka,takkan kita ni pulak,nak dok diam sahaja,nak marah,membenci tanpa membuat apa.betul tak saudara seislamku sekalian."We have to do something,after this don't say"tak layaklah,tak cukup ilmu lah,dan macam-macamlah alasan lain,buat apa yang masing-masing mampu.wallahua'lam.

Free Signature Generator

5 comments:

  1. Betul tu ana setuju...

    doa makan ubat...

    bismillahi kafi, bismillahi mu'afi, bismillahi syafi, bismillahillazi laa yadhurruhu ma'ash mihi syaiul fil ardhi, walaa fissama i wahuassamiul alim...

    ustaz ana kate kita dakwah ubat dulu sebelum makan... ubat x menyembuhkan yang menyembuhkan hanyalah Allah... makan ubat menunjukkan kesungguhan kita untuk sembuh. baca doa yang nabi ajar, tengok makna pon dah tau bukan ubat yang menyembuhkan...

    semoga dapat amal dan sampaikan...

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. syukran.nta ingat x matan dan sanad hadis mgenai jaga penjuru masing2 tu.

    ReplyDelete
  3. salam ya adindaku imah yg dikasihi.. amboi bnyk le yg dh diupgradekan x sempat akak nak baca.. erm bila sebut pasal dakwah ni mmg luas sgt. ilmu ALLAH telalu luas semakin kita bnyk membaca & mencarinya smkn dalam dan luasnya utk kita memahami utk disampaikan kpd mereka yg bergelar insan spt kita2 nile..dan semakin bnyk kita tak tahu bila dh banyk kita selam kalam ALLAH ini.. erm teringat pula 2nd perjumpaan kita baru2 nak rapatkan ukhwah tautan hati... masa prg Karnival Gombak, imah, yan, suhaila kt berhujan nak cari tempat makan so dok le dkt masjid uia.. tiba2 si comei sorg tu yang suka merengek adk imah adk akak jg yan.. K.sue yan mcm confius le "akak napa semua org bila pandang kita yg berjubah semua mcm takut nak berkawan dgn kita sdgkan kita ni manusia mcm depa jg..ilmu lbh kurang je tp.. erm akak diam dan tersenyum dgn soalan yg dikemukan,.yan sbnrnya manusia mmg ALLAH jdkan dia utk berfikir,.Dan ALLAH tlh ttpkan diri kt yg telah dipilih utk mnjd sbg insan yg utk mentarbiyahkan org lain kpd nya..alhamdulilah kt telah dipilih dan kini kita sbg khalifah kenalah mainkan peranan utk berdakwah pd org lain dgn berbagai cara tp jgn terlalu drastik.. terkejut depa nanti.. tp secara halus.. (ALLAH bab ni.. akak rasa msh kena upgrade lg iman &ilmu akak utk dekati org lain Agar mereka rasa senang mendekati kt dan tidak anggap ISLAM itu ssh.. :(.ALLAH jdkan kita sbg khalifah utk menyebarkan dakwahnya,mmg kalau org pandang kita berjubah bertudung labuh, berniqab semua anggap kita ni dh peringkat ustazah walhal kita tak sampai ke had itu lagi..mereka takut dan rasa rendah diri utk dekati kt..tp kita pula jgnle menjauhkan diri mereka yg msh mencari arah kehidupan ini.. APA TUJUAN ALLAH JDKAN KITA SBG KHALIFAH, APA TUJUAN KITA HIDUP??? so kena le mainkan tgjwb kita sapapun mereka.. mereka ttp saudara kita utk kita bawa mereka ke jln redha ILAHI..tp kita skrg dgn imej yg kita bawa adalah imej ISLAM. Dakwah itu bukan setakat dgn ILMu yg tinggi tp kalau ada tu alhamdulilah krn mereka dpt mnjwb soalan yg sempurna, mantap utk puaskan hati yg bertanya.. tp bila kt yg berpakaian spt itu ALLAH ketuk pintu hati mereka supaya mereka terbuka hati utk menjaga imej seorg ISLAM.Disini dakwah kita tersebar sedikit demi sedikit agar org non muslim jg tahu batasnya pakaian, pergaulan org ISLAM dan mereka punyai sifat malu yg sgt menebal.insya-allah moga usaha kita diberkati ALLAH dgn niat yg betul.. so sebarkan salam MANISKAN SENYUMAN.. Dakwah itu WAJIB.. :)

    ReplyDelete
  4. yup,btl 2 kak.kita pggl ape.dkwh bilhal kan.org tgk je kita,diorg dpt hidayah.tu dkwh ble kita kata kan,tanpa perlu byk kmdhn o pergerkn.

    ReplyDelete
  5. hah betul le tu dakwah bilhal.. tp jgn kt buat hal kat org sdh le.. dakwah secara halus..trma mka dgn seadanya dlm masa yg sama kita masukkan jarum dgn baik.. dgn sentuhan ksh syg.. agar hati mereka tersentuh dan hati mreka kan berkata... oo.. alhamdulilah ada yg syg dkt diriku rupanya.. moga pintu hati mereka terbuka utk ambil ISLAM sepenuhnya bukan main ceduk kiri sikit, kanan sikt.. depan sikit.. belakang sikt..tp ambil le
    ISLAM tu secara global/keseluruhan.. k TAKBIR!!! ALLAHHUAKHBAR..

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...