19 April 2009

3 HARIKU...

17 APRIL 2009(BOOKFAIR)

saya,laila,angahku nisa',jie dan sufi pergi ke pesta buku,hari pertama kami telah menjejakkan kaki ke PWTC,bukan apa,saya dan angah saya ada 2 "event" 18 dan 19,lepas tu nak balik,jadi terpaksalah kami pergi awal,dikhuatiri tidak berkesempatan lepas-lepas ni.yang lain pun sama,macam jie dia ada "exam",18 hb(sempat lagi berjalan yek...hehe),yang sufi dan laila pun 19 ada hal,lepas 19 memang tak sempat nak pergi sebab kami cuti,mesti nak balik:-)

Gerai buku,keluaran buku PTS,banyak sangat buku menarik

kunjungilah gerai ni,banyak sangat buku-buku menarik,kalau ikutkan nak beli banyak sangat,tapi pulus tak keluar banyak masa tu,lagi pun banyak lagi buku-buku koleksi saya tak habis baca lagi.tapi tak pe je sebenarnya kalau beli banyak,kalau tak baca lagi,insyaAllah akan terbaca juga walaupun lambat habis,itulah saya;-)
gerai ni banyak buku-buku tok guru,milik ust Ridhuan md.nor

ha...gerai ni milik ada abang tu,ex-UIA,ramailah budak UIA yang jaga sini,ada akak tu ajak juga saya jaga gerai ni dari jam 3pm-9pm pada 18hb,tapi tak berkesempatan berbakti,ada hal lain

ni buku-buku yang berjaya "mencuri hati" saya(*_*)

yang cd dia atas tu,cd doa dan sedikit cerita pendek,bagus ceritanya,saya pun dah tengok,nak bagi ke buah hati saya,wan mujahid;-)


18 APRIL 2009(HI-TEA ANAK-ANAK MELAKA BERSAMA YB NIZAR&YB HUSAM MUSA)

hehe,yang ni seronok sikit nak cerita,memang ditunggu-tunggu oleh saya dan angah saya nisa',setibanya kami di stesen Universiti,kami tumpang kak Nas,akak UM(seumur saya pun sebenarnya,tapi panggilan dia memang itu;-)),kami ingat dia tahu jalan,hehe rupa-rupanya,banyak kali kami tawaf sekitar Amcorp Mall,sebab kami diberitahu tempatnya sekitar itu,sampai dah naik hafal bangunan sekitar itu.nasib baiklah akak tu bukan jenis emosional,kelakar lagi adalah,kami dalam kereta ni tak henti-henti ketawa...astaghfirullahalazhim,bukan baik sangat pun sebenarnya ketawa banyak-banyak,tapi dah lawak takkan nak nangis;-)hehe.akhirnya kak nas bertemu janji dengan seorang muslimin ni,kami ingat dia tahu jalan,lagi jauh perjalanan kami rupanya...(sesat juga;-)),lepas tu ditakdirkan kami terpisah pula daripada kereta dia,hmm,apa-apa pun kak Nas yang bersemangat waja tetap bersabar dan berlawak:-),Alhamdulillah,kami jumpa akhirnya,jumpa dulu sebelum muslimin tersebut;-)nasib baik 2 YB tu tak berucap lagi.
ucapan oleh Ust.Ghani Abd.Rahman,pesuruhjaya PAS Melaka

antara ucapan beliau,nampak di wajah saya ceria,tapi hati saya sedih bila memikirkan belum 1 kerusi pun Islam dapat bertapak di Melaka,tapi dengan seramai ini manusia di hadapan saya,saya bertambah berkeyakinan bahawa islam akan dapat mentadbir Melaka.Allahuakbar!

ucapan YAB Dato' Seri IR mohd Nizar Jamaluddin

antara ucapan beliau,bawa semangat bukit gantang,semangat kuala Terengganu ke Melaka dan pastikan kemenangan berpihak pada Islam pada pilihanraya akan datang!


ucapan YB Dato' Hj.Husam Musa,Naib Presiden PAS

Melaka ni bukan kalah ,cuma tak menang je lagi,saya dah mula nampak tanda-tanda UMNO&BN akan terkubur di Melaka sudah ada,dengan Ketua Menterinya yang dituduh merasuah,ambil peluang ini untuk kuatkan jentera kita.


antara hadirin yang hadir

dijangkakan yang hadir adalah 500 orang,tapi Alhamdulillah di luar jangkaan,lebih kurang 1.000 orang.
jamuan

majlis selesai dalam 6pm,selepas selesai majlis,kami ada perjumpaan anak-anak Melaka(MISA),sedikit perbincangan di situ:-)jam 8pm kami bersurai.


19 APRIL 2009(REHLAH)

rehlah bermula lebih kurang jam 1130am,lewat daripada jadual sebenar.ada 3 "checkpoint", sebelum tu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan,kumpulan 1 dan kumpulan 2.saya kumpulan 1,yang ahli-ahlinye memang mantop-mantop hehe,fitri(asyik-asyik group dengan die...hehe),awal-awal dia dah jerit ke saya,"k.imah...apa yang penting?",saya layankanlah adik saya seorang ni,"kerjasama".selain tu,Fathi.Iqbal,Mazni,Laila,Angah Nisa',Najwa,Wani Sabah,dan Lina.

C1,kami kene makan roti secara tutup mata dan orang lain suap,hanya seorang muslimin dan muslimat daripada kedua-dua kumpulan sahaja dibenarkan buka mata.masyaAllah sampai mengalir air mata,semua macam tu,kenapa agaknye ye?entah...hehe kumpulan kami mendahului.

C2,kami dikehendaki mengisi air menggunakan straw ke dalam botol,sehingga paras hitam yang telah ditanda di botol tersebut.kumpulan kami menang lagi...basha!!!

selepas itu kami dikehendaki merentasi sungai,setelah itu ada beberapa soalan yang perlu dijawab dan setiap soalan yang betul diberi 5 markah,dan ditambah tegukkan air.kumpulan kami yang telah menang pada C1 dan C2 telah dibenarkan minum air laici,seorang 4 tegguk,kumpulan 1 lagi,4 teguk air laici dan 6 teguk air sungai:-)

selepas itu,kami sekali lagi berjaya menggupul markah terbanyak,jadi bertambah tegukkan,seorang 6 teguk:-)selepas itu,kami dikehendaki merentas semula sungai,dan kami dikehendaki memasak dengan bahan-bahan yang telah disediakan mengikut konsep dan tema kumpulan masing-masing.

disebabkan kami cepat,jadi kami dibenarkan memilih tempat masak kami sendiri.Alhamdulillah dengan chef-chef handalan yang diimport daripada pelbagai negeri,hehe,kami berjaya menghasilkan 5 lauk,telur dadar,sayur campur,asam pedas,kuah kari dan ikan bakar:-)kumpulan kami dapat pujian untuk masakan kuah kari...hehe sape lah yang masak tu yek...masak asam pedas terlebih minyak pula mengikut juri tersebut:-)kurangkan minyak yek lepas ni orang melaka(sape la tu...hik3)
ni masa nak merentasi sungai ke destinasi seterusnya

apa lah si fitri ni kipas...ha...ni lah hasil masakan kumpulan kami

eh macam kenal je la yang tukang masak tu...orang melaka eh...;-)

ni kumpulan saya...yang selalu menang...hik3

mak cik ni mengadili masakan kedua-dua kumpulan

ni ketika nak ke C2

ni masa modul kena masukkan air menggunakan straw ke dalam botol

ni ketika meraikan kemenangan dapat banyak markah,setiap markah bertambah tegukkan air

ni ketika kena soal,soalan banyak berkaitan Nabi Muhammad S.A.W

ni dok menghias makanan

resolusi


"ukhuwah itu indah,sekali berkenalan selamanya dalam ingatan,
takkan terputus kerana jauhnya jarak ini,kerana rindu kita,
kerana Islam,dan segalanya indah andai semuanya keranaNYA"



mujahidah:alhamdulillah seronok sangat,rugi siapa yang balik dulu.hehe.moga ukhuwah adik beradik kita di landasan Islam ini akan berkekalan sepanjang hayat,insyaAllah.mudah-mudahan.terima kasih kepada adi beradik muslimin yang banyak bertungkus-lumus(tak bagi muslimat buat apa-apa pun),terutamanya Ashraf,dia yang sediakan tentatif dan bahan-bahan aktiviti.syukran kathir.
Free Signature Generator

2 comments:

  1. salam...bestnya,,lagi2 aktiviti memasak? tuan blog memasak sekali ke?misti sedap kan...

    ReplyDelete
  2. salam.alhamdulillah masak jgk:-)yg org melaka 2.hehe.tp dpt komen,tlebih minyak lak:-)

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...